92💜(S2)

2.2K 293 36
                                    

Sejak Taehyung mengetahui perkara sebenar. Perangainya mula berubah. Dia mula menjadi dingin dan tak banyak bercakap seperti sebelum ini. Datuk kim dan Tuan kim puas menasihatinya dan taehyung hanya balas acuh tak acuh.

Paling teruk bagi byul kesannya ialah terhadap dirinya sendiri. Taehyung amat posesif terhadapnya selepas kejadian itu. Dia kena patuh setiap arahan daripada taehyung. Dia nak keluar dari bilik pun tak senang. Pernah satu hari taehyung mengurungnya dalam bilik. Puas byul memujuknya tetapi tidak didengari oleh Taehyung.

Aura taehyung mula lain. Tak macam dulu. Kadang-kadang byul pun takut mendekati suaminya itu. Seperti sekarang ini. Taehyung sedang berbisik dan memberi kata-kata manis. Bila ditolak kemahuannya, renungan tajam diberi. Nampak menakutkan. Byul hanya menurut seperti anak kecil.

"Sayang"

Rambut panjang milik byul diselak olehnya. Dia mula mencium leher byul dengan lembut. Byul mula rasa tak selesa. Bukan apa tetapi taehyung ini bukan dia mahu. Suaminya yang dulu penyayang dan suka bergurau manja dengannya. Sentiasa menghormati pilihannya.

"Kenapa diam ni hurm?"

Wajah cantik isterinya direnung olehnya. Taehyung tahu byul berapa tak suka dengan sikapnya kebelakangan ini. Tetapi dia terlalu cintakan isterinya itu. Dia takut taehwan boleh dikatakan kembarnya itu akan merampas isterinya. Dia takkan sesekali membiarkan hal itu berlaku.

Dia buat semua ini demi kebaikan mereka berdua dan keselamatan byul tetapi dia silap cara dia sememangnya salah.

"Kenapa awak berubah?"

Soalan itu membuatkan taehyung diam. Byul mula menjauhkan dirinya. Dia melirik ke arah pintu bilik mereka berdua sekarang. Dia ingin keluar untuk memberitahu tuan kim dan datuk kim mengenai sikap taehyung. Boleh dikatakan setengah hari juga dia tak keluar dari bilik ini disebabkan arahan taehyung.

Tiba-tiba pintu bilik diketuk seseorang. Byul ingin bangun tetapi taehyung menyuruhnya duduk diam. Taehyung mula membuka pintu.

"Taehyung? Byul ah!!!!"

Tubuh taehyung ditolaknya ke tepi. Dia berlari anak lalu memeluk anak buah kesayangannya itu. Byul tersenyum lebar melihat jihyun akhirnya pulang setelah sekian lama merantau.

"Aunty jihyun!!!"

Dia tahu hanya jihyun dapat menolongnya sekarang ini.

💜💜💜

"Aku?"

Tuan Lee mengangguk apabila taehwan menunding terhadap dirinya. "Ya kamu taehwan siapa lagi. Lagipun kekuatan kamu setanding dengan taehyung" terangnya.

Taehwan nampaknya seperti kurang bersetuju dengan cadangannya. Bibirnya mengukir senyuman sinis.

"Kenapa? kau takut?"

Taehwan mengelengkan kepalanya. "Tak aku tak takut!!"padahal dia sendiri tak begitu pasti. "Habis tu kenapa teragak agak? kau bunuh taehyung kau dapat byul? easy right? then she's all yours Park taehwan" ujarnya saja memancing taehwan mengikut apa yang disuruhnya.

"Rancangan semua biar aku uruskan. Kau cuma fokus kemahiran berlawan kamu tu. Bila rancangan selesai. Kita cuma perlu serang. Jangan risau aku ada backup kau" akhirnya taehwan mengangguk lalu bangun dan pergi dari situ.

Melihat kelibat taehwan menghilang. Dia mula tersenyum sinis. "Aku buat kau lawan sendiri kembar kau taehwan. Bila dua-dua mati senang kerja aku nak uruskan yang lain. Bila aku berjaya balas dendam baru aku boleh mati dengan aman hahahaha" Dia mula ketawa besar.

Pengikutnya dua orang itu hanya mendengar gelak tawa tuannya membuatkan mereka takut. Seperti orang hilang akal.

"Ambilkan aku arak!!!"

[C] BLUE EYES + Kim TaehyungWhere stories live. Discover now