7♤

6.4K 686 30
                                    

Cuti sekolah akan bermula esok untuk musim sejuk yang bakal bermula. Byul mengosok tangannya yang kesejukan itu. Hari ni dia pergi ke sekolah bersama dengan anna dan eunwoo.

"Anna aku sejuk lah.."anna mula memegang tangan byul dan memindahkan sedikit haba supaya byul tak kesejukkan.

"Gumawo!"mereka bertiga mula masuk ke dalam sekolah.

"Korang aku nak pergi bilik guru jap!"byul dan anna mengangguk. Eunwoo terus pergi dari situ. Anna dan byul mengambil jalan dekat untuk pergi ke kelas.

Baru mereka berdua hendak menggunakan laluan ini. Tiba-tiba nct127 muncul di hadapan mereka. Anna mula risau. "Jom ikut jalan lain!"bisiknya pada byul. Byul pun mengangguk.

Mereka berdua pusing ke belakang tetapi yuta dan mark menghalang mereka berdua. "Nak lari mana hurm? Ada sesuatu kitorang nak bincang dengan kau"mark memusingkan tubuh byul supaya bersemuka dengan jaehyun.

Yuta pula tersenyum manis kepada anna. Anna menjelingnya tajam dan berpusing ke depan mengikut byul. "Kau nak bincang apa?"dingin suara byul kedengaran.

Jaehyun tersenyum sinis. Berani betul gadis ini dengan dia. "Aku nak tahu nama kau siapa? Apa hubungan kau dengan taehyung sebenarnya? Lagi satu kau ni siapa sebenarnya?"

"Aku ingatkan kau ni hebat orangnya? Tapi hmmm..."jaehyun tergelak sinis. Gadis ini cuba nak mencabar dia. Tiba-tiba anna menghalang jaehyun mendekati byul. Dia mula memanggil yang lain menggunakan isyarat werewolf.

"Jangan ganggu mereka!"dengan sekelip mata eunwoo berada di hadapan jaehyun. "Jangan buat masalah dekat sini Jung jaehyun. Aku nak korang pergi sebelum bts sampai nanti".

Eunwoo merupakan sepupu kepada jin. Dia juga keturunan diraja sama seperti jin. "Kau ingat kitorang takut ke?"taeyong mula bersuara. "Aku tak nak pasal benda macam ni. Kita semua gaduh besar. Faham?"

Eunwoo memberi teguran dengan lembut tetapi tegas. "Jom kita pergi!"arah jaehyun dan mereka mula hilang satu persatu.

"Anna kau panggil yang lain ke?"byul mula risau. Kalau taehyung tahu dia kena kacau dengan jaehyun. Boleh gaduh besar taehyung dengan jaehyun nanti. Byul mula teringat kejadian yang berlaku hari tu. Gerun dia melihat perubahan taehyung.

"Aku tak tahu kalau pesanan aku ni sampai dekat mereka. Aku tak tahu sebab aku jarang cuba?"eunwoo dengan segera menarik lengan byul dan anna masuk ke kelas.

🌸🌸🌸

"Mana byul ni? Aku suruh tunggu sini. Dia pula yang menghilang.. Haih makanan dia dahlah dekat aku pula tu"anna mula mencari byul di taman persekolahan.

Selalunya byul ada dekat situ. Tiba-tiba dia bertembung dengan yuta. Hanya mereka berdua sahaja berada di kawasan tersebut. Dah lah yuta tersenyum manis pula dekat dia.

Anna mula rasa takut dengan lelaki macam yuta ni. Baik dia pergi dengan segera. Tiba-tiba yuta merangkul pinggang anna. "Apa kau buat ni?!!"terjerit kecil anna dibuatnya.

Dia cuba menolak dada yuta. Yuta pula dengan bersahaja mengusap pipi kecil anna. Tak tahu kenapa dia tertarik sungguh dengan gadis werewolf bernama bae anna. Lagipun comel orangnya.

Dengan kasar anna menepisnya. "Awak nak apa?!!!"tengking anna dan dia cuba melepaskan diri dari yuta. "Janganlah takut dengan saya anna.. Saya tak buat apa-apa yang buruk dekat awak. Jangan risau.."

Berkerut dahi anna. "Habis tu awak nak apa? Lepaskan saya boleh?!"perlahan-lahan yuta meleraikannya. "Saya rasa saya sukakan awak bae anna"dengan lembut yuta bercakap.

