Warn•44 : Permainan

1.3K 156 3
                                    

Author's POV

Surin melihat ke arah miss called yang diterimanya beberapa minit yang lepas.

"Siapa?"

Surin melihat ke arah Kangju.

"Aejeung. Dia call tak sampai 5 saat. Saya dapat rasa sesuatu yang tak baik Tuan". Ujar Surin sedikit risau.

"Baiklah, kalau macam tu kita terus pergi ke tempat tu".

Surin mengangguk setuju. Tangan Kangju dipegang dan sekelip mata mereka berada ditempat Miyun sebelum ini.

Miyun masih ada terikat dipokok, cepat Kangju pergi melepaskan ikatan tali pada budak kecil itu.

Surin melihat ke arah sekeliling. Kakinya seakan terpijak sesuatu. Terus dia melihat ke arah objek tersebut.

"Tuan..". Panggil Surin perlahan. Kangju yang sudah mendukung Miyun melihat ke arah Surin dan objek yang dipegang wanita itu. Dia tergamam.

"Tuan tolong hantar dia balik dahulu. Saya akan uruskan ini. Kita.. betul-betul dah terlambat"

Surin menyimpan objek tersebut di dalam poket jaketnya. Dia berpaling dari Kangju dan Miyun.

"Surin". Panggil Kangju membuatkan Surin menoleh kebelakang. Keningnya diangkat.

"Jaga diri"

Surin tersenyum nipis.

"Baiklah"

Dia berpaling kembali. Mata dipejam rapat. Dan akhirnya figuranya hilang dari situ sekelip mata. Kangju menghela nafas berat. Wajah Miyun dipandang sayu.

***

Tikk.. tikk...

Aejeung mengerutkan dahinya. Matanya dibuka perlahan-lahan, sehingga jelas pandangan dihadapannya yang terdapat air menitik.

Dari mana? Tiada puncanya.

"Ah— ss". Luka dilehernya dipegang. Sungguh sakit kesan torehan itu walaupun darahnya sudahpun kering.

"Dah sedar? Selamat pagi"

Aejeung mendongakkan kepalanya. Matanya membulat.

"T-taehyung! Mari kita keluar dari sini cepat. Saya takut!". Dia cuba bangun namun tangan sebelahnya sudah digari pada tiang lama disitu.

Taehyung yang melihat hanya tersenyum sinis.

"E-encik..?". Nada Aejeung bertukar menjadi gementar memandang muka Taehyung yang nampak lain dari biasa.

"Haha bertenang lah. Awak tak akan ke mana pun nanti"

Awak?

J-jap..

"Awak bukan Kim Taehyung". Sebut Aejeung takut.

"Mestilah saya Kim Taehyung. Majikan awak, lelaki yang awak cintai. Dan juga, pewaris darah awak.."

Aejeung mengerutkan keningnya.

"S-siapa awak? Lepaskan saya! P-penipu!"

"Nampaknya kau bukan sahaja lembab, malah bodoh lagi Park Aejeung. Dengar sini, aku Kim Taehyung. Putera kepada Raja Vampire. Tujuan aku hidup mendampingi kau semata-mata mahu darah kau dan sekarang sudah tiba masanya, faham?"

Ini.. betul-betul kedengaran seperti Kim Taehyung. Tapi.. betul ke?

"T-tapi kenapa saya? Kenapa darah saya? Apa yang sedapnya darah saya?! Apa?! Darah saya sama saja seperti manusia lain! Banyak kuman! Dan apa maksud awak dengan vampire? Haha, mengarut"

[C] Warning | Kim Taehyung Where stories live. Discover now