“Maaflah bersepah sikit. Tadi, ada peperangan berlaku dalam bilik ni.”

“Peperangan?” tanya Orked Imani dengan pelik. Ada bom meletus ke dalam bilik ni? Bom Atom?

Tergelak besar Tengku Aryan Syah tatkala mendengar soalan tahap babi terbang itu.

“Biasalah bila perempuan dengan perempuan. Itu tak kena, ini tak
kena.” kata Tengku Arsyad Syah saat dia melihat muncungan dari bibir Orked Imani itu. Comel. Hey! Ingat wafa.

“Ha?” tanya Orked Imani masih tidak faham apakah yang dikatakan oleh Tengku Arsyad Syah itu.

“Halah. Tadi, sebelum ke tadika adik perempuan saya dengan Isya berperang sikit. Katanya Isya, adik saya tu tak cantik. Sebab tak reti ikatkan rambut dia.”

Mulut Orked Imani hanya terbentuk huruf ‘o’ . Baru dia faham kenapa bilik ini sedikit bersepah.

“Okayh la. Awak lawat-lawat la dulu ye bilik ni. Saya nak ke dapur.” kata Tengku Arsyad Syah. Sebenarnya dia mahu bersarapan. Nanti, jatuh pula macho dia di hadapan Orked Imani jika dia beritahu wanita tersebut yang dia baru sahaja bangun dari tidur. Ini kalau Wafa tahu, ermm mungkin ditolak mentah-mentah? Barangkali.

Selepas sahaja kelibat Tengku Arsyad Syah hilang dari pandangan mata Orked Imani, dia lantas mengutip segala anak patung yang bersepah di atas lantai itu. Haih, tak sangka peperangan itu telah mengorbankan banyak anak patung ke atas lantai.

“ARGHHHHHH!!!!” jerit seorang wanita.

Orked Imani hanya mengeluh perlahan. Memang manusia dalam rumah ni nampak hantu je ke? Mujur Mak Nab tiada reaksi seperti manusia yang berada di dalam rumah ni.

Wanita tersebut membelek-belek wajah Orked Imani menjadikan kerja-kerja memasak Orked Imani tergendala. Haih, menyesal pula muncul di dapur ni.

“Kak Anis?” tanya wanita itu.

“Orked Imani. Bukan Anis.” Orked Imani cuba membetulkan namanya. Malang sungguh ada wajah cantik ni.

Are you serious? ” tanya wanita itu tidak percaya.

“Abang!!!!” terjerit kecil wanita tersebut saat satu tangan kasar menarik rambutnya itu. Hesh! Penat sahaja orang rapikan rambut. Tak sangka pula ada orang mendajalkan rambutnya.

“Abang ni dah kenapa?!” marah wanita tersebut.

Orked Imani yang menyaksikan sedikit pergaduhan antara Tengku Arsyad Syah dan wanita tersebut hanya tergelak halus sahaja.

“Riean tu yang dah kenapa? Sakit telinga abang dengar Riean jerit tau. Sudah la jeritan tu mengalahkan tarzan sahaja.”

Eleh. Dia pun sama je tadi. Lagi teruk dia. Sebab jerit mengalahkan suara pondan yang tersekat.

“Ish! Tak ada la. Ni bukan kak Anis kan abang?” tanya wanita tersebut kepada Tengku Arsyad Syah.

“Maafkan adik saya la ye Orked Imani. Itulah bila fikirkan boyfriend lebih sangat. Ouhh ye, kenalkan ni adik saya yang paling manja, brutal, sengal, tak betul haih semua ada la pada dia.” Tengku Arsyad Syah memperkenalkan diri adiknya itu kepada Orked Imani.

Tengku Siti Nur Arieana Syafinaz hanya mencekak pinggang. Ewah-ewah! Suka hati dia je ea nak cakap orang sengal? Habis dia tu tak sengal? Ha!

“Maaf..Tengku Siti Nur Arieana Syafinaz. Awak boleh panggil saya Riean. Maaflah reaksi saya tadi macam orang tak betul sahaja. Saya ingatkan mayat hidup tadi.” Tengku Siti Nur Arieana Syafinaz memperkenalkan dirinya saat dia tersedar ada seseorang yang menonton pergaduhan manja olehnya, iaitu Orked Imani. Dia menghulurkan tangannya untuk berjabat tangan dengan Orked Imani.

 ORKED IMANI: I Love You My Babysitter(Re-edit)Where stories live. Discover now