Warn•65 : Lunch

1K 137 10
                                    

Author's POV

Tiga minggu sudah berlalu. Aejeung menjalankan rutin hariannya seperti biasa. Cuma agak berlainan dengan ketiadaan Miyun.

Dalam masa tiga minggu itu Aejeung banyak mendiamkan diri daripada bercakap. Buka mulut bila perlu saja.

Jungkook juga, sebagai abang dia perlu kuat untuk adiknya. Banyak sokongan moral diberikan, termasuk pada dirinya. Kehilangan Miyun adalah sesuatu yang sukar dijangka.

"Aejeung,"

"Hm?". Aejeung menoleh ke sebelah. Dimana Jungkook baru meletakkan gagang telefon selepas menerima tempahan.

"Jaga kedai kejap boleh? Aku dengan Sooji nak pergi beli barang. Atau kau nak pergi dengan aku?"

"Ah takpe aku jaga kedai je. Korang pergilah,"

Jungkook teragak-agak nak pergi namun dia akur juga setelah didesak Aejeung. Sooji juga sudah memanggil.

"Jangan termenung lama sangat. Orang ingat tak betul nanti". Pesan Jungkook sebelum pergi. Aejeung hanya mengangguk.

Nak jaga kedai Jungkook bukan susah pun. Lagipun ada lagi pekerja dia yang lain. Dia tak risau sangat.

"Selamat datang,". Sapa Aejeung mesra kepada pelanggan wanita dihadapannya. Wanita itu membalas dengan senyuman. Dukungan bayi dalam tangannya dibetulkan.

"Saya nak bungkus saja. Burger apa yang paling murah tapi sedap?". Soal wanita itu.

Aejeung tersenyum janggal.

Burger memang sedap, tapi murah?

"Puan boleh tengok menu kami. Ikut pilihan Puan—". Aejeung meletakkan menunya diatas kaunter.

Wanita itu melihat menu tersebut dengan teliti. Seakan sedang buat pilihan hidup dan mati.

"Omma! Yeohee nak ini!". Seorang budak perempuan yang mungkin anak wanita itu mula menunjuk gambar burger dalam menu itu.

Aejeung mengangkat kening, baru sedar kehadiran anak kecil itu. Lingkungan 6 tahun.

Disebabkan kaunter yang agak tinggi jadi budak tersebut terpaksa menjengket sedikit untuk lihat menu.

"Ani, tak boleh yang itu. Mahal lah sayang. Mama tak mampu, kita pilih yang lain ya?". Bisik wanita itu pada anaknya namun dapat didengari Aejeung.

Senyuman budak perempuan itu jatuh, bertukar masam. Dia melihat pelanggan lain yang sedang menikmati hidangan bersama keluarga mereka. Semua burger yang sedap.

"Ah cik, saya nak yang ini. Satu"

Perhatian Aejeung beralih pada wanita itu yang menunjuk ke arah menu. Burger yang paling murah disitu.

"Satu?"

"Ya, untuk anak saya". Ujarnya lembut.

Aejeung melihat kembali budak bernama Yeohee itu. Mengingatkan dia pada Miyun.

"N-nae. Puan boleh duduk dulu ya. Kejap lagi siap"

***

"Terima kasih beli. Datang lagi ya,". Aejeung menghulur sebungkus burger didalam beg kepada wanita tadi.

Wanita itu balas dengan senyuman sebelum memimpin tangan anaknya lalu keluar dari situ.

Aejeung masih dapat melihat muka budak itu yang sedih.

Tanpa berfikir panjang dia terus ke dapur, mengambil satu beg dan mengisikannya dengan burger yang ditunjuk budak itu tadi, disertakan dua lagi burger lain bersama air.

[C] Warning | Kim Taehyung Where stories live. Discover now