Warn•16 : Jieun

2K 197 9
                                    

Chapter ni tak best , apapun check out my new ff (lagi). Sementara punya. Staring by abang jengkuk. Thank you♥vomments anda semua sangat dialu-alukan. Chapter 16! Let's goww!

----------

Aejeung's POV

Aku mengeluh untuk kesekian kalinya. Jam di meja sudah menunjukkan pukul lapan malam dan aku masih berada di office. Kalau aku tak ikut tadi mesti semua draft ni dah siap.

Tapi nak buat macam mana, tolak atau tak, dia akan suruh aku ikut juga.

Orang tu pula dah balik rumah pukul 5 petang tadi, sebaik sahaja kami baru balik dari tapak projek. Dia saje nak menyusahkan aku.

"Hai, seorang je?".

Aku mengangkat kepala memandang seseorang yang melabuhkan punggungnya di atas meja aku.

Hey biadap!

"Sebelah saya ni ada lagi sepuluh orang. Tak nampak?". Aku berloyar buruk lalu kembali menumpu pada kaca komputer.

"Hahaha, that is quite funny Aejeung". Tawaan kecilnya sedikit sebanyak membuat aku hilang mengantuk.

"Btw, bila nak balik? Dah lewat ni".

Aku mengangkat bahu sebagai balasan.

"Jom lah, saya hantar awak balik. Risau family awak nanti. Kerja ni esok awak sambung"

"No need. Saya boleh siap hari ni". Aku menolak pelawaannya.

Bukan apa, kau sendiri tahu perangai cerewet Encik Taehyung tu macam mana. Lagi lah kalau baru nak siapkan esok? Hmph, memang kena ugut lah aku jawabnya.

"Alah, tak perlu nak paksa diri tu sangat. Awak ni perempuan tak elok balik tengah malam—"

Pakk!

"Aduh! Woi sakit la gila!".

Aku memandang Chanyeol yang merintih kesakitan akibat dipukul dengan fail tebal oleh seseorang.

"Mengorat je kan kerja kau. Biarlah dia nak siapkan kerja dia. Kau menyibuk asal".

Aku menahan tawa apabila lihat wajah cemberut Chanyeol.

"Mana ada ngorat, eee tuduh je"

"Dah dah, pergi balik sana. Dari tadi kata nak balik sibuk menyinggah sini pulak. Tendang bawah kang—"

"Eh eh kau jangan bawak main tendang-tendang bawah ni. Naya tau". Chanyeol membuat muka cuaknya lalu mendapat tamparan di bahunya.

"Aku kata pergi balik! Banyak pulak cakap—". Terkumat-kamit mulut Chanyeol merungut kecil sebelum pergi ke pintu office untuk pulang.

"Aejeung kan?".

Aku memandang wanita dihadapan aku sambil mengangguk kecil.

"Ah, saya Choi Jieun. Panggil je kak Jieun. Saya pengurus bahagian pemasaran—". Dia menghulurkan tangannya dan aku menyambut.

"Maybe awak tak kenal saya lagi, sebab saya ni jarang keluar dari private office saya. Baru hari ni saya nak tunjuk muka dekat awak". Katanya sambil menunjuk pada private office nya.

Aku tersenyum.

"Ohh, saya pun masih tak kenal sangat dengan orang-orang kat sini".

"Ah, biasa lah tu. Makan hari juga nak ingat dan kenal orang kat sini. Rajin-rajinlah tegur. Hm, kerja tu banyak lagi ke? Nak akak tolong siapkan?". Tawarnya sambil tersenyum manis.

[C] Warning | Kim Taehyung Where stories live. Discover now