Bab 1

43.2K 1.2K 106
                                    

Hai, guys. Nama Aku Tengku Nurfaiza Liah. Kenal? Alah, aku dah lama muncul dalam cite-cite bongok abang aku. Aku taklah jahat sangat sebenarnya.

Cuma perangai aku sebijik macam abang ketiga aku, Alex. Korang tak kenal dia? Memang confirm rumah korang meletop sat lagi.

Macam yang korang tahu. Keje aku sebagai polis but at the same time aku lindungi seluruh ahli keluarga mafia aku daripada ditangkap oleh pihak polis.

Dari dulu sampai sekarang orang tanya kat aku. Asal tak kahwin lagi? Senang je jawapan aku. AKU TAK NAK KAHWIN! Aku tak suka. Lebih elok kalau aku bergerak solo.

Aku nak habaq sikit. Aku ni jenis tak suka pompuan gedik nak mampus. Dah macam cacing sundal. Aku suka jadikan Kak Risha dan Kak Tasya sebagai inspirasi aku. Walaupun diorng cntik brgaya tapi diorang tak bersikap sombong.

Oh,ya! Lupa nak habaq kat korang semua. Kak Risha tak nak jadi pembunuh. Dia kata nak guna kebolehan yang dia ada untuk tegakkan keadilan. So, dia bertekad nak jadi polis dan dah memang jadi polis.

Heheheh..macam aku juga. Kitorang dah jadi rakan setugas. Disebabkan kepintaran dan seni mempertahankan diri yang ada pada diri Kak Risha, dia dah jadi Inspektor dalam masa 2 tahun sahaja. Power en?

"Faiza, duk termenung tu dah kenapa? Tunggu bulan jatuh dari angkasa ke?" Panggilan Tengku Lily menyentak lamunan panjang Liah yang sedang memandang kosong ke arah barisan sayur-sayuran.

Petang itu, Tengku Lily bersama anak serta menantu-menantunya pergi ke pasar untuk membeli bahan-bahan dapur.

Ketika Liah sedang tekun berjalan mengikuti mummynya dari arah belakang, tiba-tiba ia merasa punggung sucinya diraba oleh seseorang.

Dengan kelajuan sepantas kilat, Liah segera berpusing lalu melihat hanya seorang lelaki tua sahaja yang berada di belakangnya ketika itu.

OMG! Si tua bangka ni dah berani raba aku?! Tak guna punya jantan!

Bukan itu sahaja, Tengku Nurfaiza turut mendapati bahawa dompetnya telah hilang secara mengejut.

Melihat orang tua tadi yang sedang tersenyum ke arahnya membuatkan Liah pasti bahawa lelaki tua itulah yang telah meraba punggungnya untuk mencuri dompet.

"Hoi, badak tua!" jerit Liah sambil mendekati Pak Nizam yang sedang tersengih menampakkan gigi hitamnya.

"Mana dompet aku huh?! Dahlah mencuri! Pencabul pulak tu!" herdik Liah, bengang. Serentak dengan itu, semua penghuni di dalam pasar tersebut memandang ke arah mereka.

Pak Nizam hanya mampu tersengih malu menampakkan setengah giginya yang telah tiada serta berwarna hitam.

Disebabkan terlalu terkejut dengan wajah Pak Nizam, Liah terjerit ketakutan lantas tertampar wajah orang tua itu. Tertampar ok! Bukan sengaja. Sape suruh muka tu hancur sangat. Ingatkan guna make up halloween tadi.

"Woi!" jerit seorang lelaki lantas berlari ke arah Pak Nizam. Belum sempat Liah ingin ingin memohon maaf, seorang jejaka kacak datang ke arah mereka bersama riak wajah yang garang.

"Kau takde adap ke?! Berani nak tampar orang tua!" tengking Takiya Genji sambil mencerlung tajam ke arah gadis di hadapannya. Melihat daripada segi pemakaian itu, dia yakin bahawa gadis tersebut berasal daripada orang berada.

"Patutlah takde adap! Mentang-mentang orang kaya, kau ingat boleh tampar orang miskin sesuka hati?!" tengking Takiya Genji bengang.

"Eh, bro. Jangan ayat kau sikit erk. Atok kau yang dah tua ni dah curi dompet dan raba punggung aku!" balas Liah dalam herdikan.

