Warn•52 : Incarnation

1.4K 147 50
                                    

Author's POV

"Bad girl deserve a punishment, right?"

"Aejeung-ie! Turun makan!!". Suara Surin kedengaran dari tingkat bawah. Aejeung senyum lebar melihat reaksi Taehyung yang geram masa mereka diganggu.

"Opps, no punishment I guess ". Aejeung menolak lembut dada Taehyung memisahkan badan mereka.

"Jom makan, saya lapar- ah!". Tidak sempat keluar, sebaliknya badannya disandarkan pada pintu.

"Aku pun, lapar sangat". Taehyung merapatkan wajah mereka.

"Dan aku tak akan kenyang selagi tak dapat apa yang aku nak-"

Dan anda semua tahu apa yang berlaku selepas itu.

***

Seminggu sudah berlalu. Kehidupan mereka berjalan seperti biasa. Cuma Aejeung sudah berhenti dari bekerja dengan Taehyung. Niatnya mahu menumpu sepenuh perhatian pada Miyun.

Jungkook juga kembali menjalankan perniagaan burgernya. Kedainya juga masih dalam proses pembaikan. Cuma masalahnya dia tiada pekerja yang mahir dalam menghias.

"Mama, Miyun nak aiskrim". Miyun menarik-narik hujung baju Aejeung. Aejeung yang baru selesai melayan pelanggan terus tunduk memandang Miyun.

"Aiskrim? Ah, kejap mama tanya papa Kook". Aejeung menutup buku tempahan diatas kaunter dan matanya teralih pada Jungkook yang baru keluar dari pejabatnya.

"Jungkook!"

"Nae?". Jungkook berjalan ke arah kaunter tempat Miyun dan Aejeung berdiri.

"Aku nak bawa Miyun makan aiskrim. Kau jaga kaunter kejap boleh kan?"

"Boleh boleh. Pergilah"

"Yeay!". Miyun bersorak gembira. Aejeung mendukung anak kecil itu lalu membawanya keluar.

Jungkook pula mengambil alih tugas dikaunter. Maklumlah pekerja biasanya cuti sakit. Terpaksa minta Aejeung tolong sekali.

"Er tumpang tanya,". Suara seseorang menyentakkan Jungkook dari lamunannya. Pantas dia melihat manusia dihadapannya dan terus riaknya berubah.

"J-Jisoo?". Sebut Jungkook keliru.

"M-mamat pengendap? Wait wait. Untuk kedua kalinya, nama aku Sooji, bukan Jisoo. And perlu ke aku tanya— kau kerja kat sini?"

Jungkook terkelip-kelip memandang wanita dihadapannya. Mukanya memang sama dengan Jisoo. Cuma perwatakannya berbeza.

Jisoo agak keperempuanan, dan Sooji agak.. kasar orangnya. Berbanding dengan Jisoo, Sooji lebih suka mengikat rambutnya dari dilepaskan. Pakaiannya juga lebih simple. Crop top dan jeans.

"Hello?? Kau ni patung ke apa?". Sooji melambai-lambai dihadapan Jungkook. Cepat Jungkook tersedar dari lamunannya.

"K-kau buat apa dekat sini?"

"Ah memandangkan kau kerja dekat sini boleh tak tolong aku jumpa pemilik kedai ni. Aku dengar kedai ni perlukan pekerja yang pandai menghias. Jadi aku nak mohon kerja disini— hey kau termenung apa"

[C] Warning | Kim Taehyung Where stories live. Discover now