10♤

6.2K 671 44
                                    

Masa sarapan pagi, byul langsung tak nak pandang taehyung kerana teringat akan kejadian semalam. Taehyung pula pelik kenapa byul seakan akan cuba jauhkan diri daripada dia.

Dia ada buat salah ke? Taehyung masih merenung byul dari jauh. Byul hanya buat-buat tak pandang. Masih ingat lagi kejadian semalam. Terus dia menggeleng kepalanya. "Dah byul jangan fikir macam tu!!"gumam byul perlahan.

Byul mula bangun selepas selesai sarapan pagi. "Byul nak pergi mana?"tegur puan kim. "Byul nak jalan-jalan lah sekitar sini. Rugi pula kalau byul tak tengok"puan kim mengangguk lalu membenarkan byul pergi.

Yang lain sibuk berbual. Tak sedar byul dah pergi kecuali taehyung. Dia pun mengikut byul dari belakang. Byul menghirup udara segar lalu berjalan di sekitar taman rumah agam taehyung.

Walaupun taman itu di dalam kawasan perumahan taehyung tapi masih juga besar dan luas. Taehyung mengikut perlahan lahan jejak langkah byul satu persatu. Dia masukkan tangannya ke dalam poket seluar sambil memerhati byul dari belakang.

Byul tahu tu taehyung. Dia sahaja tak buat-buat tak perasan. Malas nak layan. Kalau dia lari pun taehyung tetap juga dapat kejar dia. Byul mula berhenti dia melihat pemandangan di sini cantik. Dia tersenyum lebar.

Tiba-tiba ada tangan yang melingkari pinggangnya dari belakang. "Saya ada buat salah ke hurm?"taehyung meletakkan dagunya di atas bahu byul. Dipeluknya erat tubuh badan byul.

"Awak buat apa ni? Nanti orang tengok lah"byul memerhati sekeliling. "Jangan risau.. Kita berdua je ada dekat sini.."bisik taehyung di telinga byul. Byul terus menyiku perut taehyung. "Ah!"taehyung yang memegang perutnya yang sakit.

Byul tersenyum puas. Padam muka siapa suruh gatal sangat. Byul terus duduk di kawasan rumput itu. Taehyung pun sama duduk di sebelah byul. "Taehyung boleh saya tanya?"

"Tanya lah"

"kenapa awak tak tinggal dekat sini? Maksud saya awak kan ada rumah besar. Lagi-lagi awak tu putera werewolf" taehyung pun terdiam seketika. "Saya tak tahu byul. Sejak kecil lagi omma dan appa bawa tae pindah"

"Kalau nak pergi sini. Itupun sekali sekala tae melawat nenek dan atuk" byul mengangguk faham. "Haih sayangnya awak pindah. Kalau saya lah. Sanggup tinggal dekat sini selamanya"ceria betul byul memberitahu taehyung.

Taehyung tersenyum nakal lalu menarik dagu byul untuk melihatnya. Mata mereka mula menatap antara satu sama lain. Mata byul terkebil-kebil. "Kalau awak nak tinggal dekat sini.. Kahwin lah dengan saya..hurm?"

Mata byul membulat terus dia menepis tangan taehyung. "Eh?! Awak fikir sampai situ pula?!"terus byul menyilangkan tangannya dan menjeling taehyung sekilas.

Taehyung tergelak kecil. Byul mula bangun. "Jom balik! Mesti ada yang cari kita nanti"taehyung pun bangun. Sebelum itu taehyung menarik lembut tangan byul supaya menghadapnya.

Taehyung mengusap lembut kedua dua belah pipi byul menggunakan tangannya. "Saya cintakan awak kim byul.. Saya ikhlas.. Tak boleh ke awak cuba cintakan saya balik.."byul melihat lagi sekali mata taehyung bertukar warna biru cair.

Byul tak tahu nak buat apa sekarang. Dia tak pasti perasaan dia pada taehyung. Byul mendongak memandang taehyung. "Saya akan cuba.."terus taehyung tersenyum kecil. Bibir byul diciumnya sekilas.

"Jom balik"digenggam erat tangan byul tetapi lembut. Sementara byul tak tahu sama ada keputusan dia betul atau tidak. Dia hanya mengikut taehyung balik.

🌼🌼🌼

"Kau siapa! Nak masuk dalam keluarga ni?! Manusia macam kau tiada guna tahu tak!"ditolaknya kasar bahu byul kebelakang. Byul hanya bersabar bila kedua-dua sepupu taehyung mencari masalah dengan dia hari ni.

