Aryan segera mengejar Orked yang sudah maju ke hadapan. Sakit-sakit pun, still boleh berjalan laju ea, Cik Bunga kita ni.

"Saya nak lepak dengan Mairah pula." jawab Orked dengan malas mahu melayan.

Aryan mengerutkan dahi. Mairah? Eh! Yang itu bukannya budak bahagian human resources tu ke?

"You keluar dengan pekerja I time office hour? " tanya Aryan pelik.

Orked seperti tersedar sesuatu. Dia terlepas cakap! Mampus aku kalau Mairah tahu!

"Cik Bunga? I tanya you sekarang ni. You keluar dengan pekerja I tanpa beritahu I?" tanya Aryan sekali lagi.

Orked menayangkan senyuman seperti kerang busuk. "Errr..salah ke kalau saya keluar dengan kawan sendiri?"

"Tapi, you keluar dengan my employee time office hour and without my permission."

Orked menjulingkan matanya ke atas. Asyik dia aje yang kena minta permission pakcik dingin ni kalau nak buat sesuatu. Habis pakcik ni? Peluk Amber tanpa dia punya permission boleh pula? Tak aci!

"Ouhh! Saya ajelah yang kena dapatkan permission encik, kalau nak buat sesuatu? Encik tu? Peluk Amber tu, tak minta permission saya pun.” Orked sudah memeluk tubuh dengan muka yang dimasamkan.

“Dah la. Malas saya layan encik. Encik nak marah saya ke kalau saya keluar dengan Mairah? Kalau encik marah, jangan sesekali tegur saya!” sambung Orked lagi sebelum dia meninggalkan Aryan dengan hati yang geram.

Aryan sudah menaikkan keningnya. Ouhh! Jadi dia tahu punca sebab apa Cik Bunganya itu marahkannya.

“Cik Bunga!” cepat-cepat Aryan mengejar Orked yang sudah jauh di hadapan.

“Dah la tu marahnya. Penat la I kejar you. Okay, I minta maaf ya? Yang pasal I peluk Amber tu, I bukannya sengaja pun.” kata Aryan selepas sahaja dia berjaya menyamai kedudukan langkahnya bersama Orked.

Namun, Orked masih tidak mengendahkan kata-kata yang Aryan berikan itu.

Seperti diri tidak dilayan oleh Orked, tanpa membuang masa terus sahaja Aryan mendukung Cik Bunganya ala gaya doggie gitew.

Apalagi?! Menjerit teruk Orked dibuatnya tatkala tubuhnya tiba-tiba menjadi mangsa dukungan Aryan.

“Encik! Lepaskan saya! Kita dekat mall ni! Jangan buat malu muka saya. Encik!!” ronta Orked diikuti dengan pukulan padu pada belakang tubuh Aryan.

Aryan pula hanya buat bodoh sahaja. Dia biarkan sahaja rontaan Orked itu.

Lama-kelamaan, Orked jadi penat untuk meronta dalam melepaskan dirinya.

‘Kita nak keluar dengan Mairah aje pun. Itupun nak kena minta permission dulu. Tak aci!’ omel Orked dengan tangannya diletakkan pada dagu.

“I boleh dengar Cik Bunga. You jangan banyak cakap. Kalau tak, I cium you dekat sini juga.” Aryan beri amaran tatkala dia dalam perjalanan ke tempat letak kenderaan.

Orked terus terdiam. Tak mahu dicium dengan Aryan.

Aryan hanya mengukir senyuman. Tahu takut. Haih, Cik Bunga I ni kan.

“You tu isteri I. Of course la kena minta permission I if you nak keluar mana-mana. Even dengan kawan you sekali pun. Understand? ” kata Aryan dengan perlahan sebaik sahaja mereka selamat di dalam kereta. Aryan menggosok kepala Orked yang ditutupi oleh tudung itu.

Orked hanya memuncungkan bibirnya sambil memeluk tubuh. Baru sekarang ni nak guna kuasa veto la ye? Sebelum ni tak ada pun.

“Cik Bunga, dengar tak ni?”

 ORKED IMANI: I Love You My Babysitter(Re-edit)Where stories live. Discover now