Warn•31 : Rakaman

1.6K 183 34
                                    

A/N : Ayat dalam chapter ni akan jadi sedikit memeningkan. Jadi saya harap awak semua dapat baca dengan teliti tanpa bercampur aduk. Enjoy reading!♥

________

Author's POV

"A-angel...? Maksud awak, pembawa darah paling suci dalam Cataóla ke?".

"Ya. Dan kau pun tahu, bilangan mereka sikit saja dalam dunia ni. Lebih kurang satu dalam seratus juta yang hidup dalam puak vampire adalah Angel. Tapi sekarang Angel dah pupus dibunuh puak..."

Jisoo angguk mengerti.

"Yang ditangkap bersama moyang aku adalah seorang vampire dan seorang Angel".

"Jadi yang lari ada seorang Angel, Half-vampire, dan Vampire. Mereka lari ke dunia ni untuk sembunyikan diri buat sementara waktu. Tempoh hayat mereka panjang tapi bukan bagi Angel "

"Dia mati? Tapi kenapa—"

"Untuk pengetahuan kau, Angel yang ditangkap itu lelaki dan yang lari adalah perempuan. Mereka suami isteri dalam usia muda. Jadi Angel perempuan itu mati kerana lahirkan anak mereka—"

"—dan cucu cicitnya hidup seperti manusia biasa dalam dunia ni. Disebabkan Angel yang berkawan dengan moyang aku itu adalah yang terakhir jadi sekarang hanya seorang sahaja Angel yang hidup dalam dunia ni"

"Dan Angel itu adalah Park Aejeung".

Keadaan terus sahaja sunyi. Jisoo menekup mulutnya tidak percaya.

"M-maksud awak.. dia lah keturunan Permaisuri Yaa'lina?".

"Ya".

"Permaisuri Yaa'lina ialah isteri kedua Raja Vampire. Tapi dia dibuang dari Istana kerana difitnah ada hubungan sulit dengan Angel lain. No wonder lah isteri pertama Raja boleh cemburu sebab Yaa'lina terlalu baik dan suci dari segala dosa. Raja pun boleh jatuh cinta pada dia".

Jungkook meletakkan tangannya pada atas penyandar kerusi manakala Jisoo masih sibuk mendengar kisah lama dari dia.

"Kau mesti tengah cari permata yang abang kau hilangkan tiga bulan lepas kan?"

Jisoo mengerutkan dahinya.

"Satu, ya, saya tengah cari satu permata. Dua, apa maksud awak 'abang saya hilangkan tiga bulan lepas'??"

"Eo? Kau tak tahu?. Permata yang kau tengah cari tu disimpan abang kau seumur hidup dia. Permata tu yang menunjukkan siapa Soulmate kita. Dan sekarang benda itu ada pada Aejeung—"

"Soulmate apa pula ni??". Jisoo mulai pening. Banyak sangat benda yang dia tak tahu selama ni.

"Setiap orang pasti ada Soulmate tersendiri. Dan cara vampire cari mereka punya Soulmate dengan gunakan permata tu. Kau tak ada ke?"

"Eo.. hm..". Jisoo berfikir seketika. Dan tiba-tiba dia teringat sesuatu. Rantai leher yang terlindung dalam bajunya dikeluarkan. Aksesorinya berbentuk permata.

"Macam ni ke?". Soalnya perlahan.

Jungkook menelek permata itu.

"Ya, inilah. Kau tak tahu apa fungsi kau pakai rantai ni?"

Jisoo sengih dan geleng.

"Sampai satu masa permata ni akan menyala kalau kau betul-betul pasti dah berjumpa dengan Soulmate kau. Dan cintakan dia sepenuh hati—".

"Ouh..". Jisoo angguk faham. Rantai tadi kembali dimasukkan dalam bajunya.

"Jadi kenapa permata itu ada pada Kak Aejeung?".

[C] Warning | Kim Taehyung Where stories live. Discover now