Warn•22 : Unknown Number

1.9K 203 31
                                    


Author's POV

"Mamaa??". Aejeung tersedar dari lamunan apabila tangannya digocang Miyun. Fikirnya itu mimpi tapi realiti.

Wajah Taehyung yang masih memandangnya itu masih serius. Termasuk semua tetamu.

"Mama, papa ajak kahwin ke?". Soal Miyun.

"Nae??". Aejeung mula keliru.

"Park Aejeung , will you be my wife and soon mom to our child?"

Matanya membulat. Ya, benda tu betul. Kejap, majikannya ajak kahwin??

"Aejeung-ah". Jungkook kini tiba disisinya.

"Yah! Palli jawabb!". Seorang tetamu lelaki yang hadir mula melaungkan suaranya.

Taehyung masih berdiri ditempatnya seakan menunggu jawapan Aejeung.

"A-ani...". Kepalanya digeleng. Wajah Jungkook terus dipandang.

"Jungkook, bawa aku balik". Miyun terus didukung lalu dia berpaling dan keluar dari situ. Jungkook yang terkebil-kebil hanya turuti.

Dari situ suasana mula riuh.

"Kim Taehyung! Kamu sedar tak apa kamu dah buat!". Marah Tuan Kim.

Taehyung memutarkan biji matanya.

"Aku dah kata yang aku tak akan kahwin dengan dia. Kau pekak ke apa??". Balas Taehyung selamba.

"Taehyung, kamu tak patut buat anak uncle macam ni—". Ucap Tuan Bae.

"Habistu, uncle fikir saya suka ke dipaksa kahwin tanpa persetujuan saya? Uncle fikir anak uncle, tapi saya ada uncle fikir?"

"Taehyung, appa tak ajar kamu biadap—"

"Aku kisah apa". Terus sahaja Taehyung turun dari situ. Niat mahu keluar cepat dari rumah tu.

"Oppa, apa oppa cuba buat ni—". Jisoo menahan Taehyung.

"Pertahankan hak aku".

"Takkan sampai nak gunakan Aejeung unnie?"

"Kau kenal dia?"

"Oppa tak patut buat macam ni tahu tak. Gunakan manusia untuk kepentingan kita bukan caranya. Omma mesti marah kalau tahu oppa buat benda yang dia tak suka—"

Taehyung diam.

"Aku tak pergunakan Aejeung". Ujar Taehyung sebelum berjalan pergi. Jisoo hanya memerhati abangnya. Tak tahu apa yang lelaki itu fikir.

Kalau tak pergunakan perempuan itu, habistu apa?

***

"Kau okay?". Soalan dari Jungkook hanya dibalas dengan anggukan kecil. Aejeung memandang ke luar tingkap kereta Jungkook. Termenung lama memerhati suasana malam yang gelap.

"Kenapa lelaki tu ajak kau kahwin?". Nada Jungkook kedengaran geram. Bukan geram dengan Aejeung, tapi Taehyung yang tiba-tiba melamar Aejeung tanpa pengetahuan malah persetujuan dia.

Aejeung mengangkat bahu. Jungkook melihat Miyun yang tertidur di kerusi melalui cermin pandang belakang.

"Kau tahu dia nak lamar kau hari ni?"

Aejeung geleng.

"Kau baru tahu tadi?"

Aejeung angguk.

[C] Warning | Kim Taehyung Where stories live. Discover now