Warn•74 : 🍁Forever, Together🍁

1.2K 126 120
                                    

Author's POV

"Tahniah Taehyung, Aejeung. Surin rasa terharu tengok kamu berdua dah bersama. Mesti Haneul dengan Lin gembira—"

[A/N: Lin siapa? Ibu kandung Aejeung. Aku ada mention nama dia kan sebelum ni? Ada kan?]

"Terima Kasih unnie. Selalu tolong kami berdua selama ni. Terhutang budi sangat"

"Tuan Kangju pun sama. Haih sedih dia tak dapat datang hari ni—"

Aejeung menguntumkan senyuman. Baru dia mahu membalas tapi perbualan mereka dicelah orang lain.

"Aejeung-ssi! Baling bunga!"

Ah dia lupa. Bunga tak baling lagi!

Gaunnya diangkat seraya dia berjalan ke arah tempat itu dengan teruja. Bunga yang dipegangnya tadi kini kemas didalam tangan.

Dia berdiri dengan beberapa anak gadis dibelakangnya. Nafasnya dihembus.

"Masuklah Sooji.."

"Ahh tak nakkkk"

Semakin dia tolak semakin Surin tarik Sooji masuk kedalam kumpulan itu dengan paksaan. Sooji paling-paling tak suka benda macam ni.

"Aku tak datang untuk benda ni..". Dia merungut sendirian dengan Surin sudah terlompat gembira disebelahnya.

"Sedia semua?!"

"SEDIAAA!!". Sooji menutup sebelah telinganya apabila jeritan Surin amat kuat.

Pecah gegendang telinga dia woi.

" Cha!". Dengan senyuman Aejeung melambung jambangan bunga itu ke atas. Para-para gadis mula berebut untuk mencapainya.

Sooji pula tunjuk riak tidak selesa disitu apabila dihimpit-himpit sebegitu rupa.

Diorang ni desperate sangat nak kahwin ke? Gosh.. Keluarkan aku dari sini aku merayu.

"A-au!". Badannya tertolak kebelakang.

Ha sebab itulah dia tak suka benda ni. Macam pergi shopping ada sale. Inilah jadinya.

"Eoh? Mana pergi bunga tu?"

"Ada yang dah dapat ke?"

"Sooji!". Surin memanggilnya kuat. Baru sedar Sooji dah terkeluar dari kumpulan gadis-gadis terdesak itu.

"Mwo?!". Balas Sooji rimas. Sekarang ni dia dah rasa serabut, lagi-lagi gaunnya dah senget benget.

Ini seperti pertempuran ya. Pertempuran gadis-gadis terdesak.

Kecuali dia.

Dia gadis yang sangat tenang dan sentiasa redha akan takdir. Apa nak jadi, jadilah.

"Bunga....". Semua gadis itu menjatuhkan pandangan pada tangan Sooji.

Sooji memandang tangannya. Dia tergamam.

"A....pa—"

Dari jauh Jimin dan Taehyung sudah mengusik Jungkook. Badan lelaki itu dipukul manja.

"Ayyyyy Jungkookk. Tengoklah tu. Memang tak sabar nampaknyaaa". Usik Jimin menepuk-nepuk belakang Jungkook.

"Tahniah Jungkook. Cepat-cepat lamar dia". Taehyung menyenggol lengan Jungkook dengan senyuman mengejek.

"Ya, kau nak sihat kelamaran panggil je aku! Aku sedia berkhidmat". Sampuk Jimin lagi.

"Hyung!". Pipi Jungkook berona merah. Taehyung dan Jimin mentertawakan dia.

[C] Warning | Kim Taehyung Where stories live. Discover now