Warn•5 : Denda

2.2K 236 37
                                    

♪15+ okay HAHAH

Aejeung's POV

Aku hanya menunduk dari tadi berdiri dihadapan Encik Taehyung. Wa takut. Banyak salah aku kat dia.

Aku datang lambat pada hari pertama

Jatuh macam durian masak depan dia

Aku bagi dia air racun

Aku sembur dia dengan air yang tak berapa suci dari mulut aku

Aku sentuh muka dia dengan tangan aku

Dan aku rasa banyak lagi. Aku ni manusia tak berguna. Aku takut. Aku takut dia pecat aku.

Dapat ke aku lihat senyuman bahagia Miyun lagi?

"Duduk". Arahnya. Walaupun aku terkejut tapi aku hanya akur dan duduk dihadapannya yang masih berdiri. Duduk atas kerusi ya, bukan atas lantai.

"Kau tahu tak berapa banyak kesalahan yang kau dah buat?"

Agak dah:(

"T-tahu..". Jawab aku perlahan sambil menunduk.

"Maafkan saya.. saya janji tak buat lagi..". Sambung aku lagi.

"Tch, setakat berjanji, semua orang boleh buat. Tapi tak semua dapat tunaikan"

Betul tu. Tapi kalau aku tak buat macam ni, aku akan hilang kerja ni. Kat mana lagi aku nak cari kerja. Setakat tolong Jungkook jual burger tepi jalan aku dapat apa.

"Jadi?". Dia merapatkan dirinya dengan aku. Badannya dibongkokkan sama aras dengan aku. Tangannya dikunci di kiri dan kanan aku pada pemegang kerusi. Matanya tak henti tenung mata aku.

Pandangan mata dia menakutkan.

"S-saya minta maaf sangat-sangat. Encik suruh lah apa-apa. Saya janji saya buat. Tapi Encik jangan lah pecat saya". Kata aku sambil menunduk.

Dapat aku dengar dia ketawa sinis.

"Kau pasti? Semata-mata tak mahu aku pecat kau?". Soalnya dengan suara yang agak dalam.

"Ya". Balas aku yakin. Ini mungkin berisiko untuk makan nyawa aku. Tapi,

Demi Miyun

Dan Jungkook.

"Okay then, aku bagi kau dua pilihan".

Aku mengangkat muka membalas tenungan matanya dengan rasa gentar. Tangan aku sudah bergeletar, dahi dan leher aku berpeluh.

"P-pilihan?"

Dia mengangguk kecil.

"Sama ada kau nak cium aku, atau—"

"—dipecat"

Cium? Cium dia? Aku salah dengar ke? Lelaki ni psycho ke apa?

"A-ae? Maaf Encik, saya betul-betul tak faham. Encik bergurau kan?". Suara aku dah bergetar menandakan aku gemuruh. Mukanya yang hanya beberapa inci dari muka aku buat aku lagi berasa tidak selesa.

"Kau rasa?"

Oh jadi dia ni bergurau

"Saya rasa Encik bergurau—"

"Lima,"

Dia memulakan kiraan. Bagus, ini sangat bagus. Kenapa aku rasa diri aku ni bodoh sangat?

"Encik, berhenti. Saya takkan cium Encik sesuka hati. Saya betul-betul hormat Encik sebagai majikan saya—"

"Empat,"

"Encik, jangan buat saya macam ni"

"Tiga,"

Badan aku berpeluh.

"Saya janji saya tak buat lagi semua tu. Saya janji. Tolong lepaskan saya kali ni". Rayu aku lagi.

"Dua,"

"Bagi saya peluang kedua Encik—"

"Kau dipeca—"

Aku memejam mata rapat. Tindakan aku terlalu drastik. Hati aku nak meletup. Bodoh! Aejeung bodoh! Arghhh!!!!

Perlahan-lahan aku meleraikan bibir aku dari bibirnya. Aku menunduk. Pipi aku terasa panas membahang.

Dia terkedu. Mungkin terkejut dengan tindakan aku. Tak lama selepas itu, aku pandang dia sekilas yang sedang menjilat bibirnya. Babi—

Maafkan aku.

"So sweet Park Aejeung. I like it".

Entah kenapa aku rasa panas dengar apa yang dia cakap. Aku menolak badannya jauh dari aku sehingga dia berdiri tegak. Aku juga berdiri menghadapnya.

Aku lap bibir aku dengan lengan baju. Mata aku bergetar. Ya, aku tahu aku cengeng, cerewet and else. Tapi ini betul-betul menyakitkan hati.

"Maafkan saya Encik. Tapi apa yang Encik buat betul-betul keterlaluan. Saya rasa memang patut saya dipecat. Sekarang juga Encik boleh pecat saya". Ujar aku memandang matanya.

Pandangan aku dibalas. Dia menyeluk tangannya ke dalam poket.

"I won't". Balasnya selamba.

Oh, tak nak pulak?

Bangang betul wujud orang macam ni.

"Kenapa? Encik nak tengok saya sujud melutut depan Encik kalau saya buat salah lagi? Merayu jangan pecat saya? Atau Encik tak puas nak kena kan saya? Encik gila?". Berdas soalan aku berikan kepada dia.

Aku betul-betul rasa,

Maruah aku dipijak.

Aku rasa diri aku ni terlalu murah. Dan aku bencikannya.

"Sebab, sekali kau datang ke dunia aku, kau tak akan dapat keluar , Park Aejeung". Kata-katanya buatkan aku rasa lagi panas hati.

Segera aku berpaling dan keluar dari office dia. Aku capai handbag diatas meja lalu keluar dari syarikat dengan langkah laju. Aku keluarkan telefon dan call Jungkook.

"Jungkook, amik aku.." suara aku bergetar menahan nangis.

"Aejeung, kau okay tak ni?"

"Cepat Jungkook"

"Okay-okay. 5 minit aku sampai. Kau tunggu tempat biasa"

Aku mematikan panggilan.

Aku bertekad. Esok aku akan tulis surat letak jawatan.

Serious, dia melampau.

-–-–-–-–-      🌸     -–-–-–-–-•

" Four"

-–-–-–-–-      🌸     -–-–-–-–-•

TBC

[C] Warning | Kim Taehyung Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang