Warn•47 : Balas dendam

1.3K 165 14
                                    

Author's POV

Aejeung membuka matanya , melihat sebuah dewan besar dihadapannya. Kakinya laju melangkah ke pintu dewan. Matanya membulat melihat keadaan mereka.

Jungkook terbaring tidak sedarkan diri. Surin sedang dicekik oleh Jaeyoung. Jisoo terduduk lemah disamping Jungkook dengan Yarin dihadapan mereka.

"Ohh tengok. Tetamu kita datang semula". Jaeyoung tersenyum sinis. Surin memandang Aejeung lalu menggeleng kepala. Tidak mampu dia bercakap kerana tangan Jaeyoung yang terlalu kuat mencekiknya.

"L-lepaskan mereka"

Jaeyoung tergelak besar.

"Lepaskan diorang ni? Hm boleh boleh. Tapi dengan syarat, kau perlu menyerah diri. Setuju?"

Surin memukul-mukul tangan Jaeyoung yang mencekiknya. Ingin dia jeritkan sesuatu pada Aejeung tapi tidak kesampaian. Dia hanya mampu menggeleng memberi amaran supaya Aejeung tidak mengikut arahan lelaki itu.

"Saya setuju. Sekarang lepaskan mereka"

"Well, sebelum tu buat dahulu apa yang aku suruh. Baru aku lepaskan mereka"

Aejeung mengetap giginya. Pandangannya teralih pada Jisoo, Jungkook dan Surin. Matanya dipejam seketika sebelum dia tepat memandang Jaeyoung.

"Baiklah"

"Pertama, berdiri di situ". Jaeyoung mengisyaratkan pada sebuah tungku yang terdapat sebuah gelas gangsa diatasnya, bersebelahan dengan tempat Taehyung duduk.

Aejeung akur, lalu mengatur langkah menuju ke tungku itu. Dia berjalan melepasi Jungkook dan Jisoo. Sedikitpun dia tidak memandang ke arah mereka.

"U-unnie— ah!". Jisoo terbaring lemah apabila Yarin menendang kuat bahunya.

"Jangan buat hal". Ucap Yarin datar.

Akhirnya Aejeung tiba dihadapan tungku itu. Dapat dilihat Taehyung yang bernafas tidak teratur memandang tepat ke arahnya.
"Toreh tangan kau pada pisau tu. Kumpul darah kau ke dalam gelas itu, cepat"

"A-aejeung.. egh". Tangan Surin terketar-ketar mencapai sesuatu dibelakangnya tanpa pengetahuan Jaeyoung. Jaeyoung pula semakin menguatkan lagi cengkaman tangan pada leher Surin.

Dengan perlahan Aejeung mencapai pisau gangsa yang berukir tulisan yang langsung tidak difahami olehnya.

Pisau itu dibawa perlahan-lahan ke dalam tapak tangannya.

"Cepat!"

Aejeung memerhati sinaran matahari di luar dewan yang semakin kemerahan.

'hana,

Deul...'

"Yah kau tunggu apa lagi!". Marah Jaeyoung, geram dengan tindakan Aejeung yang terhegeh-hegeh.

Dalam beberapa saat, matahari mula menjadi warna ungu kemerahan. Menjadikan cahaya yang dipancarnya turut mempunyai warna yang sama.

'sekarang'

Permata di dalam poketnya dikeluarkan, segera Aejeung berlari ke arah Taehyung. Permata itu lantas diletak pada bahagian dada Taehyung yang sedikit terdedah.

"ARGHHHH". Taehyung menjerit kesakitan. Mata Jaeyoung terbuntang luas. Baru dia mahu bertindak, Surin sudah menarik tangan dia dengan kuat lalu dada lelaki itu ditusuk dengan sesuatu.

Darah terpercik keluar dari mulutnya. Akhirnya Jaeyoung rebah ke bahu Surin.

Surin menghela nafas laju. Bibirnya dibuka membisik sesuatu ditelinga lelaki itu.

[C] Warning | Kim Taehyung Where stories live. Discover now