25♤

5.3K 640 48
                                    

"Tolong jangan apa-apa kan keluarga saya! jebal! saya sanggup jadi orang suruhan kamu"seorang wanita daripada keturunan white werewolf campuran gumiho itu merayu kepada hajoo dan wojin.

Mereka berdua akui kecantikan wanita tersebut tetapi mereka tak tahu nak berbuat apa kerana selama ini mereka hanya mengikut arahan alpha.

Tetapi alpha tiada bersama mereka berdua sekarang. Tiba-tiba luke dan joe muncul di hadapan mereka. "korang dua tercegat apa lagi jom lah balik"ujar joe tetapi matanya tiba2 jatuh kepada wanita yang sedang melutut itu. Dia agak terpukau dengan kecantikan wanita tersebut.

"Dia siapa?"tanya joe. Hajoo dan wojin menceritakan segala galanya pada luke dan joe. Joe tersenyum lebar lalu memandang yeoja tersebut. "kalau awak ikut kami. Kami semua takkan apa apa kan keluarga kamu! macam mana awak setuju?".

"yah! joe kenapa nak bawa dia?! nanti alpha marah lah!"bisik wojin. "ala jadikan dia pembantu team alpha. Mana tahu dia boleh tolong kita semua. Lagipun dia cantik. Mana tahu alpha terpikat ke?"cadang joe. "aku seratus peratus yakin alpha takkan tertarik dengan dia" hajoo yakin dengan kata katanya.

"kalau alpha tak tertarik. Baguslah tu! dia aku punya! luke boleh lah!!"rayu joe sambil memandang manja ke arah luke. Luke yang lama mendiamkan diri akhirnya mengangguk. Joe tersenyum gembira lalu menghampiri wanita tersebut.

"saya setuju!"ujar wanita itu setelah berfikir dengan mendalam. "kalau macam tu beritahu kami semua siapa nama kamu?"tanya hajoo ingin tahu. "nama saya song jihee. Boleh panggil saya jihee"balasnya lembut. "aku wojin. Sebelah aku ni hajoo. Dekat kau tu joe. Yang pakai jubah merah ni luke. Harap kau ingat nama kami semua"jihee mengangguk perlahan.

"saya kena buat apa kalau ikut awak semua?"tanya jihee risau. "jangan risau kerja kau tak susah. Kau telah dilantik menjadi pembantu kepada team alpha. Nanti aku kenalkan kau dekat ketua kami dan ahli yang lain" jihee sedikit lega bila dapat tahu tugasnya tidak sesusah mana.

Cuma dia nak tahu siapa alpha yang kejam sanggup lakukan semua ni pada puaknya dan pada puak yang lain. Dia begitu benci kepada alpha tersebut dan sekarang dia pula kena berkhimat dengan alpha. Akhirnya jihee mengikuti mereka pulang.

Tetapi dalam perjalanan ke rumah alpha tiba-tiba mereka singgah ke suatu tempat. Jihee sedikit takut kerana tempat ni begitu seram. "jangan risau. Tempat ni selamat. Alpha ada dekat sini tu lah kami datang. Jom keluar boleh aku kenalkan kau dengan alpha" jihee hanya mengekori mereka dari belakang.

Jihee melihat seseorang duduk di bangku. Dia agak terkejut seperti dia kenal lelaki ini. Bukan kah dia kim taehyung kawan baik putera jin white werewolf? apa dia buat dekat sini.

 Bukan kah dia kim taehyung kawan baik putera jin white werewolf? apa dia buat dekat sini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"alpha kami dah sampai. Maaf sebab lama"taehyung mula memandang mereka semua lalu mengeluh. Tiba-tiba matanya melihat seseorang yang tidak dikenali di belakang joe.

"dia siapa?"tanya taehyung lalu memandang tajam ke arah jihee. Joe beranjak ke sisi. "dia pembantu kita mulai sekarang alpha"jawab joe sedikit takut. Taehyung tersenyum sinis lalu menghampiri jihee. Jihee tidak sangka taehyung boleh berubah macam ni sekali.

Dulu taehyung selalu bersama jin membantu puak white werewolf sehingga jihee pun turut tersuka dengan dia. Ramai lelaki werewolf berkenan dengan dirinya tetapi dia menolak semuanya kerana dia mencintai taehyung dalam diam. Tetapi hingga sekarang taehyung langsung tak pernah perasan kewujudannya. Hal itu membuatnya kecewa.

"kau nak jadi pembantu team alpha?" sengihnya sinis. Jihee hanya tersenyum kelat dan dada berdebar bila bersemuka dengan taehyung secara dekat. Perasaanya kepada taehyung belum hilang lagi. Taehyung menarik dagu jihee ke atas supaya melihatnya.

Jihee tertarik dengan mata biru milik taehyung. Sesungguh penampilan taehyung dapat membuat ramai wanita memandang minat terhadapnya termasuk dia sekali.

Taehyung akui jihee memang cantik tapi dia rasa byul lagi cantik dan sempurna daripada jihee . Hanya byul seorang dapat buatkan jantungnya berdebar.

"aku tahu kau cantik" jihee tak tahu kenapa hatinya gembira bila taehyung memujinya. Mungkinkah melalui cara ini dia dapat kenal dan rapat dengan taehyung. Tiba-tiva taehyung memandang tajam. "jangan ingat kau layak jadi pembantu aku faham! kecuali mereka semua".

Taehyung melepaskan dagu jihee dengan kasar. Jihee tergamam dan hatinya begitu sakit. Sehina itu kah taehyung memandangnya. Dulu dia sentiasa cuba menarik perhatian taehyung tetapi semua tidak menjadi. Dia pelik kenapa taehyung layan semua gadis dengan dingin. Dia sendiri pun tidak tahu.

Tapi dia sendiri bertekad akan memikat taehyung dengan caranya sendiri. "maaf lah jihee. Alpha memang macam tu orangnya. Lama-lama nanti dia boleh terima awak"ujar joe. Jihee hanya mengangguk dan mengikuti mereka semua pulang.

🌼🌼🌼

Byul pelik kenapa rantai liontin biru nya bercahaya terang. Dia melepaskannya dari lehernya. Tiba-tiba liontin tersebut terangkat sendiri dan bercahaya terang. "byul?!!"terkejut dia melihat bts muncul dalam cahaya biru tersebut. "macam mana korang boleh?"bts ketawa kecil. Mereka tahu byul agak terkejut.

"nampak aku tak byul!!"jungkook mula dekatkan mukanya pada cahaya tersebut. Tiba-tiba jimin menolak kepala jungkook. "kau ni kook! sanalah bukan kau sorang je!"jimin dan jungkook mula berebut. Dengan pantas suga menarik cuping telinga milik jimin dan jungkook.

"ah!! hyung!! sakitlah!!"kepala mereka berdua terangkat. Byul ketawa melihat telatah mereka berdua. "sakitlah hyung!"terus suga melepaskannya. Mereka berdua mencebik lalu mengosok telinga-telinga masing yang kemerahan.

"duduk diam" mereka berdua akur dengan arahan suga dan mula diam. Jhope menjelirkan lidahnya lalu berbisik. "padan muka"bisiknya. Terus jimin dan jungkook menjeling jhope dengan tajam.

Byul cuba menyentuh cahaya biru tersebut tetapi hanya sia sia. Tiada apa-apa pun yang berada di belakangnya. "ingat ni byul kami semua boleh hubungi kau hanya 3 kali sahaja melalui kuasa liontin. Kami lega kau dalam keadaan yang baik byul. Taehyung layan kau dengan baik tak?"tanya jin ingin tahu.

"dia layan aku sama macam sebelum ni"mereka semua bersyukur. "dah jumpa liontin kuning tu?"byul mengangguk kepalanya.

"Dah aku dah jumpa"

"tapi kan byul ada sesuatu yang kau kena tahu"ujar namjoon sambil mengeluh. "apa dia?"jin menyuruh namjoon beritahu hal sebenar pada byul. "kau tahu kan kalau semua liontin digabung akan jadi liontin krystal putih?"byul mengangguk faham.

"habis tu kenapa pula?"tanya byul lagi sekali. "ada syarat kalau nak pakai liontin krystal putih tu byul" byul mula rasa tak sabar. "cepatlah apa dia?"gesa byul. "syaratnya kena jadi isteri alpha dahulu"jawapan daripada namjoon membuatkan byul terdiam. Dia tak sangka itu syaratnya.

"kau okay tak ni byul?"jimin melihat byul tiada respon. Byul mula memandang ke arah mereka. "aku akan buat!"ujarnya bersungguh sungguh. Mereka semua terkejut. "betul ni? kau sanggup byul?!!"byul mengangguk.

"lagipun aku nak taehyung yang dulu. Aku cintakan dia"bts tersenyum lebar bila mendengar luahan byul. Tiba-tiba byul mendengar pintu gerbang di buka dan dia dapat dengar dengan jelas walaupun di dalam bilik.

Nampaknya taehyung dah balik. "korang taehyung dah balik. Aku pergi dulu. Kirim salam pada yang lain terutamanya aunty ji" bts mengangguk lalu cahaya biru itu hilang.

Dengan cepat byul memakai liontin birunya semula dan keluar dari bilik untuk berjumpa dengan semua orang.

🌼🌼🌼

Jangan lupa vote tau!

Fighting

TBC

[C] BLUE EYES + Kim TaehyungWhere stories live. Discover now