Warn•57 : She's back

1.2K 151 41
                                    

Author's POV

Seperti pagi-pagi biasa. Aejeung ke kedai burger milik Jungkook memandangkan lelaki itu tiada hari ini. Dia juga lah yang hantar Miyun ke taska.

"Aku patut dapat 80% hasil sepanjang kerja dekat sini. Hm". Apronnya disarung pada badan.

Jadilah seperti Aejeung. Adik yang sangat tulus dan ikhlas.

Dia duduk dikaunter menongkat dagu. Fikirannya mula melayang jauh, membawanya ke memori beberapa jam yang lalu.

Ya, bersama Taehyung.

"Tak sabar nak kahwin"

"Tak sabar nak kahwin"

"Tak sabar nak kahwin"

"Tak sabar nak kahwin—"

"Akak nak kahwin?"

"OHMAKAUKAHWIN— Sooji?". Aejeung melatah sekaligus pekerja disitu memandangnya. Dia tersenyum janggal.

"Sorry.. s-sambung kerja"

Dia bangun menghadap Sooji yang masih terkulat berdiri didepan kaunter.

"Akak ingat Sooji tak datang hari ni. Waeyo?"

"Err.. sebenarnya..". Sooji menjedakan ayatnya, tidak pasti mahu menyambung ayat atau tidak.

"Pasal Jungkook ke?"

Perlahan Sooji mengangguk. Aejeung menarik tangan gadis itu membawanya ke pejabat kecil Jungkook. Sooji pula dah terkebil-kebil takut jika bertembung dengan lelaki itu.

"Saekyung~ jagakan kaunter kejap ya!"

"Ah— akak jap. Soo tak ready"

"Jangan risau, dia tak ada"

Akhirnya mereka berdua selamat masuk ke dalam. Aejeung menutup pintu lalu memberi senyuman kecil kepada Sooji.

"Okay, straight to the point. Korang berdua bergaduh kan?"

"Mungkin...?"

Aejeung mara kehadapan mengurangkan jaraknya dengan Sooji.

"Sooji tahu tak, perangai Sooji memang lain dari Jisoo. Tapi satu je, hati baik Sooji sama sangat dengan dia. Sooji ni orang nampak je kasar, garang. Sebenarnya akak tahu Sooji ni ada sisi baik juga.. kan?"

Sooji diam tidak berkata apa-apa. Tidak pasti mahu mengiakan kenyataan Aejeung ataupun tidak. Lagipun dia mana kenal Jisoo.

"Tapi akak tak nak Sooji ingat yang cara kitorang semua layan Soo adalah sebab muka korang sama. Kitorang, termasuk Jungkook, tak pernah anggap Sooji ni Jisoo tau. Sooji is Sooji. Jisoo dah tak ada"

"Sebab tu ke Soo kadang-kadang tak selesa dengan sikap Jungkook?"

"Mungkin.."

Aejeung tergelak kecil. Mungkin saja jawapannya dari tadi.

"Percayalah, Jungkook ni Soo nampak je annoying. Suka kacau orang. Tapi sebenarnya dulu dia orang yang.. macam mana nak cakap eh?"

"— ha, dia orang yang susah nak bergaul. Orang tegur dia senyap je. Senang kata dia ni 'pembisu' lagi-lagi bila dekat dengan perempuan. Dengan akak pun dia jadi macam 'protector'. Ha, nak bercakap dengan laki asyik kena marah je"

"Habistu kenapa sekarang dia lain?"

"Sekarang dia lain sebab dia dah mula bersosial dengan orang. Yelah, pemilik kedai kan. Mestilah kena pandai bercakap. Tapi tak semudah abc nak rapat dengan dia. Dia akan judge dulu dari pelbagai perspektif orang tu. Ha pelik tak pelik?"

[C] Warning | Kim Taehyung Where stories live. Discover now