Warn•59 : Understanding

1.1K 129 67
                                    

Author's POV

Beep beep

Sooji menoleh ke tepi. Melihat telefon bimbitnya yang kehabisan bateri. Dia mengeluh.

Semalam dia tidur di sauna. Hari ini dia kembali keluar berjalan tiada hala tuju. Makan apa pun dia belum.

Dilihat bungkusan makanannya ditangan. Itu untuk Jungkook. Takkan dia nak makan? Tapi dia dah terdesak. Rasa lapar sangat.

"Eokh.. nak..". Seorang perempuan tua tiba-tiba menegurnya. Dia nampak jelas kerana cahaya matahari terlindung disebalik bumbung bus stop itu.

"Maaf lah mengganggu. Cuma.. ahjumma nak minta tolong sikit.."

"Nae?". Sooji bangun membantu perempuan tu untuk duduk.

"Ahjumma dah tiga hari tak makan. Kamu ada apa-apa tak yang boleh dibuat alas perut?"

Sooji teragak-agak memandang ke arah bungkusannya. Perutnya juga memainkan peranan untuk berbunyi.

"Ah nae nae. Ahjumma boleh ambil ni. Makan lah, elok lagi tu. Cuma sejuk sebab semalam saya buat. Heheh"

"Kamu pasti? Ahjumma tak nak kamu pula kelaparan"

Sooji menggeleng laju.

"Saya okay. Kenyang lagi. Ahjumma makan lah. Mesti lapar tiga hari tak makan. Lagipun anak ahjumma.."

Pandangan Sooji jatuh pada anak kecil ditangan perempuan tua itu. Bibirnya mengukir senyum manis melihat wajah comel budak itu. Tangannya juga sudah mengusap lembut pipi budak tersebut.

"Dia mesti lapar. Kan?"

Perempuan tua itu tersenyum, turut sama dengan anaknya yang tersengih apabila disentuh Sooji.

"Baiknya hati kamu. Tuhan saja yang boleh balas jasa kamu. Terima kasih"

Sooji menunduk hormat sebelum pergi dari situ. Dia berjalan lagi mengikut laluan yang langsung dia tak tahu.

Perutnya sudah bunyi beberapa kali. Laparnya sudah tidak terhingga.

"Baik sangat kau ni Sooji. Haha". Sooji gelak sendiri. Mengharapkan dia masih waras ketika itu.

"Tulah kau, kabut sangat. Duit pun boleh hilang". Kakinya menyepak tin kosong diatas jalan. Sehingga langkahnya terhenti apabila setitis air hinggap pada kasutnya.

Dia mendongak memandang langit.

Hujan.

"Wow Sooji. Baguslah. Kau manusia paling malang dalam dunia ni. Diiktiraf"

Setitis demi setitis air turun dari langit membasahi dirinya. Sehingga hujan menjadi lebih lebat, dia berjalan selamba.

Dia malas nak fikir tentang dirinya yang malang dan bengap.

Tap tap

Langkahnya terhenti. Kepalanya jadi pening. Lapar satu, hujan satu lagi. Dekat dua hari dia tak makan. Kepalanya mula membuat putaran, sengaja nak menyusahkan diri ketika itu.

"Oh tolonglah. Jangan sekarang"

Hujan semakin lebat turun. Namun tiba-tiba perkara tidak diingini berlaku. Kepalanya berdenyut laju.

Salah satu benda yang dia tak suka apabila terkena hujan. Matanya terkebil-kebil memandang tanah yang setiapnya basah kerana air hujan yang mencurah.

Tapi itu untuk sementara. Sehingga dia sedar pandangannya jadi kabur, kepalanya memberat.

Buk!

Tangan melingkar pantas di bahu gadis itu. Jungkook memeluk tubuh Sooji yang jatuh dalam dakapannya.

[C] Warning | Kim Taehyung Where stories live. Discover now