69♤

3.4K 470 71
                                    

Taehyung memandang ke atas sambil melihat daun-daun yang berguguran daripada pokok. Menandakan musim luruh telah pun tiba. Taehyung mengamati pemandangan tersebut dan kedua-dua tangannya memasuki ke dalam poket seluarnya.

"Appa!!!"

Terus taehyung menoleh ke arah seberang jalan. Taehyung tersenyum lebar dan dia tak sangka masa berlalu dengan pantas. Pertemuan pertamanya dengan taesa dari kecil sampai lah taesa membesar menjadi seorang remaja.

Taesa melambai ke arahnya. Taesa telah pun membesar menjadi gadis remaja yang cantik. Dia pun menyayangi taesa seperti anaknya sendiri. Siapa sangka hubungannya dengan taesa makin rapat sampai lah taesa berumur 16 tahun. Makin lama taesa membuatkannya teringat pada isterinya.

"appa?"

Taesa melambai tangannya di depan muka taehyung dan taehyung pula termenung. "appa!!"jerit taesa tak terlalu kuat dan taehyung terperanjat sedikit. "eh bila masa ae sampai ni?"taesa mendengus geram. "dah lama dah cuma appa je yang tak perasan. Asyik termenung jauh-jauh tu kenapa?"perli taesa.

Taehyung tersengih kecil. "pandai ya sekarang dah perli appa? baiklah jom appa belanja kamu makan. Mesti kamu penat pulang dari sekolah"taesa mengangguk laju lalu merangkul tangan taehyung dengan manja. Taehyung hanya menggelengkan kepalanya dan membelai lembut rambut taesa lalu menuju ke restoran kegemaran taesa.

🌼🌼🌼

Hongguk High School

Byul akhirnya sampai ke sekolah menengah taesa dan juga taewon. Byul membawa beg yang dalamnya baju ganti taewon dan bekal makanan buat taewon. Sepatutnya tugas taesa yang hantar tapi taesa ada hal dan byul tahu hari ini taesa keluar dengan taehyung.

Jadi dia tak ingin menganggu hal anak beranak itu walaupun taesa berahsia dengannya. Byul tahu taewon mungkin tak suka dirinya melawatnya di sekolah kerana takut pelajar lain mengoda ibunya. Byul sendiri ketawa apabila mendengar hal itu.

Walaupun umur byul makin tua tapi rupa dan penampilan byul seolah nampak masih muda dan cantik. Werewolf,vampire dan ahli sihir akan kekal muda selama lamanya dan itu buatkan dunia werewolf unik. "mana tempat latihan won ni?"byul buntu dan dia mula sesat.

Tiba-tiba dia melihat seorang lelaki bersama dua orang kawannya yang  mungkin usianya sama dengan taewon. Lagi bagus yang lelaki itu mengenakan jersi bola keranjang yang sama dengan taewon. Byul menghampirinya lalu menegurnya. "maafkan saya boleh aunty tahu tak kim taewon ada dekat mana? sebab aunty nak beri ni dekat taewon"ujar byul lembut.

Mereka semua terpana dengan byul. "ehem? aunty tanya ni?"kata byul lagi sekali. Tiba-tiba mereka semua ketawa dan dahi byul berkerut.

"aunty?"

Mereka bertiga tidak mempercayai byul kerana byul nampak lagi muda dan lagi cantik. "tolong lah jangan tipu kami semua dan saya tahu gadis macam awak ni bukan mak cik. Tu tak lawak okay?"perli salah seorang lalu tersenyum nakal. "kenapa nak cari kim taewon? awak nak tahu tak saya lagi kacak dari dia"dikenyitnya mata pada byul dan itu lagi buat byul meluat.

"Kalau macam tu biar aunty cari sendiri"baru sahaja byul ingin pergi tiba-tiba tangannya ditarik lembut. Byul merenungnya tajam. "hey awak tak kenalkan diri awak pun? jangan lah sombong. Lagipun kalau awak nak tahu saya ni lagi kacak dari taewon tu. Taewon tu ramai peminat dan setahu saya taewon tu jenis yang dingin dengan yeoja kecuali dengan adik dia" terangnya satu persatu.

Perlahan byul menepis tangan lelaki itu. "kamu semua ni kawan baik dia ke tak?"byul menyilangkan tangannya dan menatap semua dengan tajam. Makin ramai pelajar lelaki menghampiri mereka semua. Kebanyakan pelajar lelaki yang buat latihan bersama-sama dengan taewon.

[C] BLUE EYES + Kim TaehyungWhere stories live. Discover now