50

528 3 0
                                    


Syifa memudar-mandir dalam bilik. Matanya memandang jam di dinding. Angka itu sudah masuk ke pukul lima petang. Bayangan suaminya pulang, masih tidak kelihatan. Dia menuju ke tepi tingkap pula. Diselaknya langsir itu seluas-luasnya. Dia melihat keluar dari tingkap. Hampa! Janji suaminya hilang macam itu sahaja.

Telefon di atas katil direntap, mendail nombor telefon suaminya. Namun tidak berangkat. Dia hanya mendapat peti simpanan suara. Hatinya mula rasa tidak sedap hati. Namun beberapa minit seketika, telefonnya berdering dengan lekas Syifa menjawab. Namun tiada siapa di talian itu. Dia hanya mendengar suara ketawa mengilai dari seorang lelaki. Bulu romanya meremang tinggi.

"Syifa sayang, ini abang..."

Dahi Syifa berkerut. Dia melihat skrin telefon itu semula. Baru dia sedar dia sudah mengangkat 'private number'. Kenapa dia tak perasan?

"Kau... Kau siapa?" Rasa takut menerpa di pangkal hati. Suara lelaki ini seperti dia pernah dengar sebelum ini.

Lama-lama ketawa itu mati. Terdengar suara berdehem di hujung talian.

"Syifa... Syifa masih tak kenal suara abang ini?"

Syifa diam. Dia takut-takut bersuara. Siapa lagi yang panggil 'abang' selain suaminya? mustahil suaminya yang sedang bercakap sekarang? Mustahil! Pasti ada mana-mana lelaki yang permainkan dirinya sekarang. Syifa tahu lelaki ini pasti ada niat lain.

"Kau nak apa?! Aku tak kenal kaulah!" Suara Syifa meninggi dan serius. Sudahlah suaminya tidak pulang ke sini. Fikirannya sudah serabut. Sudah berminggu dia tidak berjumpa dengan suaminya.

Lagi sekali ketawa itu kedengaran.

"Eh! Jangan main-main boleh tak?!" Syifa tak boleh sabar lagi.

Suara itu merengus geram. Adakalanya seperti ayam mengeram telur.

"Syifa sayang, kau masih tak kenal aku? Mari sini aku kembalikan memori kau itu, malam itu malam yang sangat indah bagi aku. Aku datang menyelinap masuk bilik kau. Waktu itu kau tidur. Aku tengok kau cantik sangat malam itu. Tapi... Kau menjerit. Ayah kau datang. Pukul aku sampai aku tak dapat nak pertahankan diri aku. Malam itu juga aku dimalukan depan orang kampung. Sejak itu juga aku dicaci, dihina oleh orang kampung..."

Dada Syifa bernafas laju. Badannya menggeletar sebaik mendengar bicara itu. Sudah terang lagi bersuluh. Pemanggil itu datangnya dari Farhan!!!

"Kenapa kau diam? Kau sudah tahu siapa akukan?"

Syifa menelan liur. Lidahnya kelu untuk bercakap. Lelaki itu bagaikan ancaman buat dirinya. Datang secara mengejut dalam hidupnya kembali. Dia terlalu pasti Farhan tidak pernah kenal erti putus asa untuk mendapatkan dirinya.

"Aku tak nak cakap dengan kau, lagi! Antara aku dengan kau dah lama mati!"

"Hahaha... Apa kau cakap? Kau ulang balik? Aku seharusnya mati atau suami kau yang mati dulu?!!!" Terdengar ketawa mengekeh di hujung talian. Darah Syifa menyiarap tinggi.

"Apa kau cakap ini?" Dahinya sudah berkerut seribu. Tanda tidak memahami kata-kata Farhan.

Di sana, Farhan sudah tersenyum lebar. Man dan Black baru sahaja memaklumkan mereka sudah berjaya membunuh Zaim. Dia amat pasti, jangka hayat untuk lelaki itu hidup tidak akan lama. Tidak sabar rasanya nak melihat Syifa sengsara dan menjadi miliknya secara sah. Tetapi nyawa lelaki itu mati.

"Aku tak nak cakap banyak. Cuba kau cari suami kau dekat mana sekarag ini. Entah-entah suami kau itu dah diseru malaikat maut!" Farhan matikan talian. Dibiarkan Syifa tertanya-tanya dengan ayatnya tadi. Beberapa minit kemudian, bilik itu sudah dipenuhi dengan ketawa. Disusuli dengan dengusan dan tangisan. Akhirnya Farhan mengukir senyuman tanda kemenangan.

Suamiku yang aku sayang #SYASTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon