40♤

4.5K 507 17
                                    

"Sayang..."

"byul..ah.."

Taehyung menghidu haruman bunga yang dipetiknya sepintas lalu. Perlahan lahan matanya merenung byul dengan pandangan yang sukar ditafsirkan. Lama byul memerhatikan gerakan taehyung yang membuatkannya tertanya-tanya.

Tetapi byul sendiri tak tahu kenapa dia boleh berada di sini dengan taehyung. Byul keliru lagi sekali.

"kenapa diam sayang?"

Segera byul melihat ke arah taehyung semula. Taehyung tersenyum nipis dan bunga yang dipetiknya tadi perlahan lahan layu dan mula menghilang. Byul melihat perkara itu terkejut.

"Awak nampak kan apa yang dah jadi dengan bunga tu?"berkerut dahi byul mendengar soalan tersebut. Apa kaitan dengan dia pula?.

"Awak nampak kan satu persatu bunga tu hilang dan lesap. Lagi satu takkan pernah wujud lagi dan macam tulah...."ayat taehyung tergantung secara tiba-tiba dan perlahan lahan menghampiri byul yang agak keliru dengan ayat-ayat keluar dari mulut taehyung.

Taehyung menarik perlahan pinggang byul supaya dekat dengannya. Tangannya mengusap lembut wajah isterinya itu. Ya dia sayang sangat isterinya itu. Terlampau sayang sampai taehyung tak sedar yang perbuatannya itu salah dan langsung tak bahagiakan isterinya.

Kerana dendam taehyung menjadi begini. Dendam kerana isterinya diambil darinya tanpa dia rela dan benarkan. Byul penasaran dengan sikap taehyung dan ingin tahu apa maksud taehyung ucapkan tadi.

"maksud awak tae?"

Taehyung ketawa kecil dan perlahan lahan bibirnya mengukir senyuman manis buat isterinya. "maksud saya macam tulah orang yang sekeliling yang awak sayang akan hilang satu persatu sama seperti bunga tu kecuali saya. faham?"membesar mata byul bila taehyung maksudkan sebegitu.

"t-tak! tak! mung--"byul mula sesak nafas dan dia cuba menolak taehyung sekuat yang mungkin. Air mata byul mula mengalir dengan laju bila mengenangkan aunty jihyun dengan yang lain. Byul tak dapat terima kenyataan yang mereka semua betul-betul dah tiada.

"tak! tak! mungkin!!!! argh!!!".

Byul membuka matanya bila dia bangun sahaja dari tidur secara mengejut. Dia menarik nafasnya dengan lega. Byul meraup mukanya dan kepalanya mula pening seketika. "kenapa aku dapat mimpi macam ni lagi?"byul mengeluh dan sejak kebelakangan ni dia kerap bermimpi pasal taehyung dan mimpi itu bukan dia harapkan malah menakutkan dia.

"takkan lah taehyung cuba nak jumpa aku melalui mimpi? aish tak mungkin lah! ini semua mainan mimpi je!!"byul mula turun dari katilnya dan bergegas ke bilik mandi. Dia yakin dengan semua mimpi yang dialami nya hanya mainan mimpi.

🌼🌼🌼

"selamat pagi aunty jiji!!"byul lari turun ke bawah lalu memeluk jihyun dengan erat. Jihyun rasa pelik pula dengan sikap anak buahnya ini. Dah kenapa pun dia tak tahu.

"kenapa ni? tak pernah aunty tengok byul macam ni?"byul ketawa kecil lalu memeluk jihyun lagi sekali. "byul cuma rindu nak peluk aunty jiji"manja betul byul dengan jihyun. Jihyun hanya mengelengkan kepalanya.

Tuan kim dan puan kim yang melihat sikap manja hanya tersenyum kecil. Tiba-tiba pula puan kim menahan sebak. Rindu pula dia dengan satu-satunya anak tunggalnya itu. Dia rindu dengan sikap manja taehyung apabila dengannya. Lagi-lagi bila taehyung dan byul berebut nak peluk dia dulu waktu dia menyediakan sarapan.

"sayang awak okay tak ni?"puan kim hanya mengangguk perlahan dengan pertanyaan suaminya itu. Byul dan jihyun mula mengambil tempat duduk masing-masing. Byul perasan yang kawan2 nya tiada di meja makan. "pagi-pagi mereka dah keluar byul sebab nak tengok liontin krystal putih tu"byul mengangguk faham.

