21♤

5.4K 627 35
                                    

Jaehyun ditolak oleh joe supaya melutut di depan taehyung. Taehyung tersenyum sinis. Jaehyun hanya mampu menahan geram. Kalau dia melawan nanti tuan jung yang kena tempias bukannya dia.

Taehyung mula mencangkung lalu menarik dagu jaehyun ke atas supaya melihat dirinya. "macam mana kau suka tak dengan diri kau sekarang?"sinis sekali taehyung tersenyum.

"luke kau boleh buat kerja kau sekarang. Bukan dia seorang dengan geng dia sekali"arah taehyung. Luke mengangguk. Luke membawa besi yang terukir werewolf. Besi tersebut sangat panas.

Nct127 dibawa ke suatu tempat. "korang nak buat apa ni?!!"tengking taeyong dan matanya tertumpu kepada besi tersebut. "letak cop di badan korang haahaha!! buka baju mereka semua!!"arah joe. Dan mereka semua bertelanjang dada.

Kedengaran bunyi jeritan nyaring dari dalam bilik tersebut. Taehyung hanya mampu ketawa. "Alpha aku dapat rasakan mereka tak dapat tahan"ujar wojin. "biarlah" balas taehyung tidak kisah.

Hajoo menghampiri taehyung. "alpha sekarang kita perlu pergi ke tempat puak grey werewolf" taehyung mengangguk. Segera mereka menghilang dari situ untuk untuk mengambil wilayah tersebut.

🌼🌼🌼

Byul mengeledah semua tempat di dalam bilik taehyung. Tapi tiada langsung liontin kuning ditemui. Byul mula buntu. "mana taehyung letak ni?!" byul mula mengemas semua barang menjadi seperti dalam keadaan yang asal supaya taehyung tidak curiga.

"Patut ke aku cari semua dalam rumah ni?! hish gila"byul mula keluar. Tiba-tiba dia teringat bilik bawah tanah. Selalunya bts melepak di situ. Segera dia turun ke bawah dan dia memerhati ruang tamu. Tiada orang di situ.

Dia mula pergi ke dapur dan terserempak dua kembar tu lagi sekali. Byul masih ingat lagi serangan kembar tersebut. "kim byul kau buat apa dekat sini?"tanya bella sinis.

"salah ke kalau aku jalan-jalan?"byul menjeling mereka berdua dengan tajam. "kau jangan ingat alpha suka kau! kau boleh hidup senanglah!! kau jangan lupa kami berdua ada dekat sini!! bila-bila masa alpha boleh lupakan kau!" belle memberi ugutan.

Byul hanya ketawa kecil lalu memandang mereka berdua. "korang dua ingat aku nak ada dekat sini? aku tak ingin lah! aku lagi suka kalau aku tinggalkan tempat ni!"dahi mereka berdua berkerut. "apa maksud kau?"tanya bella.

Tiba-tiba byul terfikir untuk menggunakan kembar tersebut. "macam ni lah kalau korang nak tahu lah. Korang tolong aku balasannya korang dapat taehyung. Macam mana?"byul mula membuat tawaran.

"kau ingat kitorang akan percaya kan kau ke?! aku sendiri akan beritahu alpha rancangan kau!"ugut bella kali ni. "beritahu lah! kau ingat alpha percaya ke cakap kau? kena ingat sikit aku ni siapa bagi alpha"mereka berdua memandang geram pada byul.

"nak ke korang tengok aku kahwin dengan alpha baru nak menyesal? aku punya lah baik nak tolong korang dapatkan alpha ni" byul cuba mengubah fikiran diorang. Mereka berdua mula berbisik antara satu sama lain.

"bella boleh percaya ke yeoja ni? tapi aku tak sanggup alpha jadi milik dia. Aku nak alpha jadi milik kita berdua!"bisik belle pada bella. "kau nampak kan hari tu dia cuba nak lari tapi alpha ugut nak bunuh kawan dia" belle faham dengan apa yang bella cuba sampaikan padanya.

"Byul kami nak tahu yang awak langsung tak cintakan alpha?"soalan tersebut membuatkan byul tergamam lalu byul menggelengkan kepalanya. "saya cintakan orang lain. Jangan risau"tipu byul. "baiklah kami berdua setuju. So kami berdua nak buat apa?".

"Cari liontin kuning untuk aku dan lepas itu tolong aku larikan diri. Itu sahaja aku nak"ujar byul. "apa kau nak buat dengan liontin kuning tu?"tanya bella. "kau tahu tak puak golden werewolf ambil liontin kuning tradisi keluarga aku. Cuba kau tengok liontin biru ni dekat aku. Liontin kuning tu kepunyaan aunty aku"tipu byul.

