30

242 3 0
                                    


Zaim menyapa Afiq dan Raju yang sudah lama sampai di pejabat. Dia agak terlewat pagi ini kerana terbabas. Mungkin penat belum habis lagi kerana baru pulang dari Melaka.

Dia terus duduk dan mengemas mejanya yang sedikit berhabuk. Ada beberapa tugasan untuk dia laksanakan.

Afiq ternanti-nanti juga kalau Zaim ada bertanya tentang keadaan Maizurah kepadanya waktu ini namun hampa. Sedikit rasa kesal kerana tiada langsung sifat keprihatinan buat gadis itu. Malahan, Zaim juga tidak bertanya banyak mengenai 'percutian' dan juga list down apa yang Maizurah suka dan tidak suka.

"Macam mana cuti kau dekat kampung? Seronok?" Soal Raju memecah kesunyian. Selalunya Afiqlah yang rajin bertanya. Pandangannya dihalakan pula kepada Afiq yang sedikit dingin.

Senyuman mula terukir di bibir Zaim.

"Lebih dari seronok!" Teruja mungkin. Raju ketawa tapi tidak pada Afiq. Afiq masih membatu.

"Emmm... Tak lama lagi, aku dapat anak buah baru lah ini?" Usik Raju. Zaim ketawa. Dan Afiq masih juga diam, tidak ketawa.

Melihat Afiq begitu, terus bahu kawannya itu disentuh perlahan. Lain macam sahaja Afiq hari ini? Tak banyak cakap seperti selalu. Hati Raju mula tertanya-tanya puncanya.

"Kau sihat, Afiq?" Tak tahu soalan apa yang sesuai ditanya. Dari raut wajah Afiq, kawannya itu nampak seperti tertekan.

Afiq mengiyakan saja. Matanya langsung tidak memandang wajah Zaim.

Zaim jadi terpukul. Kemudian dia memberi isyarat mata kepada Raju untuk memulakan bicara kepada Afiq.

Raju geleng kepala tanda tidak mahu mengambil peduli masalah Afiq. Nanti ada saja yang kena tumbuk kat mata nanti!

"Aku nak cakap sikit... Pasal Zura."

Tangan Zaim terhenti melukis. Matanya tidak lagi fokus di atas kertas lalu matanya dihalakan ke wajah Afiq. Wajah teman baiknya direnung.

"Kenapa?" Soalan itu keluar dari mulut Afiq.

"Kenapa kau minta list down semua itu? Percutian, semua? Kau nak buat apa sebenarnya?" Soalan mula bertalu-talu diberi. Dia cuba untuk cari masa yang bersesuaian untuk berbincang dengan Afiq mengenai Maizurah.

"Kenapa kau nak tanya semua itu? Bukan kau dengan Zura hanya Bekas? Maksud aku, bekas teman baik?!" Sindir Afiq. Sepatutnya dia lega sebab Zaim ada juga bertanya pasal rancangannya.

Zaim tergumam sebaik mendengar sindiran itu. Kenapa Afiq macam ini? Moody?

"Kau kenapa? Dari tadi aku tengok macam tak ada mood aje. Selalu boleh pulak kau gurau dengan aku, borak-borak, sembang..." Zaim baru nak habiskan ayatnya, Afiq mencelah. Berlapis dahi Zaim dibuatnya.

"Sekarang dah tak macam dulu." Tingkah Afiq. Sebenarnya dia serabut. Masalah Maizurah belum lagi selesai tetapi Tuan Malik sudah bertanya macam-macam mengenai perkembangan anaknya.

"Kenapa? Kenapa tak macam dulu? Aku tak faham." Muka Zaim berubah serius.

Raju yang ada di situ juga tidak meneruskan kerjanya. Ada sesuatu yang menarik di mata Raju sekarang. Perbalahan antara Zaim dan Afiq menjadi satu luar biasa pagi ini. Sebab mereka memang tidak pernah bergaduh, meskipun hal kecil.

Afiq senyum sinis.

"Semuanya berubah sebab Zura, bekas teman baik kau itu! Papa dia desak aku untuk bantu Zura lupakan kau, kau tahu? Masa kau cuti seminggulah aku cuba tarik perhatian Zura. Senang cerita aku ini sudah macam kekasih dia. Macam-mcam aku buat, bagi dia bunga, kata-kata semangat untuk dia bangkit semula. Tapi tak semudah itu Zaim sebab dia sekarang mengalami tekanan perasaan. So depress masa kau tinggalkan dia." Beritahu Afiq. Dia segera bangun dan mengerling jam di tangan. Selepas ini dia kena teman Maizurah untuk berjumpa dengan Puan Ain, pakar psikiatri pula. Dia terpaksa berbuat begitu demi hajat Tuan Malik.

Suamiku yang aku sayang #SYASWhere stories live. Discover now