47

224 1 0
                                    


Zaim mengeliat apabila lukisannya sudah hampir siap. Asyik revise saja. Dia kadang-kadang penat. Bosan. Semua ada. Kerjanya pula terpaksa pergi ke melawat tapak bangunan. Balik pun tidak menentu. Jarang mengambil tahu tentang isterinya. Mesej dan telefon hanya sekali sahaja dalam seminggu. Rindu memang rindu. Tapi dia terpaksa abaikan semua. Beberapa minggu ini dia kena fokus betul-betul dalam kerja. Tidak mahu lagi sebarang kesalahan.

"Zaim! Aku ada benda nak cakap dengan kau." Suara itu amat dia kenali. Matanya dihalakan pada susuk tubuh Afiq yang sudah berdiri di sebelahnya. Ada apa Afiq nak cakapkan sebenarnya? Hal Maizurah lagi ke?

Dia meletakkan pensel. Dia menghadap Afiq. Lagipun dia juga ada benda nak bagitahu.

"Apa?" ternaik kening Zaim apabila Afiq belum lagi membuka mulut. Sudah beberapa hari mereka tidak bercakap. Kalau bercakap pun, pasal urusan kerja.

"Hari itu Zura ada datang jumpa kau, kan? Dia nak apa dari kau?" Bukan dia percaya sangat dengan mulut manis Maizurah itu. Takut-takut, mulut kata lain, hati pula berkata lain. Selagi tidak dengar dari mulut Zaim, selagi itu dia tidak tenang.

Dia masih berdiri di sebelah Zaim. Tunak matanya masih merenung alis mata Zaim.

"Yup! Memang dia ada datang petang kelmarin masa semua orang dah balik. Aku ingatkan dia datang nak jumpa kau, tapi tak sangka pula dia nak jumpa aku. Dia masih belum terima hakikat lagi yang aku dah kahwin. Aku tak banyak borak dengan dia, sebab masa itu isteri aku sampai. Dan, aku terus balik dengan isteri aku. Itu aje. Kalau kau tak percaya aku, kau boleh tanya Zura sendiri." Jelas Zaim. Buat apa dia nak bohong.

Afiq menguis dagunya. Dia mula terfikirkan sesuatu. Kalau macam ini gayanya, dia kena dapatkan Maizurah secepat yang mungkin. Takut perasaan Maizurah cepat berubah. Sekejap cintakan dirinya, sekejap masih cintakan Zaim. Mana satu dia nak percaya? Dia makin gusar memikirkan.

Suasana menjadi sunyi sampailah Raju masuk. Ditegurnya Afiq yang mengelamun jauh manakala Zaim pula sudah angkat bahu dan meneruskan kerjanya.

Afiq menampar pipinya. Dia harus bangun! Diabaikan teguran Raju dan matanya dihalakan pada Zaim. Dia masih belum habis lagi bercakap.

"Macam mana dengan Syifa? Dia sihat?" lama dia tak dengar kabar dari isteri Zaim yang boleh dikatakan cantik juga. Ditambah lagi dengan ciri-ciri kelembutan dan kesopanan. Dia pasti, Zaim amat sayangkan Syifa melebihi Maizurah. Yalah, sampai memutuskan ikatan persahabatan yang lama terjalin. Zaim pula seakan tidak peduli sejak insiden itu. Tanda-tanda Zaim menyesal, dia tak nampak langsung. Atau Zaim memang tidak kisah langsung dengan Maizurah itu? Itu yang membuatkan dia asyik tertanya-tanya. Tapi lagi bagus juga, sebab senang hati Maizurah ditambat olehnya. Lama-lama dia tersenyum sendiri. Bodoh pula bercinta dan berkahwin dengan perempuan yang pernah dia benci dulu.

Zaim memandang Afiq semula. Rasa hairan pula Afiq bertanyakan perihal isterinya?

"Dia sihat. Sekarang dia duduk dekat rumah mama dengan papa aku." Balas Zaim singkat. Layan sajalah, mana tahu Afiq mahu menjernihkan hubungan mereka. Atau Afiq sudah berjaya menawan hati Maizurah yang degil itu? Emmm....

Afiq angguk kepala perlahan-lahan.

"Habis, kau duduk dengan mama dengan papa kaulah? Maksud aku, kau tak duduk rumah baru ini?" Macam seronok pula mahu mengetahui serba sedikit berita tentang kehidupan Zaim sekarang. Yalah, dia cuma tahu Syifa mengandung saja. Yang selebihnya dia tak tahu. Ada terdetik satu kekesalan atas tindakannya kerana cemburukan Zaim disebabkan hanya Maizurah lalu dia meraup mukanya. Ada sedikit kesal.

"Tak. Aku masih duduk rumah baru itu. Hujung minggu baru aku datang rumah mama dan papa aku. Lawat isteri aku. Kesian dia tinggal seorang, jadi aku hantar dia dekat sana. Adalah teman dia nak berborak dari tiada langsung." Kata Zaim. Afiq angguk lagi.

Suamiku yang aku sayang #SYASWhere stories live. Discover now