Warn•36 : New Plan?

1.6K 171 17
                                    

Author's POV

Batu yang ada diatas jalan tar disepak. Rambut panjangnya yang mengurai beralun ditiup angin. Badannya disandar pada tembok di lorong itu.

Seorang lelaki yang dari tadi cangkung di atas jalan itu menangkap batu yang disepak tadi. Batu itu didekatkan pada mukanya dan dihidu. Lidahnya dikeluarkan lalu batu itu dijilat.

"Hm~ dunia ni dulu dan sekarang sudah berbeza. Banyak perubahan.. kan?". Suara lelaki itu dengan senyuman. Terserlah gigi taringnya yang agak kecil.

Wanita tadi hanya diamkan diri. Tangan dimasukkan ke dalam poket jubah. Sesuatu dikeluarkan. Sebentuk jam randik lama. Nombor dan tulisannya juga unik.

"Aku tak sabar nak ber-aksi. Kenapa kau nak ikut juga masa pada jam buruk tu?"

Wanita itu simpan semula jam tadi. Wajah lelaki itu dipandang.

"Baiklah— aku gurau saja. Jangan marah sampai macam tu sekali—". Ujar lelaki itu serta merta.

Dia berdiri dan tangannya ditepuk menghilangkan debu yang melekat pada tapak tangannya. Wanita tadi didekati.

"Aku akan tunggu masanya tiba okay?". Ujar lelaki itu. Wanita itu memandangnya kosong. Tiada sepatah kata yang keluar dari mulutnya.

"Lagipun masanya sudah hampir—"

***

"Ehem! Ehem!". Aejeung yang sedang menyemak fail terus angkat wajah. Dipandang Doyeon yang separuh basah berdiri dihadapan pintu office Taehyung.

"Kau nak apa?". Soal Aejeung.

"Aku nak masuk, boleh?". Soal Doyeon dengan suara yang agak dilembutkan. Berkerut dahi Aejeung.

"Kejap—"

Aejeung terus mencapai telefon penghubung antara dia dengan Taehyung.

Tit

"Encik, Doyeon nak masu—"

"Tak boleh"

Tit

Aejeung pandang Doyeon dengan kening diangkat.

"Argh, cakap baik-baik pun tak ada guna. Aku tak kira, aku nak masuk juga—"

"Excuse me, kenapa berdiri kat sini? Menghalang laluan". Tiba-tiba saja ada suara memotong. Doyeon pusing ke arah suara itu. Dan tup!

Matanya bertemu dengan mata Irene.

"You siapa?"

"You ni yang siapa, pergi berdiri depan pintu fiance I"

Aejeung pandang Doyeon dan Irene silih berganti. Ha sudah, tertangguh lah kerja dia ni hm.

"Fiance you? Oh my god, maksud you pintu ni your fiance?". Doyeon berkata perli.

"Haha, how dumb you are. Of course lah tidak. My fiance is Kim Taehyung. Bos you"

"Excuse me? Taehyung is your fiance? Haha. Nonsense"

"Kenapa? Tak percaya? Mari I tunjuk. TAE—"

"EHHH stop stop stop. Encik Taehyung tak mahu diganggu sekarang. Jadi cik sila jangan buat kecoh dekat sini. Dipersilakan angkat kaki dan pergi—"

"No!". Cantas Irene laju.

"Apa hak you nak halau I huh?"

"Dah sini bukan tempat you. Memang layak dihalau la". Kata Doyeon memeluk tubuh. Irene angkat sebelah kening dan tersenyum sinis.

[C] Warning | Kim Taehyung Where stories live. Discover now