Membulat mata anna mendengarnya. Black Werewolf macam dia. "Awak sedar tak awak tu siapa?"yuta mengangguk faham. "Awak ingat saya kisah ke? Yang penting saya dapat awak.."

"Anna!!"panggil eunwoo dari jauh. Eunwoo menghampiri mereka berdua. Dengan cepat anna memaut lengan eunwoo dengan erat. Yuta tak suka melihat perkara tersebut.

"Jom.. Byul dah tunggu kita dah!"anna mengangguk lalu mereka berdua pergi dari situ. Setelah mereka berdua pergi jauh dari situ. Eunwoo mula berhenti. "Dia ganggu awak ke?"

"Saya takut eunwoo.."eunwoo tersenyum lalu mengelus rambut anna. "Jangan risau saya ada.."hati anna berasa tenang bila eunwoo berada disisinya. "Dah jom.. Mesti byul tengah tunggu tu"eunwoo mengangguk.

🌸🌸🌸

Malam itu, byul mula melihat bulan dan Bintang di langit. Dia termenung seketika. Taehyung melihat pintu bilik byul terbuka sedikit. Dia pun membuka dengan perlahan.

Dia tersenyum kecil lalu menghampiri byul yang yang mengelamun jauh. Dan dia berdiri di sebelah byul. "Byul.."panggil taehyung dengan lembut. Byul mula tersedar.

"Mengelamun jauh nampak.. Fikir pasal ape?"byul tergelak kecil. "Tak sabar tunggu aunty ji balik esok.. Rindu"taehyung hanya mengangguk.

"Awak tak mengantuk ke?"tanya byul. "Selagi awak tak tidur selagi tu juga saya tak tidur"byul mula menyampah. "Awak ingat saya tak tahu?! Setiap malam awak cuba curi-curi masuk nak tidur dalam bilik saya? Hah? Taehyung kita dah besar sekarang tak macam dulu waktu kita kecil"

"Kenapa salah ke? Saya lagi selesa bila tidur dengan awak. Saya rasa tenang"dengan pantas taehyung mencium sekilas pipi byul. Byul terkejut. "Yahh!!"taehyung hanya diam kan diri.

Byul rasa dia patut sedarkan taehyung. Dia takut benda macam ni akan buat taehyung makin susah lupakan dia nanti. "Tae... Awak sedar yang kita ni berbeza kan?" Berkerut dahi taehyung mendengarnya.

"Saya tahu kenapa?".

"Saya bukan ape.. Ermmm.. Manusia dengan werewolf kan tak boleh bersama?"taehyung menatapnya dengan sedih."siapa cakap tak boleh? Nenek dengan datuk saya boleh je. Lagi-lagi nenek saya ialah manusia"

Byul tergamam. Okay dia sedar selama ni dia salah."kenapa awak baru tahu ke? Awak ingat perasaan saya dekat awak selama ni salah ke?"byul hanya diamkan diri.

"Maaf.. Saya tak maksudkan macam tu.."byul ingin mengusap rambut taehyung tapi taehyung menahan tangan byul. "Saya bukan budak kecil macam dulu byul. Saya dah besar.. Saya nak awak layan macam saya dah dewasa bukan macam adik awak"

Dia menarik tangan byul dan merangkul pinggang byul. Hidung mereka berdua bersentuhan. "Taehyung...."byul melihat warna mata taehyung berubah ke warna biru.

Kedudukan mereka sangat rapat. Taehyung memeluknya sangat erat. Peluang tipis sekali bila byul ingin lepaskan diri. Taehyung mula menyelit rambut byul di telinganya.

"Saya rasa saya tahu kenapa mata saya bertukar macam ni byul. Semua ini disebabkan awak kim byul. Awak buat saya gila, risau, suka, bahagia, takut semuanya bila saya dengan awak. Lagi-lagi saya betul-betul cintakan awak..."

Lembut suara taehyung kedengaran. Lama kelamaan taehyung mula merapatkan bibirnya di bibir mungil byul. "Tae-taehyung sa-say---"

"Jangan tolak saya kim byul. Saya tak suka"byul terus terdiam.

Byul mula memejamkan matanya dan membiarkan taehyung mencium bibirnya dengan mendalam. Malam itu lagi sekali rantai liontin milik byul bersinar terang di biliknya.

🌼🌼🌼

Jangan lupa vote tau!

Fighting

TBC

[C] BLUE EYES + Kim TaehyungWhere stories live. Discover now