Warn•32 : Grandmother?

1.6K 188 27
                                    

Author's POV

Taehyung sudah dibenarkan pulang selepas beberapa hari terperap di dalam hospital. Tiada lagi bau ubat-ubatan yang menusuk hidung.

Finally, freedom!

Sebenarnya tak lama pun.

"Oppa ingat, balik rumah jangan lupa makan ubat. Tak makan nanti Soo campak masuk hutan—". Kata Jisoo sambil memimpin Taehyung untuk masuk dalam kereta.

Pintu kereta ditutup. Taehyung putar mata ke atas. Sikit-sikit diugut pasal benda kecik. Nyampah. Dia bukannya sakit mana pun. Tak makan ubat pun boleh sihat.

"Senang aku minum je lah darah. Dah sihat—"

Jisoo yang baru masuk ke seat pemandu terus pandang Taehyung tajam. Pintu ditutup dan enjin dihidupkan.

"Oppa fikir badan tu suka-suka boleh terima darah biasa-biasa ke? Ada jenis darahnya juga tau". Kereta terus dipandu keluar dari kawasan hospital.

"Apa-apa lah". Malas mahu melayan, Taehyung hanya pandang ke luar tingkap.

"Hari ni oppa tak boleh masuk kerja lagi, rehat je dulu. Esok baru boleh mula. Jangan nak melencong keluar pulak"

Taehyung tidak menjawab. Suasana di dalam kereta sunyi untuk seketika.

"Oppa, Soo nak tanya. Em, ingat lagi tak Hannah, si dayang Istana yang kecik molek tu".

Taehyung berfikir sejenak. Hannah.. dayang.. kecik molek. Jisoo jeling Taehyung sekilas. Tu lah, lama sangat tak balik sana. Semua benda dah lupa.

"Oh... Ha ingat lah kot. Kenapa?"

Jisoo kemam bibir sebelum membuka mulut.

"Dia dah takda". Katanya perlahan.

"Takda? Pergi mana?". Taehyung angkat kening.

"Funfair. Ish kalau dah takda tu faham-faham je lah dah apa". Jisoo memegang stereng kereta geram.

"Serious? Tapi bila.. aku tak tahu pun"

Jisoo mengeluh. Nafas diambil dalam.

"Hari tu, waktu Soo nak balik sini semula.. dia tiba-tiba sergah Soo kat hutan. Mula-mula memang pelik jugak lah. Dia kata dia nak bagitahu sesuatu, Soo pun okay je lah nak dengar. Belum sempat dia nak cakap apa-apa, tiba-tiba ada busur tembus kat badan dia—". Nafas dihela perlahan.

"Tapi, takkan sebab busur tu dia mati? Mustahil lah"

"Busur tu beracun. Dan satu je puak yang berkait dengan senjata dan racun—"

Taehyung terdiam. Ya, dia tahu puak apa. Cuma dia pelik, kenapa puak itu menyerang Hannah?

"Hannah bagitahu Soo, yang Cataóla dalam bahaya. Puak diorang kembali nak membalas dendam. Kalau kita tak ambil langkah, Cataóla jatuh dalam tangan mereka". Handbreak ditarik sebaik tiba di lampu isyarat.

Taehyung pandang ke arah Jisoo.

"Macam mana.. Hannah tahu semua tu?"

Jisoo menggeleng.

"Soo tak tahu. Tapi Soo rasa.. Mereka serang Hannah sebab Hannah dah tahu separuh rahsia mereka? Tak pun mungkin mereka bagi petanda awal sebagai.. Amaran". Kata Jisoo sebelum menyambung lagi.

"Hannah ada bagitahu yang.. oppa dengan seorang Angel yang masih hidup dalam dunia ni harus bersatu untuk lawan mereka. Tapi itu terserah kepada takdir—"

Taehyung hanya diam. Memikirkan kata-kata Jisoo. Jisoo turunkan handbreak dan teruskan perjalanan apabila lampu bertukar hijau.

"Oppa..". Panggil Jisoo perlahan.

[C] Warning | Kim Taehyung Where stories live. Discover now