Byul melihat ibu bapa dan datuk nenek taehyung secara bergilir gilir. Mereka berempat masih lagi nampak muda walaupun usia dah begitu tua ataupun berabad tua. "halmeoni boleh tak byul nak tanya sesuatu?"serentak mereka semua memandang ke arah byul.

Nenek kim hanya mengangguk perlahan. "byul tetap akan jadi byul yang depan halmeoni ni walaupun umur byul dah sampai 100 tahun?"mereka semua ketawa besar. "ye byul sayang. Byul tetap jadi macam ni sampai bila-bila" puan kim pula yang menjawab pertanyaan byul. "tapi byul boleh bertukar jadi werewolf ke?"banyak soalan byul hendak tanya selepas dia sudah menjadi werewolf.

"Kamu takkan boleh bertukar menjadi werewolf byul sama macam halmeoni. Halmeoni dulu pun manusia macam kamu juga tapi lepas kahwin dengan harabeoji kamu ni terus halmeoni jadi werewolf. Manusia yang sudah bertukar menjadi werewolf takkan boleh berubah menjadi werewolf sebab dari lahir lagi kita sememangnya manusia dan itu tak boleh mengubah fakta siapa diri kita sebenarnya tapi kita selamanya akan terikat dengan werewolf. Lagi satu keistimewaannya kita diberi kuasa sama seperti werewolf"

"Hanya werewolf yang tulen betul-betul dari lahir lagi yang dapat bertukar jadi werewolf tak kisah omma appa dia yang manusia jadi werewolf sekalipun dapat menghasilkan werewolf yang tulen. Tunggulah byul ada anak nanti baru byul tahu"terang nenek kim satu persatu. Byul mula faham dan baginya topik ni agak menarik untuk diketahuinya lebih mendalam.

"satu sahaja halmeoni nak pesan dekat byul. Yeoja werewolf hanya bersalin SEKALI sahaja dalam seumur hidup. Itu memang lumrah hidup werewolf sama juga seperti vampire dan ahli sihir. Paling untung kalau mereka dapat anak kembar"byul dan jihyun terkejut dengan fakta yang diberitahu oleh nenek kim.

"tak kira sekali pun yeoja werewolf cuba buat kali kedua untuk mengandung tetap juga takkan mengandung. Jadi sebab itulah byul tengok ramai anak tunggal dalam keluarga werewolf dan segelintir sahaja memiliki kembar namja dan yeoja. Dan itupun halmeoni belum pernah jumpa keluarga werewolf yang memiliki anak kembar. Lainlah ahli sihir dan vampire agak bertuah sikit daripada werewolf dan kebanyakkan vampire dengan ahli sihir memiliki kembar"

Byul mengangguk faham dan betul-betul mendengar teliti penerangan yang dibuat oleh nenek kim. "patutlah bts, eunwoo dan anna ketawakan byul. Baru byul faham. thanks halmeoni sebab beritahu byul semua ni"byul mengukirkan senyuman manis.

"tapi kalau byul dapat hidup lebih lama maksudnya?" byul mengalihkan pandangannya ke arah jihyun. Byul mula rasa sebak. "byul aunty gembira yang kamu dapat hidup lebih lama. Lagipun kamu dah membesar dengan baik"

"Omma dan appa kamu  mesti bangga dengan kamu. Byul kena tahu yang aunty sayang byul sangat-sangat "jihyun mengusap belakang byul dan dia tahu mungkin dalam 10 hingga 20 tahun dia masih hidup lagi dalam dunia ini tapi dia sendiri pun tak pasti.

Lagipun jihyun akan semakin tua dan akan meninggalkan juga dunia ni. Jadi dia akan menggunakan masa dia untuk membuat sebanyak yang mungkin kenangan manis buat byul. "aunty jihyun!!!"byul tak dapat menahan tangisannya lagi lalu memeluk erat badan jihyun. Dia akui dia sedih kerana perlu menerima kenyataan macam ni.

Masa itu juga byul sedar dia perlu hargai masa dia dengan jihyun. Setiap masa terlalu berharga untuk dikenang tak kisahlah bertahun tahun sekalipun. Janji byul kuat melihat pemergian jihyun suatu hari nanti.

🌼🌼🌼

Jangan lupa vote tau!

Fighting

TBC

[C] BLUE EYES + Kim TaehyungWhere stories live. Discover now