5♤

7.2K 709 27
                                    

"Cuba kau tengok semua gambar ni" namjoon membaling semua gambar-gambar itu di atas meja. Jimin dan jhope terus melihat satu persatu.

"Tak guna betul puak werewolf black ni. Kalau aku dapat dah lama aku bunuh diorang"jhope rasa geram bila ramai yang mati disebabkan keganasan werewolf black terhadap manusia.

"Bertenang jhope. Kita boleh selesaikan masalah ni"jin menepuk bahu jhope. Namjoon bersandar di dinding. "Korang nak tahu lagi satu aku dengar jaehyun dengan rakan-rakan dia nak pindah dekat sekolah kita"

Suga yang tertidur terus bangun. "Biar betul ni?!"namjoon mengangguk. "Tapi kan aku peliklah kenapa jaehyun nak pindah sini. Sedangkan mereka sendiri ada sekolah khas untuk werewolf black je?"

"Aku dengar diorang cari sesuatu. Sesuatu yang penting"ujar namjoon. Mereka semua mengangguk. Terukir senyuman sinis di bibir taehyung. Ya jaehyun dengan dia pernah bertarung dulu. Nasib ada byul dapat sembuhkan dia.

"Tae aku harap kau jangan cari masalah dengan jaehyun tu. Bukan aku tak kenal kau ni macam mana? Dengar ni?"taehyung mengeluh dengan bebelan jin. Jin sememangnya memiliki hati yang suci. Dia kan puak white werewolf .

"Yelah hyung. Tae akan cuba"jin tersenyum lebar. "Berani juga ye mereka nak masuk sekolah kita. Jaehyun dengan kawan-kawan dia je kan puak black werewolf yang wujud dalam sekolah kita"

"Esok kan?"namjoon mengangguk. Besok mereka semua berjumpa dengan musuh yang lama. Pernah ada pergaduhan teruk dulu antara puak werewolf tersebut.

🌸🌸🌸

"Apa motif mereka masuk sekolah ni hah?!"Anna tak berpuas hati betul dengan berita puak werewolf akan bersekolah sama dengan mereka.

"Saya tak tahu Anna.. Tapi saya dapat rasakan ada benda yang buruk yang bakal berlaku"eunwoo melihat ke arah byul. "Byul kau kenapa?"byul menggelengkan kepalanya. Dia pun risau dengan hal ni.

Dia risau puak black werewolf dapat mengesan rantai liontin biru ni. Bukan dia tak tahu mereka lah sebab ibu dan ayah dia meninggal dunia dulu. Lagi satu taehyung pernah cedera lawan dengan putera black werewolf yang dikenali sebagai jae.

Byul hanya mengelamun. Dia tak sedar taehyung tengah tunggu dia di depan pagar sekolah. Taehyung hanya memerhati byul dari jauh. Tiba-tiba byul langgar sesuatu yang keras yang berada di hadapannya.

Dia mendongak ke atas. Taehyung rupanya. Lalu dia berjalan ke tepi. Dengan sekelip mata taehyung berjalan di sebelah byul.

"Byul.."panggil taehyung.

Tapi masih byul tak perasaan. Dia termenung sambil berjalan. "Kim byul.."masih juga tiada respon. "Byul awak kenapa?"taehyung geram bila dia tanya byul hanya diamkan diri.

Dengan pantas dia berdiri bersemuka dengan byul. Lalu memegang muka byul. Mata byul terkebil-kebil melihat muka taehyung sangat hampir dengannya. Taehyung mengusap pipi byul dengan lembut.

"Byul awak kenapa? Please jangan buat saya macam ni.. Saya risau" Terus taehyung memeluk byul dengan erat. Dalam sekelip mata sahaja mereka berdua di tengah-tengah hutan yang gelap. Tempat dia dengan taehyung pernah berjumpa dulu sewaktu kecil.

Tak tahu kenapa pelukan taehyung hangat dan selesa buat byul. Dia rasa tenang. "Saya takut dengan puak black werewolf" luah byul dan badan dia menggeletar ketakutan. Dia masih ingat tragedi menimpa ibubapa nya waktu dia kecil.

Taehyung menatap wajah byul yang gelisah. Dia mencium dahi byul sekilas. "Saya ada dengan awak byul. Jangan risau.. Saya akan lindungi awak"dia mengelus rambut belakang byul dengan lembut.

[C] BLUE EYES + Kim TaehyungWhere stories live. Discover now