60♤

3.3K 474 40
                                    

Jungkook melihat joe yang sudah baring tidak bernyawa. Jungkook mula mengawal amarahnya supaya dalam keadaan yang terkawal. "jungkook sudahlah tu"seulhi yang hanya tercedera ringan mula menahan lengan jungkook.

"saya tiada lah cedera teruk mana pun. Cuma lengan saya luka sikit"seulhi menunjuk lengannya yang luka itu pada jungkook. Jungkook mula memeluk erat seulhi dan seulhi tersentak. "kenapa berani sangat nak tolong saya?"tanya jungkook.

"kalau awak cedera teruk macam mana disebabkan saya?! jangan buat saya takut seul" jungkook tidak dapat membayangkan situasi dimana joe hampir sahaja mencederakan seulhi ketika ingin menyelamatkannya.

"jungkook!"

Serentak mereka berdua menoleh ke arah suga. "cepat jungkook kita kena tolong byul" panggilnya kuat. Jungkook mengangguk lalu memegang kedua-dua belah bahu seulhi. "awak ikut eunwoo bersama yang lain. Nanti saya datang balik"belum sempat jungkook pergi tangannya dipegang oleh seulhi.

"saya nak awak balik dalam keadaan yang selamat. Janji dengan saya"jungkook ketawa kecil dengan apa yang dikata oleh seulhi. "jangan risau. saya kuat lah seul. Kalau macam tu saya pergi dulu!"seulhi berat hati membiarkan jungkook pergi. Firasatnya mengatakan ada sesuatu yang buruk bakal berlaku nanti.

Jungkook yang mengikuti suga dari belakang pelik melihat hanya mereka berdua sahaja tanpa ahli bts yang lain. "hyung yang lain mana?"tanya jungkook. Suga tersenyum nipis."mereka okay kook. Mereka perlukan rawatan"tipu suga. Jungkook mengangguk faham. Suga terpaksa merahsiakan hal ini supaya jungkook tidak risau dan boleh fokus nanti.

🌼🌼🌼

"serangan awak terlalu lemah sayang"

Nafas byul mula tak teratur kerana dari tadi dia cuba menyerang taehyung. Sekarang dia mula penat. "sudah lah tu. Awak nampak penat byul. Saya risau"taehyung cuba menghampiri byul dan segera byul menyerang semula menggunakan kuasanya.

Tapi dengan pantas taehyung mengelak. Nampaknya byul tidak berputus asa. "cukup lah sayang. Awak langsung tak dapat serang saya"taehyung cuba menyakinkan byul. "kenapa awak tak lawan saya taehyung!!!! Jangan anggap saya lemah!!!".

"awak paksa lah saya macam mana pun. Saya takkan sesekali serang awak byul. Awak tu isteri saya dan saya cintakan awak"balas taehyung lembut. "awak tak cintakan saya kim taehyung sebab alpha dalam diri awak tu yang sedang kawal awak!!! Diri sebenar awak makin menghilang!!!"tuding byul ke arah taehyung.

"saya tahu siapa diri saya kim byul. Saya masih taehyung macam dulu cuma awak yang tak sedar"terangnya. Byul tersenyum sinis. "kalau taehyung yang dulu dia tak pernah cuba pisahkan saya dengan aunty jihyun. Taehyung yang dulu tak pernah tinggalkan keluarga dia. Tak pernah ada niat nak bunuh orang. Layan penduduk dia dengan baik"

"cuba awak bezakan taehyung yang sekarang dengan yang dulu"tambah byul. "tak awak silap sayang. Saya jadi alpha untuk lindungi awak. Jadi saya kena berkuasa dan supaya orang luar ikut apa yang saya suruh. Lagi satu mereka cuba rampas awak daripada saya?! takkan tu pun awak tak sedar byul"byul tercenggang.

"mereka semua tak pernah rampas saya dari awak taehyung!! awak yang salah faham!! alpha dalam diri awak tu yang awak sendiri kena kawal bukan dia!!!"balas byul semula agar taehyung sedar. Taehyung mula diam dan dia mula menghampiri byul.

Byul cuba mengelak dan menyerang. Dalam sekelip mata taehyung menangkap pergelangan tangan byul. "lepaskan saya!!!!!!"byul cuba menarik tangannya.

"byul!!"