"Kau ni bisu ke?! Cakaplah!"tengking minji. Byul hanya mendiamkan diri. "Aku tengok kau ni tiada lah cantik mana nak dibandingkan dengan aku. Perasan!"ujar rahee padahal tak nak mengaku yang byul lagi cantik darinya.

Byul hanya diam. Malas nak bertengkar dengan budak-budak yang tak cukup umur ni. "Hoi! Aku cakap ni?! Bukan tunggul dekat sini!"byul menggulingkan matanya dan ingin pergi dari situ.

Tetapi minji menarik kasar bahu byul. "Awak nak ape lagi?"tanya byul dingin. "Wah!! Belagaknya kau ni!! Kau tu masih baru dekat sini! Sedar diri sikit!"kata rahee lalu gelak bersama minji.

Byul tergelak sinis. "Awak berdua tu sepupu je pada taehyung. Lagi satu rumah ni bukan milik awak berdua. Sedar diri tu sikit!"rahee dan minji merenung tajam ke arah byul.

"Kenapa? Tak puas hati ke? Lain kali jangan cari pasal. Lagipun awak berdua belum kenal saya ni siapa lagi!"tegur byul dengan nada tegas. "Kau ni!! Saje kan!! Kau kena ingat taehyung tu milik kitorang faham! Aku dengan minji je layak dapat taehyung!"

Byul menggelengkan kepalanya perlahan. "Taehyung layak ke dapat kamu berdua? Nak suruh taehyung jadikan kamu berdua ni isteri dia. Memang taklah. Ada dia senyum dekat korang?, tegur korang, ada tak?"

"Kau memang nak kena!!"serentak rahee dan minji marah pada byul. "Aku tak nak kita gaduh. Aku takut korang dua cedera!"byul awal-awal memberi amaran keras. Rahee dan minji tergelak sinis."takut dengan manusia lemah macam kau ni? Tak payahlah hahahaha"

Terus minji menolak byul dengan kasar. Walaupun hanya tolakan byul rasa sakit sebab mereka menggunakan kuasa sebagai werewolf. "Manusia macam kau memang lemah! Sama macam omma dan appa kau!! Lembab!"

Byul mula bangun. Matanya merenung tajam ke arah minji dan rahee. Pantang sekali dia dengar orang mengejek ibu dan ayahnya.

"Eh terasa ke! Jom serang dia!"rahee dan minji menyentuh lengan byul terus badan mereka ditolak dan terhempas dengan teruk di tiang rumah agam taehyung. Byul terkejut. Mesti rantai liontin birunya itu memainkan peranan.

Badan mereka berdua cedera teruk. Orang yang berada di dalam rumah terus keluar bila dengar bunyi yang kuat. Byul hanya kaku di situ. "Apa yang berlaku dekat sini ni?"tanya datuk kim. Taehyung pun muncul sekali.

"Byul awak ke buat semua ni?"tanya puan kim lembut lalu melihat minji dengan rahee terbaring lemah. Byul mengangguk perlahan. Byul terus menangis. "Byul buat semua ni bersebab. Minji dengan rahee kutuk omma dan appa byul. Sebab tu byul tak boleh tahan. Byul tak tipu"

Semua orang terkejut dengan kekuatan byul terutamanya sepupu taehyung. "Padan muka mereka berdua. Biar mereka sedar diri mereka tu siapa sebelum nak mengutuk semua orang. Selama ni tae bersabar je dengan perangai mereka berdua"

Selamba taehyung bercakap begitu. "Byul minta maaf" terus taehyung menghampiri byul. "Awak tak salah lah byul" byul pun bangun dengan pertolongan taehyung.

Minji dengan rahee dibawa masuk ke dalam rumah untuk dirawat. Byul menunduk dan air matanya masih mengalir laju. "Tak mengapalah byul. Harabeoji maafkan kamu. Sekurang kurangnya byul boleh buktikan byul mampu nak lawan musuh byul sendiri"

Yang lain mengangguk setuju. "Mari saya bawa awak masuk. Awak perlukan rehat"ajak taehyung.

"Terima kasih taehyung sebab awak memihak pada saya. Kalau awak tiada tadi saya tak tahulah"taehyung memeluk erat badan byul dan mengelus lembut rambut byul.

Muka byul ditatapnya lembut. "Saya sentiasa ada disisi awak byul. Selagi saya masih hidup selagi tu lah saya tetap lindungi awak dan cintakan awak"

Byul rasa terharu tetapi dia takut suatu hari nanti dia sendiri buat kesalahan besar pada taehyung.

Byul hanya tersenyum kecil dan mengangguk faham.

🌼🌼🌼

Jangan lupa vote tau!

Fighting

TBC

[C] BLUE EYES + Kim TaehyungWhere stories live. Discover now