Warn•46 : Selfish

1.3K 162 20
                                    

Author's POV

"K-kau lagi, Surin Yoo"

"Hi Jaeyoung, we meet again. Hm, saya tak terlambat lagi untuk upacara ni, I guess?"

Jaeyoung mengetap giginya geram. Dia memberi isyarat pada orang disebelahnya agar menyerang Surin.

Surin berundur setapak kebelakang, kelibat manusia berhud itu tepat berada dihadapannya.

Zasss!!

Dengan satu serangan, cukup buat pintu besar disitu terpatah dua sehingga tercampak jauh.

Tetapi tidak bagi Surin, yang melakukan serangan balas. Angin kuat yang muncul menyebabkan manusia itu terseret jauh dari Surin. Hudnya juga terjatuh dari kepala.

"Jadi.. Yarin, awak masih nampak menakutkan sejak kita kenal. Sedikit pun tak berubah—". Ucap Surin dengan senyuman sinisnya.

Yarin menarik getah rambutnya sehingga rambut biru tuanya yang panjang terurai. Matanya yang turut berwarna biru memandang tepat wajah Surin.

"Jangan cakap macam kau kenal aku dah lama, Surin"

Surin berjalan setapak demi setapak mendekati Yarin. Sehingga dia berhenti tidak jauh dari gadis itu.

"Yarin Yoo, cakap.. siapa yang tidak kenal dengan kakak kandung sendiri?"

"Diam! Aku tiada darah daging macam kau dalam sejarah hidup aku!"

Zushhh!!!

Sinaran api berwarna hitam meluru ke arah Surin, tidak sempat mengelak akhirnya Surin terjelepuk jatuh ke lantai.

"Kau selalu berkata bongkak Surin. Semua yang kau lakukan demi Vampire hanya sia-sia! Tak kira kau taat setia pada mereka atau tak, mereka tetap layan kau seperti sampah! Apa lagi yang perlu aku jelaskan?!"

Surin terbatuk-batuk memegang perutnya. Dengan perlahan dia mengesat luka kecil ditepi bibirnya. Tidak menunggu masa lama akhirnya dia kembali berdiri, menghadap gadis yang dianggap sebagai kakak kandungnya.

"Awak tak perlu jelaskan apa-apa. Dari dulu sampai sekarang, jawapan saya masih sama. Saya tak akan ikut jejak iblis. Sampai bila-bila"

Yarin merengus geram. Belum sempat dia mahu menyerang, satu api kuat meluru ke arahnya. Kali ini giliran badan dia yang terhentak pada dinding dewan sehingga retak.

Tidak cukup dengan itu, beribu das api lagi yang menuju kearahnya, membuatkan dia menerima serangan yang bertubi-tubi. Yarin hanya mampu mengerang kesakitan.

Jaeyoung mengetap giginya geram. Dilihat Yarin yang semakin lemah. Akhirnya dia turun, membawa diri ke arah Yarin.

Surin menghentikan serangannya seraya Yarin rebah jatuh ke lantai.

"Kenapa kau sibuk hal aku?! Kenapa?!". Jaeyoung memandang Surin tajam.

"Hm? Bukan saya dah pernah kata, tak kan tak ingat? Dan untuk menegaskannya sekali lagi, selagi awak dan puak awak masih hidup, selagi itu saya tak akan berhenti masuk campur—"

"Apa kau maksudkan dengan puak aku? Yarin ni masih puak kau"

Surin memandang kakaknya yang menahan sakit badannya. Surin membetulkan cermin matanya yang terlurut.

"Tch, sekarang baru kau terfikir yang dia ni puak kau?". Kata Jaeyoung sinis. Surin terus mengalihkan matanya pada Jaeyoung.

"Ani"

Jaeyoung mengangkat keningnya, tidak faham dengan kenyataan Surin.

"Saya cuma pelik, dia tak mati lagi. Geunyang.. sekarang dia makin kuat? Wah.."

[C] Warning | Kim Taehyung Where stories live. Discover now