Jungkook,suga,datuk kim dan tuan kim datang untuk membantu byul. Taehyung melihat perkara itu hanya tersenyum sinis. Dia merenung ke arah mereka dengan tajam. "taehyung lepaskan dia. Kamu cuma sakitkan dia tae"pujuk tuan kim kerana dia melihat byul cuba menarik tangannya dari pegangan taehyung.

"kau siapa nak arah aku?!"semua orang terkejut melihat betapa biadabnya taehyung kepada tuan kim. "kim taehyung?!! dia appa kamu!!"datuk kim mula hilang sabar. Tiba-tiba taehyung mula ketawa sinis. "bila masa aku ada appa? kau siapa?"byul tergamam.

"taehyung!! awak ni kenapa?! mereka berdua tu keluarga awak! Sedar lah taehyung!". taehyung tidak menghiraukan apa yang dikata oleh byul. "alpha tu dah takluk diri dia sepenuhnya"serentak mereka bertiga memandang ke arah datuk kim. "ini tak bagus kan hyung?"tanya jungkook.

Suga hanya diam dan dia buntu. Situasi jadi makin teruk. Jihyun yang sedang bersembunyi memerhati segala galanya yang terjadi. Byul yang menyuruhnya bersembunyi. Dia risau apa-apa buruk berlaku terhadap anak buahnya itu.

"awak milik saya sayang. Mereka semua tu orang jahat yang cuba rampas awak dari saya dan cuba luka kan awak"byul mula takut dengan taehyung. Ada sesuatu yang tak betul terhadap dirinya. Tiba-tiba tangannya ditarik dan pinggangnya dipeluk erat oleh taehyung.

"awak akan bahagia dengan saya"byul merenung mata taehyung. Dirinya seperti dipukau olehnya dan itu buatkan taehyung tersenyum senget. "halang taehyung sekarang!!! kalau tak byul dalam bahaya!!!" arah datuk kim dan tuan kim mula mengeluarkan kuasanya.

"jungkook kamu sambut byul nanti!!"jungkook mengangguk apabila tuan kim menarik tubuh byul menjauh dari taehyung dan menyerang taehyung. Segera jungkook menangkapnya. "byul ah!"jungkook menepuk perlahan pipi byul. Byul mula sedar dan kepalanya sedikit pening. "apa yang dah jadi?"tanya byul dan jungkook mengeluh sebab dia tiada masa nak terangkan.

"baik kau duduk sini. Aku kena tolong harabeoji dan uncle kim"tunjuk jungkook melihat betapa sengitnya pertarungan diantara taehyung dengan yang lain. "suga hyung!!!" terus jungkook mendapat suga yang terhempas teruk disebabkan pukulan taehyung.

"hyung!! hyung okay tak ni?!"suga kepenatan dan dia betul-betul cedera teruk. "jungkook kau kena tolong harabeoji dan uncle kim. Aku tak boleh bangun"dengan hati yang berat jungkook terpaksa meninggalkan suga sementara.

"harabeoji!!!"

"uncle kim!!"

Serentak mereka berdua terhempas teruk di lantai dan segera byul dan jungkook mendapatkan mereka berdua. Kecederaan mereka berdua dua kali ganda lebih teruk. Byul mula menangis dan taehyung yang sedang terapungkan dirinya di atas hanya tersenyum sinis.

"jangan buat kerja bodoh jungkook! awak tak boleh lawan taehyung?!!"byul cuba menghalang jungkook daripada menyerang taehyung. "tapi taehyung yang buat semua ni?! byul?!! aku kena balas balik?!!"amarahnya tak dapat dikawalnya lagi. Kemarahan yang merasuk dirinya ketika ini membuak buak.

"Kim taehyung?!!!!!"dengan kelajuan dimilikinya dalam sekelip mata dia dengan taehyung mula berlawan antara satu sama lain. Belum beberapa minit byul terkejut melihat jungkook kalah dan terhempas teruk kerana taehyung menumbuknya dengan kuat.

"jungkook..."

byul menekup mulutnya kerana terlalu terkejut dan dia melihat jungkook betul-betul tidak sedarkan diri dalam keadaan parah.

🌼🌼🌼

Jangan lupa vote tau!

Fighting

TBC

[C] BLUE EYES + Kim TaehyungWhere stories live. Discover now