Bab 68

145K 5.9K 799
                                    

"Hai handsome" Mata dikenyit. Damien sengih tak bersalah. Francisco terkaku begitu juga orang lain.

"Lily!" Francisco menjerkah. Berani dia mempermainkan orang macam dia. Semua di dalam dewan itu terkejut. Terkejut dengan apa yang mereka lihat.

Lily terbangun dari tempat duduk. Dia kelihatan tak tentu arah. Macam mana pula lelaki yang boleh gantikan tempat Hasya? Orang lain melihat Lily. Pelbagai fikiran buruk dibenak mereka.

"I swear that was a girl!" Lily mempertahankan dirinya. Semua berbisik.

"She just want your money. She asked me to do this." lagi Damien meracun melihat wajah bengis Francisco.

Baru Francisco mahu meluru ke arah Lily, Damien menarik baju lelaki itu. Tangan lelaki itu dikilas sebelum tubuhnya dihempas ke lantai pentas. "Let me handle her. You die first"

Siren polis berbunyi di luar menyebabkan dewan itu riuh. Rata-rata sudah lari menyelamatkan diri. Lily tercengang.

"Furqan, bawak saya keluar dari sini" Lily menarik Furqan supaya melindunginya. Sempat lagi beg berisi duit itu dikautnya.

"Ikut sini Master" Furqan berlari ke belakang pentas membawa Lily. Suasana di belakang pentas turut kecoh. Jessica dan Alex berada di disitu. Mereka turut berpura-pura kalut.

"Master ok ke? Jum lalu sini" Jessica menarik Lily. Buta tuli saja Lily mengikut. Dua beg berisi duit dipegangnya erat. Hahaha..fuhh..aku selamat.

Lily masuk ke sebuah bilik yang Jessica bawa. Lily terkebil memandang Ray dan beberapa orangnya diikat. Ada juga anak buahnya namun mereka santai berdiri di belakang Ray dan lain-lain.

"Korang buat apa ni?!" Lily mengundur. Baru beberapa tapak, dia terlanggar tubuh Jessica. Wajahnya di paling melihat Jessica yang merenungnya tajam.

"Tak buat apa pun Master, cuma kita main-main sikit boleh?" Alex menghampiri Lily yang sedang memeluk erat beg duitnya. Bibirnya tersenyum sinis.

***

"Tadaa.." Uwais membuka pintu suite honeymoon mereka. Topi diatas kepala Hasya diambil lalu disarung ke kepalanya. Erghhh..kecik pulak. Lengannya menyendeng di bahu Hasya.

"Apa ni?" Hasya menoleh memandang Uwais.

"Our honeymoon, tanpa gangguan. Peaceful.." Uwais mengangkat keningnya. Hasya tergelak perlahan. Tak tahu kenapa pulak dia masih segan dengan Uwais. Mungkin Uwais kelihatan lebih kacak dari sebelumnya.

"Honeymoon?"

"Haah, suka tak?" Uwais mencium pipi isterinya. Kali kedua dia 'menculik'  Hasya.

"S-suka.." Hasya menunduk, buat-buat membetulkan tudung bawalnya. Uwais mengangkat kening.

"Awak okey ke?" Tangan menyentuh pipi dan dahi Hasya. Kening berkerut halus.

"Hah?" Hasya terangkat kening. Matanya terkebil-kebil. Merasa tapak tangan Uwais dipipinya membuatkan darah teruja berderu-deru ke jantung. Dadanya berdebar, macam jatuh cinta.

"You..." Uwais mengerut dahi. Pipi Hasya dipegang keduanya "..blushing.." dan dipenyet pipi itu menggunakan tumit tangan sehingga menyebabkan bibir Hasya terjuih mungil.

"Mana ada la.." Hasya mengalih tangan Uwais lalu dia berlari masuk ke bilik. Uwais terkedu di situ. Comelnya dia blushing..

Mrs. Uwais: My Wife From HeavenWhere stories live. Discover now