6♤

6.4K 683 24
                                    

"Kau suruhan orang-orang jaehyun kan?!"tengking jhope lalu menendang pemuda itu dengan kuat. "Cakaplah!?"namjoon memijak perut pemuda itu dengan kuat.

Darah mula keluar membuak buak dari mulutnya. "Macam mana dia nak cakap kalau korang dua kasar macam ni. Namjoon?! Jhope?!"tegur jin.

Mereka berdua hentikan perbuatan mereka tadi. Jin mula mencangkung. "Saya nak tahu apa sebab awak ceroboh tempat puak werewolf kelabu ni?"tanya jin lembut.

Jimin geram lalu menarik rambut pemuda itu dengan kasar. "Cakaplah?! Ke kau nak aku tamatkan nyawa kau dekat sini!!".."sudahlah tu jimin!!"suga menarik tangan jimin dan jimin melepaskannya.

"Patut ke aku beritahu korang?"sinis betul dia balas. Taehyung merenung dia dengan tajam. Namjoon terus memotong kepala pemuda itu dengan kuasanya. Dia malas dengan orang degil macam ni.

"Namjoon?!"marah jin. Jin mengeluh. "Buat ape nak dengar cakap dia hyung. Sah-sah black werewolf macam dia patut mati. Lagi Bagus pupus"suga dah mengelengkan kepalanya.

"Korang aku nak balik dulu!"belum sempat yang lain membalasnya. Taehyung dah lesap dulu.

🌸🌸🌸

Byul berjalan di dalam hutan gelap itu. Takkan dia nak berseorangan di rumah. Taehyung pun belum balik lagi. Dia pun bosan. Baik dia jalan-jalan di sekitar sini.

Bukannya bahaya pun. Sebab hutan ni dikawal ketat oleh puak golden werewolf. Byul melihat kecantikan alam sekitar dekat situ. Sungguh cantik.

Tiba-tiba dia perasan ada seseorang tengah memerhati dia. Byul melihat seorang lelaki bersandar di pokok sambil tersenyum manis ke arahnya.

"Hi si cantik. Lama tak jumpa awak kim byul?"dia tersenyum manis lalu menghampiri byul. Berkerut dahi byul cuba ingatkan lelaki ini.

Dia macam pernah jumpa. Dia sepupu taehyung kan. "Emm awak sepupu taehyung kan?"Lelaki itu mengangguk. "Tapi saya tak ingat nama awak? Boleh saya tahu nama awak?"

Lelaki itu menundukkan kepalanya lalu mendongak memandang byul. "Saya kecewa bila si cantik tak ingat nama saya. Tapi tak mengapa. Lain kali saya nak awak ingat. Nama saya byun baekhyun"dia mengenyitkan matanya kepada byul.

Byul hanya mengangguk dalam masa itu juga dia menyampah dengan si baekhyun ni. Nasib dia sepupu taehyung. Byul mula berjalan mendekati bunga-bunga yang baru bertumbuh.

Baekhyun? Biarlah dia. Bukan aku kisah pun. Tiba-tiba baekhyun menghulurkan sekuntum bunga yang cantik pada byul. Byul pun mendongak ke atas.

"Ambil lah untuk awak si cantik"dia senyum lagi. Byul teragak-agak untuk ambil. Dia pun mengambilnya. Byul mula bangun. "Awak ni nak apa sebenarnya?"

Baekhyun tergelak kecil. "Saya sebenarnya nak awak si cantik"byul menggulingkan matanya ke atas. "Panggil saya byul bukan si cantik? Faham tak byun baekhyun?"

"Awak tak suka saya ke kim byul?"byul mengangguk. "Sebab awak cuba nak goda saya. Kalau awak nak berkawan saya tak kisah"

Baekhyun tersenyum sinis. Dah lama dia memerhatikan byul dari jauh. Byul ni agak istimewa. Tetapi sentiasa ada taehyung di sisinya. Itu yang buat baekhyun benci akan taehyung.

"Byul?"taehyung mula masuk ke dalam rumah. Tapi rumah kosong. Kelibat byul langsung tak kelihatan. Taehyung memejam matanya dan mencari lokasi byul.

"Tak guna kau byun baekhyun. Kau sahaja kan cari pasal"terus taehyung hilang sekelip mata.

"Susah ke awak nak suka saya balik si cantik? Hurm?"byul mengeluh. Dia bukan kenal sangat dengan si baekhyun ni? Last pun dia jumpa masa dia dengan taehyung masih kecil lagi.

