Tengku Aryan Syah melihat adiknya seperti dia ingin mencampakkan Tengku Arsyad Syah di gunung berapi.

Nanti aku pos kau dekat Indonesia ye! Pilih je kau nak gunung mana!

Dasar adik tak berguna!

Dengan langkah yang berat, Tengku Aryan Syah menuruti juga idea tak berapa bernas yang diberikan oleh Tengku Arsyad Syah itu.

Apabila Tengku Arsyad Syah melihat abangnya keluar dari bilik tidur dengan langkah yang memberat itu, dia menyelimutkan tubuhnya untuk menyelesakan keadaannya ketika itu. Kemudian, dia memeluk erat bantal minionnya itu sebelum matanya terpejam.

Selamat malam dunia. Ryan? Lantak! Pandai-pandai la. Siapa suruh buat hal.

Mrs. Minion jom kita tidur!

Ouhh ye, sebelum tu marilah kita kunci pintu. Abang mana boleh percaya sangat. Nanti tiba-tiba je ada dekat depan mata.

Tengku Aryan Syah menghampiri Tengku Siti Nur Arieana Syafinaz yang ketika itu sedang menikmati cupcake yang dibuat oleh Orked Imani siang tadi.

Terhenti sesi untuk menghabiskan semua cupcake tatkala Tengku Aryan Syah menghampirinya. Dia kemudiannya menghabiskan sisa yang terakhir itu sebelum dia menutup semula Tupperware yang diisi oleh Cupcake. Tengku Siti Nur Arieana Syafinaz bangun dari dudukannya dan dia cepat-cepat mengatur langkah menaiki tangga.

Tengku Aryan Syah mengejar adiknya itu dan dia menyambar lengan Tengku Siti Nur Arieana Syafinaz yang membuatkan langkah gadis itu terhenti ketika ingin memanjat tangga.

"Maafkan abang." ucap Tengku Aryan Syah dengan nada yang dingin.

Tengku Siti Nur Arieana Syafinaz melepaskan tangannya dengan kasar sebelum dia berdecit perlahan.

"Riean benci abang." kata Tengku Siti Nur Arieana Syafinaz sebelum dia menyambung semula langkahnya untuk memanjat anak tangga.

Tengku Aryan Syah mengurut pelipis dahinya itu. Payah sungguh kalau hendak memujuk seorang perempuan yang bernama Tengku Siti Nur Arieana Syafinaz ini.

Tengku Siti Nur Arieana Syafinaz hanya menyembunyikan senyuman sahaja tatkala kakinya itu sibuk berjalan. Biar. Kali ini, dia mahu memberikan pengajaran sedikit kepada abangnya, Tengku Aryan Syah.
Apa? Ingat perempuan ni mudah ke? Sorry abang. Lain kali buat la lagi.

"Eh Riean? Bukan tadi sibuk makan cupcake ke?" tanya Orked Imani yang tiba-tiba muncul dari bilik bacaan Tengku Aryan Syah.

Barangkali dia sedang mengambil buku-buku cerita Isya agaknya.

"Tak jadi nak makan. Hilang selera pula nak makan."

Orked Imani mengerutkan dahinya. Takkan la. Tadi bukan main berseloroh lagi budak Tengku Siti Nur Arieana Syafinaz ini. Sekarang? Tak ada selera. Pelik sungguh.

"Masih tak berbaik lagi ke dengan encik Aryan?" tebak Orked Imani. Dia menolak perlahan pintu bilik Tengku Irsya Syah.

Orked Imani hanya menggelengkan kepalanya kerana tiada sebarang reaksi yang ditunjukkan oleh Tengku Siti Nur Arieana Syafinaz.

Sah! Memang betul tekaannya. Waduh gawat gini.

"Siapa suruh cari masalah. Ha, sekarang ni pandai-pandai la selesaikannya." Tengku Siti Nur Arieana Syafinaz menyilangkan tangannya di dada.

Macam budak-budak la Riean ni.

"Riean nak masuk bilik Isya sekejap tak? Orked ada cerita nak diceritakan. Ha, sebiji la dengan cerita Riean ni." Orked Imani cuba menawarkan satu penceritaan kepada Tengku Siti Nur Arieana Syafinaz agar wanita yang berada di hadapannya itu akan melembutkan hati untuk memaafkan orang.

 ORKED IMANI: I Love You My Babysitter(Re-edit)Where stories live. Discover now