89💜(S2)

2K 303 55
                                    

"Kau siapa?"

Tiba-tiba ada seorang lelaki yang berpakaian jubah bewarna merah diikuti dua orang pengikutnya di belakangnya. Taehwan mula takut byul akan diambil daripadanya. Susah dia nak berlawan lagi-lagi dalam keadaan sekarang dia yang mengangkat byul.

Lelaki itu mula menarik jubah yang menutupi kepalanya. Dahi taehwan berkerut. "Jangan risau, aku takkan ambil gadis kesayangan kau. Cuma aku ada sesuatu nak bincang dengan kamu Park Taehwan" katanya.

"Macam mana kau kenal aku?!"

"Bawa bertenang taehwan. Aku cuma nak tolong kau dapatkan byul dan hapuskan taehyung. Itu yang kau nak kan?" taehwan mula melihat ke arah byul yang sedang pengsan ketika ini. "Aku pasti kau pun ada niat kan?" teka taehwan dan lelaki itu mengangguk.

"Mesti lah aku ada niat. Aku cuma nak hapuskan keluarga kim bersama dengan kau. Kekuatan kau lebih kurang sama hebat dengan taehyung" lelaki itu mula menghampiri taehwan. "Apa sebab kau buat macam tu?" tanya taehwan ingin tahu.

"Mereka penyebab kedua-dua anak lelaki aku mati. Lee Minho dengan Lee Mino. Itu sahaja sebab aku tiada lagi yang aku sembunyikan daripada kau. Jadi aku ajak kau bergabung dengan aku hapuskan mereka semua. Kau setuju atau tidak?" cadangnya. Taehwan mula diam seketika. Dia bertekad dan dia ingin byul jadi miliknya.

"Baik lah aku setuju tapi aku tak nak kau bunuh byul. Byul akan jadi milik aku!" lelaki itu mengangguk. "Jangan risau aku takkan apa-apa kan dia" tipu lelaki itu. Dalam diam dia berjaya menarik taehwan bergabung dengannya. Lagi senang kerja dia.

"Sebelum itu. Aku nak kau kembalikan byul kepada mereka semua. Kalau dia ada susah kerja kita nanti" hal itu membuatkan taehwan teragak-agak. "Jangan risau taehwan. Dia akan jadi milik kau juga nanti. Aku pasti dan janji" sambungnya dan taehwan akhirnya terpaksa.

"Baik lah kalau macam tu" dia mula serahkan byul kepada salah seorang pengikut lelaki tersebut. "Hantar dia dekat depan rumah dan pastikan tiada siapa yang perasan kau faham?" arahan daripada lelaki itu membuatkan pengikutnya mengangguk faham. "baik tuan!" ujarnya lalu menghilang bersama dengan byul.

"Boleh aku tahu nama kau siapa?"

Lelaki itu tersenyum sinis.

"Nama aku Lee Monjae. Ketua Vampire dark moon"

Mendengarkan nama Clan tersebut membuatkan taehwan tahu yang clan ini merupakan paling kejam sama seperti bakanya Black werewolf.

Dendam tetap diteruskan daripada keturunan itu.

💜💜💜

"argh!"

Jeritnya kecil bila merasakan perutnya sakit. Taehyung yang baru masuk bergegas menghampiri isterinya itu.

"Sayang perut awak lebam sikit. Jangan gerak kuat sangat" taehyung menyentuh perlahan permukaan perut byul yang berlapik dengan gaun yang dipakai byul sekarang.

"Apa yang dah jadi?"

"Saya tak faham dengan taehwan. Mula-mula dia culik awak lepastu pulangkan awak semula. Mungkin dia dah berubah tapi tak payah lah tumbuk perut awak sampai macam ni" kata taehyung geram.

"Saya dah ada kan depan mata awak. Tak payah risau lagi" byul ketawa kecil. "Ya awak ada depan mata saya" dengan perlahan taehyung bergerak menghampiri byul. Byul melihat perkara itu terus menahan dada taehyung.

"Jangan macam-macam taehyung! saya tengah sakit ni" byul memberi amaran tetapi taehyung tak nak mendengarnya sebaliknya dia meletakkan tangan byul ke bawah.

"Kita buat perlahan lahan ya. Jangan risau".

Membesar mata byul mendengarnya lalu memukul kuat bahu taehyung. "Awak ni kan?! dah saya nak tidur dulu" ujar byul. "Tipu, tadi awak dah tidur lama" wajah mereka berdua amat rapat ketika ini.

[C] BLUE EYES + Kim TaehyungWhere stories live. Discover now