Tu pun dia terpaksa meleraikan pergaduhan antara baekhyun dan taehyung masa tu. Gaduh sebab dia kot? Sebab masa tu dua-dua kecil senang byul nak kawal. Sekarang dah besar panjang.

"Maafkan saya baekhyun. Saya tak boleh suka awak. Sebab kita berdua BERBEZA"ayat itu ditekankan oleh byul. Dia nak baekhyun sedar. "Sombong nye awak ni si cantik"

Terus baekhyun muncul di depannya dan merangkul pinggang byul. Byul terkedu. "Cantiknya awak.. Kim byul"baekhyun mengusap pipi byul dengan lembut.

"Lepaskan saya baekhyun?! Saya tak nak awak cedera disebabkan saya nanti?!"byul merenung tajam ke arah mata baekhyun. Bila-bila masa byul boleh menggunakan kuasa liontin birunya itu.

Tapi baekhyun tidak tahu. Dia mula sengetkan kepalanya untuk mencium byul. Byul mula geram. Baru dia nak gunakan kuasanya tiba-tiba Baekhyun terhempas teruk di pokok yang berdekatan.

"Taehyung?"byul terkejut sekarang taehyung merangkul pinggangnya itu. "Awak okay?"dia mengusap pipi byul dengan lembut. Byul hanya mengangguk.

Baekhyun terbatuk dan mengeluarkan darah. Taehyung merenung tajam ke arah baekhyun. Byul baru perasan mata taehyung bertukar menjadi warna biru.

Taehyung perlahan-lahan menghampiri baekhyun yang terduduk. Baekhyun tersenyum sinis. "Hi tae--"taehyung mula mencekik baekhyun menggunakan satu tangan kanannya dan perlahan-lahan mengangkat baekhyun ke atas.

Byul terkejut dengan perubahan taehyung. Rambut taehyung yang bewarna coklat sebelum ni bertukar menjadi warna blonde. Mata taehyung jangan cakaplah memang biru cair.

"Taehyung cukuplah tu?!!"jerit byul lalu cuba menarik taehyung. Nafas baekhyun tersekat sekat. Byul memegang liontin biru nya itu. Tiba-tiba ada sesuatu kuasa menyebabkan taehyung sedar dan mula melepaskan baekhyun.

Baekhyun mula pengsan. Segera byul datang ke arah baekhyun dan menyembuhkannya serta menghilangkan ingatan ini daripada baekhyun. Byul biarkan baekhyun yang sudah sembuh itu dan tak lama lagi baekhyun akan sedarkan diri.

Byul berpusing ke belakang. Dengan segera taehyung mengangkatnya dan membawa byul pulang.

🌸🌸🌸

Sebaik sahaja sampai di rumah. Taehyung memeluknya sangat erat. "Sa-saya ta-tak tahu byul apa yang kena dengan saya"byul perasan perubahan taehyung belum bertukar kepada yang asal.

Byul menolak dada taehyung dengan kuat. "Awak siapa sebenarnya taehyung?!"taehyung mula menghampirinya perlahan-lahan. Byul mengundur dirinya ke belakang.

"Awak takut dengan saya ke byul?"byul menggeleng kepalanya. Sebenarnya dia masih ingat lagi situasi tadi. Gerun juga dia melihat taehyung tadi.

"Kalau macam tu?! Kenapa awak jauhkan diri daripada saya?! Bila saya cuba hampiri awak kim byul?!"tengking taehyung. Nak runtuh jantung byul bila taehyung betul-betul marah dengannya.

"Saya perlukan awak kim byul. Jangan buat saya macam ni.. Saya tak suka awak takut dengan saya.. "Taehyung mula jatuh terduduk. Nampak raut wajah dia menunjukkan dia kecewa.

Dengan pantas byul memeluk taehyung. "Maaf"hanya itu sahaja yang mampu diucapkan oleh byul sekarang. Taehyung membalas pelukannya. Taehyung dah mula tenangkan diri.

Byul perasan yang taehyung dah berubah kepada dirinya yang asal. Byul mula melihat wajah taehyung. "Awak dah okay?"taehyung menatapnya sendu.

Taehyung menarik leher belakang byul lalu mencium bibir mungil byul dengan lembut. Membulat mata byul. Byul cuba menolak dada taehyung. Tapi taehyung lagi kuat dan mendalamkan ciuman itu.

Byul mula memejamkan matanya.

🌸🌸🌸

Jangan lupa vote tau!

Fighting

TBC

[C] BLUE EYES + Kim TaehyungWaar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu