Warn•6 : Keliru

2.4K 232 39
                                    


Aejeung's POV

Tok! Tok! Tok!

Aku terus berhenti dari menulis surat dan cepat-cepat lipat untuk dimasukkan dalam laci meja.

"Masuk lah, pintu tak kunci".

Kreak... (Sound effect pecah)

Pintu dikuak dari luar. Jungkook masuk dengan segelas Hot chocolate lalu diletakkan dia atas meja aku. Dia mengambil kerusi lain lalu duduk disebelah aku.

"Kau okay?". Soalnya sambil memandang aku. Aku hanya tersenyum hambar dan mengangguk. Tangan Jungkook hinggap dibahu aku.

"Tak pernah aku tengok kau macam ni. Ada apa-apa jadi ke? Cakap dengan aku".

Aku menolak tangan Jungkook dari bahu aku. Gelas Hot chocolate tadi aku ambil lalu sisip airnya yang masih panas.

"Ouh, macam ni rupanya rasa air hot chocolate..". Kata aku perlahan.

"Aejeung, jangan layan aku macam ni. Walaupun kau adik tiri aku, tapi aku masih ada perasaan risau sebagai abang-". Tanpa amaran, aku memeluknya dari tepi. Dia membelai rambut aku lembut.

"Kenapa ni?". Soalnya risau.

Aku menggeleng.

"Haish, susah betul ada adik yang tak nak kongsi masalah ni. Kau tahu tak aku risau tengok kau senyap je dari tempat kerja kau sampai lah rumah ni. Kau ada masalah kan?".

"Jungkook..."

"Ya?"

"Boleh tak kau tolong ajar aku buat hot chocolate?". Aku mengangkat kepala memandangnya penuh harapan. Dia mengangkat kening.

"Hot chocolate Aejeung? Kenapa tiba-tiba?"

"Erm.. sebab, aku... Aku tiba-tiba tersuka pulak minum hot chocolate ni. Kalau kau tak ada boleh lah aku buat sendiri heee". Aku menayang sebaris gigi aku yang tersusun cantik sambil meleraikan pelukan.

"Ye ke ni? Aku tahu aku buat sedap... Tapi, setakat hot chocolate, takkanlah kau tak reti buat?"

"Reti. Cuma tak seberapa sedap macam kau punya".

Dia memandang aku pelik.

"Kau tipu an? Mesti kau ada sorok sesuatu-"

"Sampai hati kekanda tidak mempercayai adinda mu ini". Aku menayang muka sedih.

"Bukan tak percaya. Tapi memang aku tak percaya pun. Tak pelah, ikut suka kau. Ada baiknya kau belajar dengan aku. Dari jadi perempuan tak berguna-"

Kakinya aku tendang kuat.

"Auch! Sakitla adinda!"

"Bodo mu". Aku ketawa kecil lihat dia memeluk kakinya yang aku tendang tadi. Dia turut tersenyum.

"Macam ni lah. Jangan masam-masam. Bila aku tanya, kau tak nak share masalah. Sekurang-kurangnya jangan buat aku risau. Okay?". Ujarnya.

Aku tersenyum dan mengangguk kepala.

"Sorry"

"It's okay. Apa-apa je untuk adik abang". Rambut aku diserabutkan.

"Jijik la gila". Tangannya aku tepis. Ee, adik abang? Tolak tepi plis-

"Habis, adinda kanda tu tak jijik pulak?"

"Eh sukati aku la. Mulut aku". Balas aku.

Dia menjeling aku.

"Apa-apalah. Dah cepat siap. Kita pergi beli serbuk Hot chocolate tu. Dah habis sebenarnya. Sekali pergi beli barang dapur"

Dia bangun dan keluar dari bilik aku. Aku mengangguk lalu bangun juga. Lampu meja, aku tutup.

[C] Warning | Kim Taehyung Where stories live. Discover now