56

408 3 1
                                    


Farhan kelam-kabut memasukkan semua barang keperluannya ke dalam beg. Dia perlu segera melarikan diri apabila menyedari Man dan Black telah berjaya diberkas oleh pihak polis. Rancangan seterusnya terpaksa lagi ditangguh buat sementara waktu. Apa yang bermain di mindanya sekarang dia perlu sembunyikan diri kerana gambarnya telah berada di depan dada akhbar. 'Suspek yang dikehendaki'. Dia meramas rambutnya. Dia buntu ke mana harus dia pergi lagi.

Ting tong... Ting tong... Ting tong...

Mata Farhan terbuka luas sebaik mendengar lonceng bilik kafenya berbunyi dan ditekan berkali-kali. Debaran kian dia rasai.

Langkahnya berjalan perlahan-lahan mendekati arah pintu itu sebelum dibuka. Bunyi lonceng tiada kedengaran sebaik cuping telinga didekatkan di muka pintu.

Ting tong... Ting tong... Ting tong...

Farhan menelan liur. Terkedu berdiri di hadapan pintu.

"Buka pintu ini!"

Kedengaran satu suara lelaki di luar pintu. Farhan berbelah bahagi untuk membuka pintu. Dahinya diketuk berkali-kali untuk memikirkan idea lain. Tidak mungkin dia akan buka pintu itu sebab dia yakin polis sedang mencarinya.

Farhan mengambil keputusan untuk keluar dari arah kaca tingkap bilik. Walaupun dia tahu risikonya untuk terjun dari tingkat empat tapi dia tidak lagi kisah semua itu. Janji dia tidak akan ditangkap pihak polis. Tak!!! Aku tak nak masuk dalam penjara!!! Dia meramas rambutnya. Ya! Dia segera mengambil begnya dan memecahkan tingkap kaca menggunakan kekuatan kakinya.

Aghhhh... matanya pejam bila serpihan kaca terkena di telapak kakinya. Dia menahan sakit sambil menoleh ke arah pintu biliknya yang bila-bila masa sahaja akan diceroboh dari luar. Sebelum terlambat, dia kena keluar dari sini.

Inspektor Azman mengarahkan pembantunya untuk memanggil receptionist untuk membuka pintu bernombor 302. Bilik yang menempatkan persembunyian Farhan mengikut maklumat orang awam di sini.

Setelah beberapa minit menunggu, barulah pembantunya datang bersama receptionist perempuan bersama wajah yang teragak-agak. Inspektor Azman menerangkan tujuannya sebenar. Setelah mendengar penjelasan panjang Inspektor Azman itu, barulah perempuan itu terangguk perlahan.

Pintu dibuka dengan senangnya menggunakan access card ke dua. Inspektor Azman membuka pintu kafe itu dengan segera namun kelibat Farhan tidak kelihatan di dalam bilik ini. Masing-masing sudah menunjukkan riak wajah pelik.

Inspektor Azman terus masuk ke dalam diikuti pembantunya. Mata Azman mengecil bila mendapati tingkap kaca itu berkecai sepenuhnya. Dia tahu bukan dia seorang sahaja yang terkejut. Pembantunya dan receptionist itu juga sudah berfikir untuk membayar kos membaiki tingkap itu semula.

"Rupanya dia ikut jalan tingkap. Amin dan Zul saya arahkan awak turun bawah segera. Saya yakin Farhan tidak lari ke mana. Dia pasti berada di sekitar sini."

Amin dan Zul angguk laju sebaik menerima arahan ketuanya. "Baik tuan."

Namun langkah mereka terhenti sebaik mendengar bunyi hon kereta bertalu-talu. Masing-masing berkerut. Terdengar juga suara jeritan di bawah. Amin dan Zul memandang wajah ketuanya.

"Kita turun cepat!" Arah Inspektor Azman segera keluar dari situ.

Receptionist perempuan itu segera menuju arah tingkap yang sudah sepenuhnya berkecai bersama kesan darah yang tertinggal. Teragak-agak dia menapak perlahan di atas serpihan kaca itu untuk melihat pandangan dari atas.

Dia menekup mulut bersama matanya yang membulat sebaik melihat sekujur tubuh yang sudah kaku dan terbaring di atas jalan tar bersama darah yang mengalir di seluruh badannya tanpa henti. Dia yakin lelaki itu adalah penghuni bilik ini.

Amin dan Zul geleng kepala melihat Farhan sudah tidak bernyawa lagi. Inspektor Azman dari tadi hanya mendiamkan diri. Tidak menyangka Farhan mengambil keputusan yang betul-betul meragut nyawanya.

"Macam mana tuan?" Soal Zul bangun dari bercangkung. Dia dari tadi berusaha meminta orang ramai supaya tidak memviralkan kes ini sebelum disiasat. Risau orang ramai membuat andaian yang palsu dan berita itu akan tersebar meluas. Melainkan berita itu adalah sahih.

"Kita panggil ambulans. Kes ini kita siasat di sana." Balas Inspektor Azman.

"Saya tidak sangka Farhan boleh mati dalam keadaan macam ini... Sepatutnya..." Amin tidak menyambungkan ayatnya. Kemudiannya dia menekup mulut. Dia tidak dapat bayangkan macam mana reaksi keluarga mangsa.

Inspektor Azman memandang muka Amin yang kehilangan kata.

"Setiap orang yang berlaku zalim mesti segera meminta maaf kepada yang dizaliminya sebelum terlambat. Kerana balasan dari Allah itu pasti ada. Jika tidak terlepas di dunia, di akhirat kita pasti akan dihukum atas perbuatan kita di dunia. Tidak semua akan terlepas..." Ujar Inspektor Azman lemah. Dia berasa sedih atas apa yang berlaku. Lebih-lebih kejadian menimpa Farhan. Jika Farhan boleh berfikir secara rasional, dia tidak perlu mengambil jalan pintas untuk terjun dari tingkat empat. Bila didapati bersalah, haruslah berani menanggung risko, berhadapan dengan polis. Polis juga melakukan tugas atas tuntutan kerja, bukan saja-saja.

Amin dan Zul menghela nafas. Berdoa agar roh Farhan aman. 

Suamiku yang aku sayang #SYASTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang