📌EPILOG📌

1K 108 26
                                    

Author's POV

Suara tangisan bayi menggegarkan satu istana. Menandakan bayi daripada kerabat diraja itu sudah lahir.

"Tuanku..". Dayang istana menghulurkan bayi yang sudah dibersihkan itu kepada si Permaisuri. Kim Haneul.

Haneul tersenyum lemah memeluk bayi itu. Dahinya dikucup lembut, penuh kasih sayang.

"Dia akan jadi pemimpin yang berkuasa suatu hari nanti Tuanku. Tak sabar untuk tunggu dia membesar, memerintah Cataóla.."

Senyuman Haneul mengendur. Dipandang wajah bayi itu yang sudah terlena.

"Bayi yang kamu kandungkan itu berbahaya. Dia amat diperlukan untuk masa hadapan"

"Maksudnya?"

"Dia akan hidup di zaman kebangkitan Demon. Dimana perperangan akan berlaku—"

"Tuanku?"

Haneul risau. Risau dengan sesuatu yang akan berlaku beberapa tahun selepas itu. Lebih-lebih lagi melibatkan anaknya.

"Tuanku dah ada nama untuk Tuan Putera?"

"Kim Taehyung"

Pihak-pihak istana berpandangan sesama sendiri.

"Dayang, beta perlukan ruang sekarang ini"

"Menurut perintah Tuanku"

Semua yang ada didalam bilik itu keluar. Haneul kembali merenung wajah kecil itu. Melihat wajah yang suci itu sedikit sebanyak terasa risaunya hilang.

Kreak...

Haneul memandang ke arah tingkap. Dimana seseorang masuk dengan jubah sekali menutup kepalanya.

"Haneul". Makhluk itu mengangkat mukanya. Memaparkan mata sebelahnya yang berwarna merah.

"Ke sini, Surin"

Surin datang mendekat. Perlahan-lahan dia menjatuhkan hood diatas kepalanya.

"Macam mana?"

"Aigoooo kiyowo!". Perempuan itu terus teruja melihat bayi didalam dukungan Haneul. Nak dicubit-cubit rasanya.

Pap!

Haneul mengetuk kepala Surin geram.

"Surin...". Nada Haneul menjadi dalam.

Surin memeluk tubuh. "Maaf maaf.. Macam mana nak tahan, tengoklah si kecil ni. Kiyut betul"

"Jadi.. macam mana?"

"Bayi itu akan lahir empat tahun lagi. Tuanku jangan risau, Surin akan jaga dia"

"Macam mana Lin dan Han?"

Surin menjatuhkan pandangannya. "Haneul, vampire society masih buru kami. Surin kena pergi sekarang—"

"Surin. Haneul dah cuba yang terbaik untuk buat vampire society terima, tapi diorang tu terlebih keras kepala. Maafkan Haneul, Surin terpaksa larikan diri bersama mereka.."

Surin tersenyum kecil.

"Surin akan cuba yang terbaik untuk lindungi Lin, Han dan Jaeguk. Kangju ada, serahkan semuanya pada kami"

Haneul mengangguk.

"Bayi yang akan lahir itu.. nama dia adalah Puteri Ebina disini. Tolong ubah nama dia sebaik tiba di dunia manusia. Aejeung"

"Surin akan serahkan kepada keturunan Jaeguk. Tapi kalau Taehyung dan Aejeung masuk kedalam dunia manusia, mereka seperti bayi yang baru lahir. Apa yang buatkan Haneul pasti, Taehyung akan kesana juga?"

[C] Warning | Kim Taehyung Where stories live. Discover now