Warn•56 : Jealous

1.3K 160 15
                                    

Author's POV

"Dia fikir dia siapa nak buat aku panas?! Ish kalau tahu lah, memang segala bekal tu aku baling dekat perempuan dodol tu. Biar mampus dia kena curah dengan nasi-nasi atas kepala"

Aejeung menguis-nguis geram kusyen sofanya. Televisyen yang terpasang langsung tidak ditontonnya.

Katanya televisyen itu yang menonton orang.

"Tengok la nanti. Aku bawak air jamban memang aku simbah dekat rambut karat dia tu. Muahahahaa!"

Aejeung tergelak besar dengan tangannya yang sudah menepuk-nepuk kusyen sekali kuat.

Jungkook yang lalu di ruang tamu malah berhenti berjalan. Memerhati adiknya yang tergelak bagai kerbau sesak nafas.

"Dah kenapa dia tu..". Gumamnya perlahan.

"Eoh Jungkook? Nak pergi mana bawak beg segala ni?". Soal Aejeung hairan.

"Rumah halmeoni—"

"Mwo?! Tak cakap! Nak ikut nak ikut! Kejap aku kejut Miyun—"

"Andwae. Jangan. Aku nak pergi seorang. Kau tolong jaga kan kedai burger aku tu"

Aejeung mengerutkan dahi. Tapi secepat mungkin dia bangun dan menuju ke arah Jungkook.

"Ni mesti ada yang tak kena. Kalau tak kau tak adanya pergi seorang ni. Cuba cerita apa jadi?"

Jungkook menghela nafas panjang. Dia menggeleng lalu beg rodanya dipegang.

"Kalau orang tanya mana aku pergi, cakap je aku nak tenangkan fikiran"

"Eh eh jap". Aejeung menarik tangan Jungkook. Dilihat mata lelaki itu yang bengkak.

"Ini bengkak sebab bertumbuk ke sebab menangis?"

"Kau tahu kan aku lelaki. Aku pun manusia juga. Dah, jaga Miyun elok-elok. Aku pergi sekejap je. Jaga diri"

Jungkook menolak lembut tangan Aejeung. Aejeung pula sibuk berfikir sehingga lelaki itu keluar dari rumah.

"Dia lelaki sebab tu bertumbuk atau dia manusia juga sebab tu dia boleh menangis?"

"Broken ke abang aku ni?"

***

Dalam bilik itu, sejak setengah jam yang lalu dia kehulu-kehilir. Fikirannya masih serabut.

Kawannya yang duduk di atas katil hanya memerhati gerak-gerinya. Gaya serabut mengalahkan perdana menteri.

"Chill la Soo. Kau tak buat kesalahan besar pun. Benda dah berlaku dah pun. Kau tak payah nak serabut sangat—"

Sooji sedikit menjungkit keningnya. Tangannya dah berada di pinggang, memandang kawannya yang sambung membaca buku diatas katil.

"Maksud kau? Aku nak chill lepas mainkan hati orang?"

"Ish sekarang ni siapa yang mainkan hati siapa? Dia ke kau?"

"Dia"

"Jadi?"

Sooji terdiam. Kali ini dia duduk bersebelahan dengan rakannya. Muka penuh harapan.

"Damhee. Kau tak rasa ke aku melampau?"

"Melampau apanya. Setakat berlakon bahagia dengan orang lain, buat dia marah, sakit hati. Okay je. Tak ada apa yang perlu dibimbangkan". Ucap Damhee selamba tanpa mengalihkan pandangannya dari buku itu.

[C] Warning | Kim Taehyung Donde viven las historias. Descúbrelo ahora