"Amboi, sesedap tekak badak kau je nak tuduh aki aku!" Takiya Genji menoleh ke arah Pak Nizam yang sedang menunjukkan riak sedih.

Dia pasti bahawa atoknya sungguh baik dan takkan sesekali melakukan hal yang terkutuk.

"Cakap kat atok kau ni supaya pulangkan dompet aku balik!" marah Liah. Tangannya sudah bercekak pinggang ala-ala mak tiri.

Dalam masa itu juga, ahli keluarga dia datang bersama barang-barang di tangan.

"Kenapa ni, Faiza? Terjerit-jerit dah macam mak hilang anak. Ada masalah ke?" soal Tengku Lily bersama yang lain.

"Pak cik tua ni mummy dah curi dompet dan raba punggung Faiza!" beritahu Liah tanpa berselindung walaupun sedikit.

"Apa?!" suara Tengku Fazril naik seoktaf. Dia benci sekali jika ada seseorang yang berani menganggu ahli keluarganya.

"Weh,weh..minah garing! Baik-baik sikit ye. Kau nak aku sumbat mulut kau dengan batang penyapu jiran sebelah rumah aku ke?!" sampuk Takiya Genji bengis.

"Kau tanya dengan atok kau sendiri!"

Seketika Takiya Genji menarik nafasnya lalu menyentuh bahu Pak Nizam.

"Aki, betul ke apa yang pompuan gila ni cakap?" soal Takiya lembut.

Liah pula sudah menjengilkan matanya. Sesedap manggi goreng dia je nak panggil aku gila!

"Mana ada. Aki baik. Aki tak buat macam tu," bohong Pak Nizam mendatar.

"Ha, kau dengar tak apa yang aki aku cakapkan? Entah-entah kau sendiri berangan kut. Kesian. Petang elok macam ni dah kena sampuk dengan setan nauzubillah," sindir Takiya Genji selamba.

"Setan kau kata?! Kau tahu tak aku ni sape? Aku polis! Aku boleh tangkap kau bila-bila masa yang aku nak!" Tajam mata Liah mencerlung tajam ke arah kedua-dua anak beranak itu.

"Polis? So? Kau ingat aku takut?" Kecik besar kecik besar je Takiya Genji memandang ke arah Liah. Jujur dari sudut hatinya, Liah memang seorang gadis yang cantik. Namun malangnya, dia garang mengalahkan mak tiri.

"Aku ada bukti yang menunjukkan aki kau tu bersalah!" bidas Liah lalu dengan pantasnya cuba mencari dompet pada poket Pak Nizam.

"Hoi! Berani kau cabul aki aku!" Takiya Genji cuba menghalang perbuatan Liah tetapi gadis itu tiba-tiba sahaja menolak tangannya sehingga dia terjatuh di atas lantai.

Mak aih, kuatnya minah ni. Makan nasi ke besi?

Tidak tahan melihat akinya diperiksa seperti itu, akal Takiya Genji cuba mencari jalan penyelesaian. Sesaat kemudian, Takiya Genji mengambil sebaldi air yang dipenuhi dengan banyak ikan lalu disimbah pada tubuh Liah.

Serentak dengan itu, semua mata terbuntang luas melihat aksi berani mati yang dilakukan oleh dia.

"Sial!" Alex berasa berang lalu bertindak merentap kolar Takiya Genji dengan kasar. Mujur sahaja Putri Risha segera menahan tindakan aksi.

"Alex, calm down. Orang ramai kat sini. Nanti tak pasal-pasal diorang panggil polis," halang Putri Risha cerdik. Alex merengus geram lalu bahu lelaki tersebut ditolak kasar.

Liah pula masih dalam keadaan yang terkejut. Kini, seluruh tubuhnya dipenuhi dengan bau busuk ikan yang dah mati.

Nafasnya turun naik menahan rasa geli yang memenuhi setiap inci tubuhnya. Disebabkan hal tersebut, Liah menjerit nyaring lantas berlari meninggalkan mereka semua.

"Faiza!!" jerit mereka hampir serentak lalu mengejar gadis itu secepat yang mungkin. Buat seketika, mereka lupa pada kehadiran Takiya Genji yang sedang tergelak kuat bersama Pak Nizam.

"Hahahhaha!! Tulah pasal! Berani dia sentuh aki tau!" gelak Takiya Genji jahat.

Vote and Comment.

I'm A Fighter!Where stories live. Discover now