44♤

4.1K 520 64
                                    

2 Tahun Kemudian

Seoul International Airport

Byul melangkah keluar dari pintu ketibaan selepas 1 jam dia menaiki kapal terbang dari pulau jeju. Dia juga berhenti berkhidmat sebagai guru tadika di pulau jeju dan membuat keputusan menjadi guru tadika di seoul lagipun dia rindu dengan keluarganya di seoul.

Namanya juga diubah sedikit. Ya byul menyamar. Dia sentiasa pakai contact lens bewarna coklat terang untuk menyembunyikan matanya yang bewarna biru. Byul bukan dikenali sebagai kim byul tetapi dikenali kim hanbyul.

Sepanjang 2 tahun byul habiskan pengajiannya dengan cepat dan elakkan diri untuk bertemu dengan taehyung dan dijumpai oleh taehyung kerana hasil untuk menghasil liontin krystal putih mengambil masa bertahun. Tuan kim dan datuk kim yang menjaga liontin tersebut sepanjang proses tersebut berlaku. Kawasan itu juga dikawal dengan ketat.

Tipulah byul tidak merindui suaminya itu. Hakikatnya dia rindu semua pasal taehyung. Tapi dia kena kuat. Dia tahu dia dapat hilangkan kuasa alpha dalam diri taehyung. Byul mula mencari keberadaan jihyun kerana dia tahu jihyun menjemputnya nanti.

"Byul ahh!!!"terus byul berpusing ke belakang.

"namjoon?"mata byul terkebil kebil melihat namjoon tersenyum lebar tidak jauh darinya

ओह! यह छवि हमारे सामग्री दिशानिर्देशों का पालन नहीं करती है। प्रकाशन जारी रखने के लिए, कृपया इसे हटा दें या कोई भिन्न छवि अपलोड करें।

"namjoon?"mata byul terkebil kebil melihat namjoon tersenyum lebar tidak jauh darinya. Segera namjoon menghampirinya. Dia melihat byul dari hujung rambut ke hujung kaki. Makin cantik byul sekarang ni dia tengok.

"jom kita pergi. Aunty jihyun tak dapat jemput kau sekarang ni sebab ada hal syarikat. Kau tahu kan apa kerja dia?"byul hanya mengangguk dan namjoon membawa beg rodanya. Mereka berdua menuju ke tempat parking kereta.

"maaf susahkan kau. kalau aku tahu aku boleh je naik teksi"mereka berdua masuk ke dalam kereta. "kau ni byul. kau dah macam keluarga aku dah. Tak susah pun lagipun aku free sekarang ni"namjoon mula memandu keretanya dan keluar dari airport.

"so macam mana keadaan semua orang? banyak yang dah berubah ke?"tanya byul ingin tahu dan dia tak sabar untuk berjumpa dengan semua orang. "banyak yang dah berubah byul. Lepasni jangan panggil aku namjoon" dahi byul berkerut. "kenapa pula?"soalnya.

"kalau kau nak tahu nama kami semua pun tukar juga macam kau punya kim hanbyul. Boleh je kau panggil semua orang dengan nama betul bila kita semua berkumpul sama-sama lah dan tiada orang asing berkumpul dengan kita"terang namjoon.

"nama aku kim namyeom, panggil yeom. Macam kes aku ni kena panggil nama lain lah. Kalau jungkook tukar jeongguk, jimin tukar jinim, yoongi tukar yoonki, hoseok tukar hoshik, anna tukar anne, seulhi tukar seulli, eunwoo tukar jongwoo kecuali jin, belle dan bella sebab nama mereka semua lebih kurang je macam suk jin, clarabelle dan clarabella" tambah namjoon.

Byul tercenggang. "jadi aku kena ingat nama baru korang?!!"namjoon mengangguk. Byul mengeluh dan soal lagi sekali. "korang semua kerja apa sekarang?". Namjoon mula memberitahu semuanya. "aku dengan suga jadi komposer muzik macam buat lagu baru bila artis nak kerjasama dengan kitorang. Kalau nampak nama group kitorang dalam reka lagu artis tu. kau tahu lah".

[C] BLUE EYES + Kim Taehyungजहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें