6

443 5 0
                                    


Sudah sebulan mereka berkahwin namun tanda-tanda Syifa mahukan dirinya masih belum ada. Kalau ada pun buat Zaim tidak pasti adakah layanan demi layanan itu semua sebab tanggungjawab Syifa sebagai isteri atau kasih sayang? Selama ini, sudah puas dia memujuk Syifa agar menerima semua ini sebagai ketentuan takdir yang telah ditetapkan. Memang dia akui, bukan senang nak memikat hati isterinya semula.

Dia mengeluh sambil memandang lukisan di depannya. Hasil kerja Afiq selama ini semakin buat dia senang hati. Hampir 90 peratus siap. Banglo mewah milik keluarga Maizurah akhirnya sudah hampir selesai. Bukan dia tidak mahu membantu menyiapkan lakaran itu, tetapi dia lebih suka mengelak bertemu dengan Maizurah. Biarkan Afiq sahaja yang berurusan dengan teman baiknya itu.

"Lama kau termenung sampai boleh tembus lukisan itu aku tengok." Afiq tersengih saja memandang wajah Zaim yang mengelamun panjang. Agak-agaknya sampai ke negara manalah itu.

Raju tiba-tiba datang memberikan secawan kopi panas kepada Zaim. Mendengar cerita pasal perkahwinan Zaim yang ada masalah bikin dia juga risau sama. Dia menguis jambangnya yang lebat. Tidak tahu macam mana cara nak selesai masalah Zaim yang tampak rumit di matanya.

"Raju! dengan Zaim aje kau bagi kopi? Aku tak ada?" Soal Afiq buat muka tidak puas hati. Dia tahu Raju membawa secawan kopi untuk memberikan ketenangan buat Zaim yang kusut itu.

Raju ketawa kuat. Itulah Raju. Mudah terhibur dengan usikan daripada Afiq. Nasib baik Encik Razif tiada sekali, kalau tidak mesti bos mereka tertanya-tanya kenapa Raju ketawa.

"Raju, gelak itu pelan-pelan sikit. Takut orang lain kata kita tengah bersembang." Pesan Afiq sambil matanya melilau memandang sekeliling. Fuh! Nasib baik tak ada orang memerhatikan mereka.

Zaim merenung ke muka Raju. Raju yang mula perasaankan renungan itu hanya angkat kening. Pasti Zaim ada benda nak diceritakan kepadanya. Siapa tahu?

"Aku penat Raju..." Belum sempat Zaim nak berkata, Raju terus mencelah manakala Afiq menahan tawa melihat muka cemberut Zaim yang tidak puas hati katanya dipotong Raju.

"Aku tahu... Kau ada masalah dengan isteri kau. Aku pun sama macam kau dulu. Biasalah sudah adat alam rumah tangga. Cuba kau jauhkan diri kau sekejap. I mean... bukan lari tinggalkan isteri kau. Selama ini dia hanya buat biasa saja kan bila kau sudah cuba buat romantik? Cuba kau tidak payah buat macam itu selalu. Kau buat endah tak endah saja. Biasanya bila dia dah mula sedar, dia akan cari kau juga akhirnya. Betul tak Afiq?" Kata Raju sengaja kenakan Afiq yang sedang termenung. Termenung apa tak tahu!

Afiq yang berangan tersengih saat Raju menyebut namanya. Tidak tahu apa tujuan Raju menyebut namanya.

"Maksudnya aku kena jauhkan diri?" Soal Zaim masih tidak memahami maksud mendalam Raju. Kalau menjauhkan dirinya seolah dia bakal kehilangan isterinya pula. Emmm...

Raju mengeluh.

"Kau ini tak faham sebenarnya. Bila kau tak layan dia, dia akan rasa sesuatu. Sesuatu macam sunyi dan kehilangan bila kau tiada bersama dia. Ha! Itu macam maksud aku. Bukan maksud aku tadi suruh kau jauh sampai tidak balik rumah." Jelas Raju buatkan Zaim diam bersama fikirannya masih merencanakan cadangan Raju itu.

"Its simple. Give and take. I am right?" Soal Afiq tiba-tiba masuk campur perbualan mereka. Raju memandang Afiq pula.

"Gaya macam kau sudah ada calon isteri nampak?" Sengih Raju lalu mengambil kerusi untuk duduk. Sementara masa yang ada ini, dia mahu berbual dengan mereka berdua sebelum memulakan kerja.

Afiq ketawa sakan apabila diusik Raju.

"Aku pulak yang kena." Kata Afiq tidak mahu dirinya dimasukkan dalam topik perkahwinan mereka. Dia belum layak lagi.

Suamiku yang aku sayang #SYASDonde viven las historias. Descúbrelo ahora