68♤

3.3K 484 56
                                    

Suga tersenyum sendiri melihat betapa bisingnya Bts semasa acara barbeque. Lama dia tidak melihat bts semua berkumpul macam ni. Suga hanya memerhati dari jauh dan satu persatu dia pandang setiap ahli bts yang dah berjaya sembuh dan sedar berkat bantuan semua orang.

Dulu suga hampir putus asa melihat keadaan bangtan dahulu. Dia buntu perlu buat apa tapi demi janji namjoon dia cuba pulihkan keadaan bangtan seperti biasa. Namjoon keadaan dia makin pulih cuma perlu pantau setiap masa. Jungkook pula dah makin kuat dan lebih kurang masa sebulan jungkook dapat berjalan seperti biasa.

Jimin pula makin hari kuat makan dan sentiasa bersenam supaya absnya kekal ada. Kadang-kadang dia paksa juga suga ni bersenam itu buatkan suga ketawa kecil. Dia pergi gim bukan bersenam tapi tidur sambil teman jimin bersenam dengan jungkook. Jhope sekarang makin suka ketawa dan senyuman tak pernah lekang di bibirnya.

Suga tahu taehyung belum boleh lupakan byul tetapi dia lega melihat taehyung kuat demi mereka semua. Jin sekarang tak perlu bantuan dia. Sejak bella dah balik mula lah dia mengada dan suka bermanja dengan bella. Suga pula dihalau ketika cuba membantu dan suga hanya bersabar dengan perangai jin tak matang-matang lagi. Nasib lah bella baik suka jin seadaanya dan menolong jin untuk sembuh.

"suga hyung!!!"

Lambai jungkook dan menyuruh suga datang ke arah mereka. Suga menghampiri mereka semua. Mata mereka semua membesar melihat suga. "korang kenapa? tak pernah tengok aku ke?"tanya suga pelik. "hyung! hyung baru lepas habis nangis ke?"kata jimin dan suga terkejut lalu mengesat air matanya.

Dia sendiri pun tak perasan. "mana ada aku nangis. Habuk masuk mata biasa lah tu" tipunya dan dia cuba sembunyikan rasa gemuruhnya. Kantoi kalau semua orang dapat tahu dia nangis. Nanti jatuh maruah imej swag dia. "iya ke tak nangis?"usik jin pula bersama senyuman mengejek.

"hyung nangis sebab kitorang tak ajak hyung barbeque ke tadi? alolo my suga jangan lah merajuk meh kookie pujuk"terus suga menolak jungkook apabila jungkook cuba memeluknya. "kau jangan nak mengada eh?!!"marahnya.

"abe gula dah marah. meh chim suapkan daging. Buka mulut hyung!!! roket nak masuk ni"lalu mereka semua tergelak terbahak bahak. Suga merenung jimin tajam dan jimin tersengih dan roket tadi tak jadi masuk dalam mulut suga tapi jhope pula diberi.

"aku rasa suga hyung nangis tadi sebab gembira tengok kita semua tadi macam ni dan dia rasa terharu"kening taehyung terangkat. Serentak mereka semua memandangnya. "apa? nak cari gaduh?!"Tiba-tiba jungkook menjerit dan seulhi ketawa melihat jungkook mula menangis.

"Hyung!!! kook tak pernah lupa apa yang hyung pesan masa kook tak boleh jalan!!! kook masa tu terharu huargh!!!!"meleleh hingusnya lalu memeluk suga dengan erat.

"lepaskan aku kook!!! jangan nak lap hingus kau dekat aku!!!".

"hyung!! chim tahu masa tu hyung marah sebab sayangkan chim kan!! chim love hyung gak!!! muah!!"suga menahan muka jimin supaya tidak dekat dengannya. Jijik sungguh ewww!!.

Bersungguh sungguh suga menolak jimin dengan jungkook menjauhinya dan itu mengundang gelak tawa semua orang.

"JAUHI DIRI DARIPADA AKU KUNYIT-KUNYIT DURJANA!!! AKU BUKAN KUNYIT!!!"

Jerit suga kuat dan itu membuatkan jimin dengan jungkook tak kisah.

"weyh!!! harabeoji datang tu!!! jangan tunjuk scene kunyit korang!!! cepat!!!!"belle menjerit ke arah mereka semua kerana baru sampai.

"KOOK!! CHIM!! Dah lah tu!! harabeoji nak sampai tu!!!"

"Nanti harabeoji pengsan cepat datang sini!!!"

"Aku tak nak harabeoji cop aku kunyit!! aku setia pada bella okay!!!"