Mereka berdua mengangguk faham. "jadi kau berdendam lah ni" byul hanya mengangguk. "aku harap kau tak beritahu hal ni pada orang lain kalau tak alpha jadi milik aku. Faham?"ugut byul.

"yela"rungut kembar tersebut. "salah seorang teman aku pergi bilik bawah tanah. Seorang lagi tengok keadaan dekat luar"arah byul. Belle mengikut byul dari belakang.

"Suis ni rosaklah. Macam mana nak cari dalam keadaan gelap ni"byul cuba menekan beberapa kali suis tersebut. Tiba-tiba belle sedang mengumam sesuatu dengan laju. Bilik tersebut terus terang dan cerah. "wahh so korang ni ahli sihir lah rupanya".

"kenapa tak pernah jumpa ahli sihir ke selama ni?"tanya bella. Byul hanya tersenyum. "dulu saya ada cita-cita nak jadi ahli sihir macam korang tapi aku tahu tu semua takkan terjadi"bella hanya mengangguk.

"dah jom cari sebelum taehyung balik"arah byul. Bella cari di bahagian kanan manakala byul di sebelah kiri.

🌼🌼🌼

"bagus hajoo! wojin! kumpulkan mereka semua dalam satu bilik. Esok boleh sambung kerja. Aku nak naik bilik"ujar taehyung. "baik alpha"wojin dan hajoo hanya mengangguk.

Dengan segera taehyung naik ke atas. Setengah hari ni langsung dia tiada masa untuk berjumpa dengan byul. Rasa rindu terhadap gadis itu semakin membuak buak. Taehyung tersenyum lebar lalu membuka pintu biliknya.

"byul saya dah ba-----"taehyung melihat byul tiada di dalam biliknya. "byul awak ada dekat mana?"tanya taehyung. Taehyung mula mencari keberadaan byul di biliknya yang luas tu.

Taehyung mula resah dan dia takut byul dapat melarikan diri. Segera dia berlari ke luar dan turun. "ada sesiapa tak dekat sini nampak kim byul!"tanyanya pada semua pembantu yang bekerja dengannya.

"maaf tuan. Kami langsung tak nampak cik byul keluar dari bilik"ujar salah satu pembantu. "habis tu kenapa aku tak nampak dia dalam bilik aku?!!"tengking taehyung dengan kuat.

Wojin dan hajoo berlari ke arah taehyung. "kenapa ni alpha?"taehyung memandang mereka dengan tajam. Pengawal yang menjaga tempat taehyung datang bila disuruh. "ada nampak kim byul keluar dari rumah?".

"kami yang bertugas di luar. Tiada langsung nampak kelibat cik byul keluar tuan"ujarnya jujur yang lain pun mengangguk. Taehyung geram lalu menghempas tangannya dengan kuat di atas meja.

"sekarang beritahu aku kenapa aku tak nampak kelibat kim byul ada dalam rumah ni?! ataupun awak semua yang tak reti nak buat kerja hah?!!!"semua orang hanya menundukkan kepala bila taehyung begitu marah sekali.

Hajoo dan wojin juga tak mampu berkata apa-apa. Jangan masuk campur bila alpha sedang marah. Belle pelik kenapa dia melihat semua orang tengah kelam kabut berlari sana sini.
Dia menarik lengan seorang pembantu. "apa yang dah jadi ni?"tanya belle.

"tuan alpha mengamuk cik belle. Cik byul dah hilang. Sekarang kami semua kena cari cik byul sampai dapat." Lekas belle berlari menuju ke bilik bawah tanah untuk memberitahu hal ini pada byul.

Taehyung memandang semua orang dengan tajam. Aura dari badannya mula timbul. Gerun mereka semua melihat taehyung. Mereka takut dengan kuasa taehyung yang begitu kuat. "dengar ni!! kalau aku dapat tahu kamu semua tak dapat jumpa byul sampai esok pagi..."semua orang suruhannya mula berasa takut.

Mereka menelan air liur masing-masing. Taehyung tersenyum sinis sambil melihat mereka semua lalu menyambung kata katanya.

"Hidup awak semua dalam pertaruhan. Sama ada mati atau diseksa. Ingat tu!!"

🌼🌼🌼

Jangan lupa vote tau!

Fighting

TBC

[C] BLUE EYES + Kim TaehyungWhere stories live. Discover now