55

399 4 0
                                    


Pintu dibuka perlahan dari luar. Pandangan Zaim dihalakan pada pintu bilik. Siapa pula yang datang melawatnya waktu ini?

Muka Zaim berubah saat melihat seorang yang dia rindui dan mencari berbulan-bulan lamanya.

Aishah tersenyum meleret memandang adik bongsunya. Dia dapat tahu berita mengejut ini pun daripada berita yang menular di laman sosial. Kebetulan, dia sudah lama tidak balik ke Malaysia. Jadi ada baiknya dia pulang setelah memakan bulan dia membawa diri setelah diceraikan. Dia tidak mahu menyimpan dendam pada mama dan papa yang berusaha sehabis baik untuk masa depannya walaupun cara itu salah.

Aishah menapak menuju ke adiknya lalu melabuhkan punggung di atas kerusi. Dia faham sangat maksud renungan adiknya. Pasti pelbagai soalan yang akan diajukan padanya sekejap lagi.

"Kak... Akak pergi mana selama ini? Puas kami cari akak." Dia tidak mahu marahkan Kak Aishah lagi. Kalau dia ditempat kakaknya, pasti dia akan buat keputusan melulu juga selepas bercerai. Kahwin pun atas pilihan keluarga.

"Macam mana keadaan Zaim, sihat?" Aishah cuba mengelak dari menjawab soalan itu. Dia tahu adiknya tidak putus asa untuk bertanya.

Zaim melihat dirinya. Perutnya sudah tidak terasa sakit lagi. Tetapi dia kena berjaga-jaga. Tidak boleh aktif macam dulu, takut jahitan akan terbuka semula.

"Alhamdulilah sihat sikit. Cuma perut aje kadang-kadang terasa sakit..." Itu yang dia rasai. Dia meletakkan bantal untuk bersandar. Melihat wajah kakaknya semula dia dapat membaca sedikit isi hati sebalik raut wajah yang cuba memberikan senyuman.

Aishah mula teringatkan sesuatu. "Mana isteri Zaim?" Terangkat keningnya. Mahu juga dia berkenalan dengan adik iparnya. Dengar kata, perkahwinan adiknya atas kehendak hati masing-masing tanpa pilihan orang tua. Bila dibandingkan dengan dirinya dulu, senyumannya mula beransur hilang. Kenapalah dulu, dia tak berkahwin dengan pilihan hatinya sendiri?

"Dia ada urusan penting dekat luar. Nanti dia datang sini." Jawab Zaim.

Aishah angguk kepala seraya mendengar jawapan adiknya lalu dia mengeluh.

Mendengarkan keluhan kakaknya, dia mula bertanya.

"Kenapa Kak Aishah mengeluh?" Risau juga. Kakaknya ini bukan suka meluahkan masalah dengan keluarga sendiri. Suka lebih memendamkan perasaan. Memendamkan perasaan memang bagus tetapi tidak baik untuk diri sendiri. Maksudnya menipu diri sendiri untuk tampak bahagia di hadapan semua orang.

Aishah mengukir senyuman kembali bersama gelengan.

"Kak... Please. Jangan pendam seorang-seorang lagi. Apa-apa share aje masalah dengan Zaim. Kitakan adik-beradik." Pujuk Zaim lembut. Dia harap pujukan yang tidak seberapa ini akan melembutkan hati Kak Aishah.

"Akak minta maaf tak dapat datang majlis kahwin adik hari itu. Akak tak dapat berikan hadiah apatah lagi nak tolong persiapan majlis adik akak sendiri. Akak tahu selama ini akak terlalu mementingkan diri akak, akak bawa jauh dari keluarga... Akak belum boleh maafkan apa yang mama dan papa buat dekat akak dulu. Kalau akak cerita pun, adik tak akan faham perasaan akak." Luah Aishah. Panggilan 'Zaim' sudah bertukar kepada 'adik'. Air matanya hampir terkeluar tetapi Aishah cuba menahannya.

Kedengaran helaan nafas dari adiknya.

"Zaim tahu akak kecewa dengan mama dengan papa. Zaim pun tak boleh nak cakap banyak, yalah... Kalau Zaim cakap, nanti akak marahkan Zaim pula. Cuma, apa yang Zaim boleh cakapkan sekarang akak pergilah minta maaf dengan mama dan papa. Mereka dah menyesal sebab satukan akak dengan Abang Hashim dulu. Mereka juga tidak sangka yang sebenarnya... Abang Hashim dah kahwin dan seorang kaki perempuan. Tetapi itulah... Akak tak cuba contact balik ke bekas kekasih akak dulu itu? Mana tahu dia tunggu akak balik?" Sengaja Zaim menekankan 'bekas kekasih' kakaknya. Dia tak mahu Kak Aishah bersedih lagi. Sepatutnya dengan umur yang macam itu, Kak Aishah sudah mengecapi alam perkahwinan dan mempunyai cahaya mata.

Suamiku yang aku sayang #SYASDonde viven las historias. Descúbrelo ahora