"tolonglah aku tak nak harabeoji panggil kita semua KUNYIT DURJANA JANA eh!!!".

Bila semua mendengar hal itu semuanya berlari dalam kelam kabut dan pura-pura menjadi seperti asal. Takut harabeoji pengsan lagi buat kali ketiga. Kalau pengsan lagi tak naya hidup semua orang. Tak pasal-pasal halmeoni cekik semua orang hidup-hidup dan itu pesannya. Jadi mereka semua takut dengan ugutan halmeoni.

🌼🌼🌼

"sayang!!!!"

Taehyung mengejar byul sampai dapat dan menarik lengan byul supaya menoleh ke arahnya. Tapi byul diam dan tidak memberi sebarang reaksi. Taehyung mula risau. "sayang awak okay tak? sayang!!"digoncangnya perlahan badan byul.

Tetap byul diam dan tidak memberi sebarang reaksi. "jangan buat saya macam ni. Saya rindukan awak. Mana awak pergi selama ni? Awak janji takkan tinggalkan saya? awak lupa ke?"byul hanya memberi pandangan kosong.

"sayang!! awak dengar tak ni!! pleasw jawab apa yang saya tanya?!! maafkan saya kalau saya buat salah dekat awak"rayu taehyung lembut. Tiba-tiba byul tersenyum sinis dan merenung tajam ke arah taehyung.

"maaf?"

Baru sahaja taehyung ingin menyentuh bahu byul tetapi ditepis kasar oleh byul. "kau layak ke dimaafkan?"taehyung mula diam dan dia keliru.

"sayang kenapa ni?"

"berhenti panggil aku sayang!! aku jijik dengar?!!"tengking byul kuat. Taehyung cuba meraih tangan byul tetapi lagi sekali byul elak dengan kasar. "jangan sesekali sentuh aku!! Kau tak layak!!!"nada keras dapat didengari oleh taehyung.

"tapi saya kan suami awak jangan lah macam ni. saya rindukan awak.."

Byul ketawa besar. "suami? kau layak ke jadi suami aku dengan apa yang kau dah buat?! lupa ke saja-saja buat lupa?!!!"taehyung mula melutut dan byul melihat itu hanya menjeling. "saya akan buat apa-apa demi awak? asalkan awak maafkan saya dan kita berdua jadi macam dulu"ujar taehyung terdesak.

"senang kim taehyung!! aku cuma perlu kau berambus dari hidup aku!! dan jangan sekali kali muncul depan aku!! aku biarkan kau hidup dan aku nak kita berdua cerai!!"terus taehyung bangun bila mendengar apa yang dikata oleh byul.

"no!!! saya tak kan buat macam tu?!! saya cintakan awak takkan tu pun awak tak faham?!! jangan buat saya macam ni jebal!! saya ikut apa yang awak cakap asalkan bukan yang ni sayang jebal...".

"kalau macam tu biar aku pergi sendiri"byul mula berjalan meninggalkan taehyung. "sayang!! tunggu saya!!"taehyung ingin mengejar byul tetapi badannya tidak dapat digerakkan. Dia cuba mengapai byul tetapi tidak dapat. Air matanya mula mengalir dengan laju apabila kelibat byul lama kelamaan hilang daripada pandangannya.

"Byul ah!!!!!!!!! andwae!!!!"

Terus buka kedua dua matanya dan peluh mula menitik dari dahinya. "mimpi rupanya!!" taehyung meraup rambutnya kebelakang dengan kasar. Dia mula bangun dan melangkah ke arah cermin besar dan menatap dirinya.

"apa salah aku byul?"sebenarnya taehyung masih lagi tidak ingat kejadian menimpa byul dan jihyun ketika dia bersama suga. Suga merahsiakan hal ni bersama dengan datuk kim dan tuan kim. Taehyung sendiri tak tahu yang dia punca kematian jihyun.

Taehyung cuba ingat kejadian tersebut tetapi baginya susah dan kepalanya mula pening. Dia melihat lagi cermin. "kenapa saya dapat rasa awak masih hidup sayang" tanpa membuang masa dia pergi ke bilik mandi untuk bersihkan diri.

Dia tak lupa janji dia dengan taesa untuk luangkan masa hari ni. Sekurangnya kurangnya rindunya terhadap byul dapat diubati apabila bersama sama dengan taesa. Dia pun menganggap taesa seperti anaknya sendiri.

🌼🌼🌼

Jangan lupa vote tau!

Fighting

TBC

[C] BLUE EYES + Kim TaehyungWhere stories live. Discover now