84💜 (S2)

2.1K 274 92
                                    

Seminggu Kemudian

Macam-macam cara byul cuba membuat taehyung ingat terhadap mereka semua. Langsung tidak satu pun menolong taehyung mengingati mereka semua semula. Byul pun penat dan banyak tempat juga dia ajak taehyung pergi untuk mengingatinya.

Tapi hampa satu pun perkara taehyung tak ingat. Byul hanya biarkan dia tahu mungkin ini semua terlalu memaksanya fikirannya nanti. "byul apa kata kau biar tae ingat sendiri hmm?" tegur suga lalu menepuk perlahan bahu byul. "kita tak boleh paksa orang amnesia ni nanti taehyung stress" tambahnya juga.

Byul mengeluh. "Tapi aku tengok tae suka kau layan dia macam kau dengan taehyung selalu. Dia selalu tersenyum dan aku perasan" luah suga jujur. "tapi kan suga kenapa aku rasa macam tae ni orang lain? aku tak tahu lah" terus terang byul memberitahu suga.

"maksud kau?"

" aku kan isteri dia. Bau dia semua mestilah aku kenal tapi ni lain. Bukan bau yang aku kenal. Kau tahu kan werewolf macam mana? dan lagi satu aku tak dapat rasa perasaan aku dekat dia tulah aku cuba tolong dia ingat semula mana tahu semua akan jadi seperti biasa. Aku akan dapat taehyung aku yang dulu. Aku cuma takut yang haih. Dia bukan tae tapi mustahil lah kan.." terang byul.

Suga mendengar dengan teliti lalu mengangguk. "mungkin firasat kau kot byul. Mungkin dia tak ingat kau tulah buat kau fikir macam tu. Tapi jangan risau aku yakin ingatan dia pulih" nasihatnya. "harap macam tu" senyumnya tipis.

💜💜💜

Taehyung semakin pulih. Seminggu juga lah dia terpaksa melayan karenah manja si soyul. Dia pun menyampah dan lagi bagus kalau isteri dia byul yang melayannya bukan perempuan ini. Seminggu juga dia terkurung dalam rumah. Beberapa kali dia cakap dia bukan taehwan.

Semua tak percaya, lagi-lagi tuan park sendiri. Sekarang pun tuan park mengelak berjumpa dengannya. Taehyung menunggu lukanya sembuh sepenuhnya baru dia dapat guna kuasanya. Dia akan tunjuk kepada tuan park sendiri. Dia ingin juga mahu tahu apa baka werewolf taehwan.

Dia melihat soyul masuk membawa dulang makanan. Seperti selalu dan ikut masa. "hwan! saya datang bawa awak makanan" senyumnya manis dan taehyung hanya menjeling. Soyul meletakkannya di atas katil taehyung. Taehyung mula tanya.

"Baka werewolf taehwan apa?"

Terkebil kebil mata soyul. "awak sendiri kan tahu kenapa tanya saya?" balasnya lembut. "aku tanya jawablah!" suaranya dibesarkan sampai soyul pun terkejut. Tak pernah-pernah dia melihat taehwan menjerit kepadanya sebegitu rupa. Selalunya dijeling dan bersikap dingin dengannya.

"Black werewolf.." balasnya perlahan. Taehyung mula ketawa sinis. "black? seriuslah?" soyul mengangguk pelan. "kau pula?" soal taehyung. "white werewolf" membesar mata taehyung mendengarnya.

"kau biar betul ni kim soyul? sanggup bertunang dengan baka black werewolf?! kenapa nak pilih baka ni juga?! kau ni tak reti berfikir ke? habis tu kau tinggalkan keluarga kau?!" katanya tak puas hati.

"tak! saya tak tinggalkan keluarga saya. Takkan lah awak tak tahu yang ayah awak sendiri white werewolf? awak lupa ke yang awak seorang jer yang unik hwan?" taehyung terkesima. "habis tu taehwan ni anak siapa?" soalnya lagi sekali dan soyul pun pelik.

"awak anak ayah awak lah taehwan!! apa awak mengarut ni?"

"Aku tak mengarut dan aku bukan taehwan tulah aku tanya?!!"

"Berhenti lah hwan!! cukup lah dengan pembohongan awak tu!! tiada siapa nak percaya?!"

"Really? kalau aku tunjuk yang aku ni baka golden werewolf kau tak nak percaya lah?" terus soyul mengelengkan kepalanya. "haih degil betul" terus taehyung menunjukkannya dirinya sebenar.

[C] BLUE EYES + Kim TaehyungWhere stories live. Discover now