Warn•17 : Buli

1.9K 207 19
                                    

Weh aku tak tahu apa masalah natang oren ni. Sorry kalau cara update aku ni memeningkan. And thank you for all of your support sebab selalu vote. Sayang korang ketat-ketat

---------------

Author's POV

"Miyun okay sayang? Tak payah pergi taska lah macam ni—". Aejeung mengusap kepala Miyun lembut. Cool fever di dahi kanak-kanak itu dibetulkan.

"Emm,". Gumaman kecil yang keluar dari mulut budak itu. Aejeung memandang wajah Jungkook yang berdiri di hujung katil sambil berpeluk tubuh.

"Aku nak pergi kerja ni. Kau jaga Miyun baik-baik okay?". Nasihat Aejeung seraya bangun dari duduk. Selimut hello Kitty Miyun dibetulkan.

"Tch. Selama ni aku jaga tak baik ke?". Jungkook bersuara perli. Aejeung terus menjegilkan matanya.

"Okay-okay aku gurau je. Of course lah aku jaga Miyun baik-baik. Dia pun anak angkat kepada adik tiri aku. So why not aku pun ada rasa tanggungjawab?"

"Ye lah, kau tu kan biasa keluar pagi entah merayap ke mana aku tak tahu. Takut lah aku kalau kau tinggal Miyun sorang-sorang kat rumah ni". Aejeung keluar dari bilik Miyun diikuti Jungkook.

Mereka berjalan sehingga ke pintu rumah.

"Aik, aku kan keluar waktu Miyun dah pergi taska je. Daripada aku seorang duduk menepu kat rumah ni baik aku keluar ambil angin". Balas Jungkook sambil anak matanya memerhati Aejeung yang sibuk menyarungkan kasut.

"K".

Balas Aejeung singkat lalu berdiri untuk keluar dari kawasan rumahnya. Kalau selama ni Jungkook yang hantar, kali ni dia akan naik teksi sebab Miyun tak boleh ditinggalkan keseorangan kat rumah.

"Hati-hati!". Jerit Jungkook sebelum kelibat Aejeung hilang dari pandangannya.

"Aku harap lelaki tu tak buat apa-apa yang pelik"

***

Suasana si kediaman Kim sentiasa sunyi dan suram. Maid-maid yang ada pun hanya melakukan kerja mereka tanpa suara.

Tuan Kim memandang Taehyung yang mahu keluar pergi ke tempat kerja.

"Taehyung,"

Palau

"Kim Taehyung"

Kali ini Taehyung menoleh tanpa riak di wajahnya.

"Ingat, malam ni ada birthday party di rumah Irene. Appa nak kamu pergi". Tegas Tuan Kim dengan muka seketat baju sajat.

"Faham??"

Taehyung diam tak menjawab dan terus keluar rumah. Enjin kereta dihidupkan lalu pantas keretanya meninggalkan kawasan penthouse itu.

Tuan Kim menggeleng.

"Susah betul ada anak tak kenang jasa ni"

Tak lama itu, matanya tertumpu pula pada anak perempuannya yang turut ingin keluar.

"Jisoo, kamu nak pergi mana?"

Jisoo memandang Tuan Kim terkejut. Dia ingatkan tak ada siapa yang perasan dia nak keluar. Tiba-tiba bapaknya pula yang menegur.

[C] Warning | Kim Taehyung Where stories live. Discover now