Tengku Aryan Syah hanya menggelengkan kepalanya sahaja. Macam budak-budak sahaja sikap Orked Imani.

Tengku Aryan Syah lantas menghidupkan enjin keretanya itu sebelum pacuan empat rodanya itu meninggalkan kawasan perumahan Puan Sri Salehah.

Tengku Arsyad Syah membawa satu pinggan yang dipenuhi dengan kek cawan coklat. Dia meletakkan kek cawan tersebut di atas meja kecil yang berada di hadapan uminya itu.

“Rancangan umi memang menjadi!”kata Tengku Siti Nur Arieana Syafinaz dengan girang sambil mengambil kek cawan yang diletakkan di atas meja kecil oleh Tengku Arsyad Syah sebentar tadi.

Tengku Arsyad Syah memandang sekilas adik perempuannya itu sebelum dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi rotan yang bersebelahan dengan uminya. Mukanya masam mencuka bak santan yang telah basi.

“Ini umi la! Kalau umi tak paksa Ryan tu, mungkin dia pun tak akan ikut. Ha, yang kamu ni Syad! Dah kenapa? Masam aje mukanya tu.”

“Aah la bang! Abang ni dah kenapa? Semalam elok aje mukanya tu. Hari ni tak pula.”

“Mana taknya? Sekarang ni Syad diboikot oleh Wafa. Minggu ni tak berjumpa langsung! Huh!” Tengku Arsyad Syah sudah memeluk tubuh.

Tengku Salmah hanya mencebikkan bibirnya.

“Ish abang ni! Biarlah si kak Wafa tu tahu yang umi kita ni garang sikit! Umi baru je cuit sikit aje kot. Lempang juga kang!”

“Dia memang patut ikut serta. Sebab dia dulukan kawan satu universiti dengan abang Ryan.” sambung Tengku Siti Nur Arieana Syafinaz lagi.

“Kalau dia tahu umi ni garang sikit tak apalah juga. Ini? Sampai whatsapp Syad pun dia tak balas.” monyok sahaja muka Tengku Arsyad Syah.

“Memang bagus pun dia buat macam tu.” kata Tengku Salmah seperti mahu tidak mahu sahaja.

“Bukan salah kami dia tak balas whatsapp abang. Betul tak umi?”

“Hmm..apa-apa ajelah. Sudah la. Lebih baik Arsyad pergi court dari mendengar umi dan Riean membawang. Bye.” Tengku Arsyad Syah bingkas bangun lalu menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan umi serta adik perempuannya itu. Kemudian, dia melangkah pergi meninggalkan dua wanita tersebut untuk menyambung semula sesi pembawangan yang menyakitkan hati lelakinya.

Selepas sahaja Tengku Arsyad Syah lesap di pandangan mata dua wanita itu, tiba-tiba sahaja Tengku Siti Nur Arieana Syafinaz bersuara.

“Umi macam mana? Yang ini umi nak buat apa pula?”

“Biar aje dulu. Umi nak tengok sampai mana dia boleh bertahan dengan perempuan tu.” kata Tengku Salmah dengan tiada perasaan sambil mengunyah kek cawan coklat tersebut.

Tengku Siti Nur Arieana Syafinaz hanya mengangguk tanda mengerti. Maaf la bakal kakak ipar. Walaupun Riean sudah terlebih suka pada anda, namun di mata umi kita belum tahu.

Orked Imani menyanyi kecil sambil membersihkan habuk di setiap perabot yang ada di dalam rumah agam milik ibu saudaranya itu. Biarlah hari ini moodnya bertukar kepada ceria. Jangan macam semalam! Selepas sahaja pakcik dingin itu terpacak di rumahnya, habis mood dia kelaut semua!

“Mbak. Dah kenapa Orked tu? Saya tengok ceria aje.” tanya salah seorang pembantu rumah kepada Mbak Syanti.

Mbak Syanti hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu.

“Gue nggak tahu sih. Mungkin dia lagi suka.”

“Udah. Yang kamu lagi di sini ngapain? Nggak ada kerja yang mau dibuatnya?” sambung Mbak Syanti lagi tatkala dia masih lagi melihat pembantu rumah tersebut melihat tindak-tanduk Orked Imani ketika ini.
Pembantu rumah tersebut memuncungkan mulutnya. “Halah mbak ni. Kita cakap sikit aje kot. Dia punya arahan kalah puan punya.”

 ORKED IMANI: I Love You My Babysitter(Re-edit)Where stories live. Discover now