"Shhh..Dah la. Nanti kau jumpa akak kau tu." Irfan cuba menepuk-nepuk perlahan tangannya Haq bagi membujuk adik tirinya itu.

"Aku—aku dah jumpa dia, Fan."

Irfan mengerutkan dahinya tanda tidak mengerti apa yang Haq katakan itu. "Maksud kau?"

"Semalam. Aku jumpa dia semalam. Dekat mall."

Irfan memandang Haq dengan wajah yang penuh tanda tanya.

"Maksud kau perempuan yang termuntahkan air susu pada baju kau tu ke?"

Haq mengangguk lemah.

"Okayh. Sekarang ni kau nak aku buat apa?"

"Kau jangan kata yang kau suruh aku cari kakak kau tu, Iman." sambung Irfan lagi.

"Kalau yang tu aku suruh, macam mana?" perlahan sahaja suara Haq ketika itu.

"Mana aku nak cari dia? KL ni besar Iman. Lagi-lagi ada muka yang sama dengan kita. Mana aku nak jumpa?"

"Tolong la aku Fan. Kau je yang boleh tolong aku. Kasihankan la dekat aku dengan mummy. Aa—aku perlukan dia sangat-sangat." raih Haq.

Irfan mengeluh perlahan.

"Kau rehatlah dulu. Aku tahu kau penat. Mungkin lepas kau rehat, emosi kau dah stabil." kata Irfan. Dia membetul-betulkan selimut Haq.

"Tolong aku ye? Kau sayang aku kan?" raih Haq sekali lagi.

"Aku tak boleh janji." jawab Irfan pendek sebelum dia meninggalkan Haq seorang diri.

Irfan menyandarkan tubuhnya pada pintu bilik Haq sebelum dia menutupnya. Kemudian, dia menyeluk poket seluarnya dan mengeluarkan telefon pintarnya itu. Irfan menghubungi seseorang.

"Aku ada kerja untuk kau."

Humairah menutup mulutnya dengan belakang tapak tangannya.

Ngantuk sungguh pagi ni. Ni kes dia kena bermalam di rumahnya Orked lepastu melayan kerenah rakannya itu sampai ke subuh. Naik pening kepalanya dengan rakannya itu.

"Makan la Orked. Kau ni dari semalam tak makan. Penat la macam ni aku masak tapi kau tak makan." Humairah meletakkan kepalanya di atas meja.

Bukan setakat satu makanan je dia masak untuk Orked. Dah bermacam-macam aneka masakan dia masak untuk Orked. Namun, masakannya itu semua telah ditolak oleh rakannya itu. Habis membazir. Mujurlah dia seorang yang bijak. Apalagi? Sedekahkan dekat rumah bujang sebelah tu la. Nasib ada bujang sebelah rumah.

"Aku tak ada selera la." jawab Orked pendek. Makanan yang terhidang di depan matanya itu, dilihat begitu sahaja.

"Mana kak Linda?" Orked mengubah topik. Malas dia mahu memanjangkan isu makanan ni. Malas mahu mendengar seribu satu bebelan daripada Humairah.

"Dia dapat urgent call dari laki kau. Tu yang pagi tadi dia call aku, dia kena berangkat ke tempat laki kau."

Orked hanya membuat 'O' sahaja pada mulutnya.

"Cepatlah Orked makan. Aku rasa ni dah kali ketiga aku masak untuk kau pagi ni. Tapi, semua masakan aku kau reject. Kasihanilah aku." Humairah memuncungkan bibirnya. Sudah la dia tak cukup tidur. Nasib sayang kawan tau! Kalau tidak memang hurmm..Dia biarkan aje kawannya itu.

Orked menggeleng laju.

"Kau rasa la dulu sup cendawan aku ni. Sumpah sedap! Please?" Humairah membuat muka kasihannya itu.

Tidak sampai hati melihat wajah Humairah, akhirnya Orked menarik mangkuk yang berisi sup cendawan yang berada di hadapan rakannya itu.

Orked menyuap satu sudu sup cendawan itu ke dalam mulutnya walaupun dia tidak mempunyai selera makan.

 ORKED IMANI: I Love You My Babysitter(Re-edit)Where stories live. Discover now