Warn•1 : Kerja

4.6K 277 69
                                    


"Pembunuh bersiri yang baru sahaja membunuh salah seorang dari orang ternama yang bernama Yoo Dami telah berjaya melarikan diri sewaktu cuba ditangkap oleh pihak polis. Diharap agar semua orang mengambil langkah berjaga-jaga ketika keluar dari rumah andai terjumpa dengan orang yang mencurigakan—"

"PARK AEJEUNG"

"WOI! ASDFGHJKLKAJSJA— ya tuhan, sakit ontot aku". Aejeung bangun setelah jatuh dari sofa. Punggungnya yang masih hangat setelah tercium lantai tadi digosok laju.

"PARK—"

"MENDE KAU NAK TETAN?! EEEE!". Dengan rasa amarah, kaki dihentak-hentak lalu dia pergi ke dapur.

Setelah tiba didapur, wajah abangnya terus ditatap penuh kebencian.

"APA KAU NAK PAGI-PAGI NI".

"Woi, rilekslah. Yang kau menjerit macam aku ni kat Afrika asal. Aku panggil kau elok-elok kot—"

Lah sangat

"Tapayah nak membebel banyak. Pat cakap kau nak apa panggil-panggil aku macam orang hilang dara– opps". Aejeung menekup mulutnya.

"Aejeung.."

"Maaflah oppa ku sayang. Janji tak cakap lagi". Kata Aejeung tergeleng-geleng. Jungkook hanya menghela nafas panjang. Pelik betul dengan adik perempuannya yang seorang ni.

"Duduk la dulu. Sarapan dah siap ni. Aku nak hidang kejap". Ujar Jungkook sebelum mengambil pinggan yang sesuai untuk menghidangkan sarapan.

"Sarapan apa hari ni". Soal Aejeung setelah duduk menongkat dagu dimeja bar. Matanya ralit memerhatikan Jungkook yang fokus sapu jem pada roti.

"Roti toast and you got no jams"

"Again? Muak duh aku. Tak de benda lain ke?"

"Ada. Penampor aku nak? Hei budak, kau dikira untung la aku baik hati masakkan benda ni untuk kau. Dari kau yang masak telur pun dah hangus, kau nak dapur ni meletup?"

"Tak nak".

"Jadi duduk diam dan terima takdir seadanya". Sepinggan roti toast bersama jem anggur diletakkan dihadapan Aejeung. Dan untuk dirinya juga tidak lupa.

"Masheh". Roti jem tersebut terus disuap kedalam mulut. Fuh sedap gila lagi-lagi roti tu masih panas.

Jungkook tidak membalas malah hanya terus makan rotinya dengan mulut yang mengunyah seperti arnab.

"Kau ni bila nak kerja? Merempat tanam akar kat bontot tu je dalam rumah ni. Umur kau ni dah sesuai kot kalau nak apply mana-mana tempat kerja"

"Kerja kat badan kebajikan je la—"

"Aejeung, aku serious"

"Haih kau ni tak muak ke tanya aku pasal kerja. Aku tengah usahakan lah ni nak cari kerja. Kat sini banyak kerja yang tak sesuai untuk aku. Pereka fesyen, Pegunting rambut, kilang membuat makanan haiwan, cashier kat pasaraya, and tak ketinggalan mekanik. Pergh kau pikir aku jenis perempuan cukup package ke?"

[C] Warning | Kim Taehyung Where stories live. Discover now