Warn•45 : Upacara?

1.3K 161 13
                                    

Author's POV

"Ah, di sini kau rupanya. Kau suka ya bermain dengan aku?"

Aejeung memandang ke arah kakinya yang terseliuh. Mana mungkin dia boleh lari dengan keadaan yang begitu.

"A-awak tak adil! Macam mana saya nak larikan diri kalau awak dah seksa saya dahulu!". Balas Aejeung sedikit menengking.

"Hmm baiklah biar aku fikir. Jadi ini permainan aku. Semua peraturan aku yang cipta. Dan kau sebagai pemain harus menempuhnya sendiri, tiada bantahan. Tapi ini saja yang kau ada? Wow aku tak sangka kau selemah ini. Hahah"

Aejeung mengetap bibirnya geram. Dia cuba untuk bangun tapi dia gagal. Kenapa kakinya lemah sangat!

Bangg!!

Satu tembakan dilepaskan tepat di sisi Aejeung. Wanita itu memejam matanya ketakutan.

"K-kenapa buat saya macam ni.."

"Hm, bukan ini yang kau minta? Penderitaan yang aku beri ini adalah kebahagiaan aku. Kau mahukan kebahagiaan? Buat aku menderita dahulu"

"Apa sahaja derita yang awak ada selain saya Kim Taehyung?"

Duggg!

Mata Taehyung bertukar warna. Tubuh Aejeung yang calar balar dilihatnya keliru.

"A-aejeung??"

Aejeung yang perasan dengan panggilan itu mengangkat mukanya. Wajah Taehyung juga dipandang keliru. Namun tidak lama, mata lelaki itu kembali bertukar kepada warna tadi.

"Argh! Penyibuk!". Seakan marah dengan dirinya, Taehyung memukul kepalanya sendiri.

"T-taehyung, awak.."

Taehyung memandang tajam wajahnya buatkan wanita itu terdiam. Lelaki itu merendahkan badannya sama paras dengan Aejeung. Lengan Aejeung digenggam kuat.

"Mari, aku tak mahu lambatkan lagi upacara kita—"

***

"Jungkook, Jungkook". Badan Jungkook digerakkan bagi mengejutkan arnab tersebut.

Jungkook dengan lemah gemalai membuka matanya. Entah sejak bila dia tertidur dia pun tak tahu.

"Erm.."

"Jungkook ppali, pakai baju. Kita kena selamatkan kak Aejeung dan abang saya sekarang!"

"Eoh kau dah siap?". Jungkook melihat ke arah dadanya yang sudah pulih seperti sediakala.

"Cepat Jungkook!"

"Oh ya kejap-kejap". Jungkook mencapai bajunya yang tergantung dalam almari kecil dibilik itu. Almari itu pun sudah hancur fizikalnya.

Butang kemejanya dibutang sehingga atas. Sana sini ditepuk menghilangkan habuk. Jisoo sekadar memerhati.

"Okay aku dah siap— eh Jisoo. B-baju kau berlubang—"

Pap!

"Jangan tengok! Ee masa dah suntuk macam ni ada hati nak jadi byuntae!". Satu fail melayang pada muka kacak Jungkook. Jungkook mengaduh sakit.

[C] Warning | Kim Taehyung Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum