Bab 39

111K 6.6K 574
                                    

Hasya meramas-ramas jarinya. Matanya kebil-kebil dengan mulutnya terkumat kamit. Tubuhnya bergoyang sedikit sambil menunggu pintu bilik air di hadapannya terbuka.

Dia masih tak jelas dengan keadaan Uwais. Kenapa suaminya kedengaran sangat kecewa? Air mata yang jatuh setitik cepat-cepat dikesat. Risau benar dia dengan keadaan Uwais sekarang ini.

Mendengar pintu bilik air dibuka, Hasya pantas mengangkat kepala. Lekas dia berlari ke arah Tania yang sedang menutup pintu itu.

"Akak!"

Tania memandang Hasya pelik. Dengan mata merah, dahi berpeluh. Terangkat kening Tania.

" Kenapa?"

"Akak tolong Hasya. Bawakan Hasya ke abang Uwais."

Tania mengerut kening. Dia memandang Hasya. Pesan Uwais sebelum lelaki itu berangkat ke kerja pagi tadi kembali terngiang di telinga.

"T-tapi Tuan tak kasi Hasya pergi office dia hari ni." Jawab Tania serba salah. Tangannya turut menggengam tangan Hasya yang kuat mencengkamnya.

"Akak tolonglah. Hasya nak jumpa abang Uwais. Dia menangis tadi. Dia.." Hasya menelan air liur. " dia nak Hasya.." Air mata semakin meleleh di pipi Hasya. Wajahnya ditunduk ke tangan Tania, meminta pengharapan.

"Uwais nangis?" Bisik Tania perlahan. Dia menelan liur. Risau juga dia. Tapi bila dia membawa Hasya ke sana, takut dia akan dimarahi oleh Uwais. Tambahan keadaan di sana bertambah buruk.

"Akak tolonglah.." Hasya merayu sambil teresak di tangan Tania. Tubuhnya hampir melorot ke lantai. Bahunya terhinjut akibat tangisan yang makin kuat.

Tania mengigit bibir. Dia melilau mata. Dia tahu ni pasti angkara abangnya.

"Jom. Siap-siap." Tania memegang Hasya. Air mata perempuan itu dilap.

Hasya memandang dengan mata bulat dan berkaca. Dia terus memeluk Tania dengan air mata yang mengalir. "Terima kasih."

"Ya"

Di dalam kereta, Tania memandu sambil matanya memerhati sekeliling. Cermin kereta diperhati berkali. Hasya disebelahnya memang kelihatan risau benar. Jarinya yang terketar digenggam.

Sebelum tiba di hadapan syarikat Kingdom Empire itu, Tania memberhentikan keretanya. Hasya menelan liur melihat keramaian dan kekecohan yang berlaku di hadapan syarikat tersebut.

"A-apa yang berlaku ni akak?" Hasya bertanya dengan mata yang memerhati situasi di hadapan matanya. Semua melaung-laung dan tak kurang juga ada yang membaling batu.

Tania mengundur keretanya tanpa menjawab soalan Hasya. "Kita bawa awak masuk dalam syarikat tu dulu, dan baru awak tahu apa yang terjadi. Yang penting sekarang, awak kena masuk dulu." Tania membelok keretanya ke pintu belakang syarikat.

Di pintu belakang, masih ada manusia yang membuat bantahan tapi sekurangnya agak reda berbanding di hadapan. Tania mematikan enjin kereta. Matanya melilau memerhati sekeliling.

"Hasya." Tania menoleh kepada Hasya. Wajah Hasya dicekup dengan tangannya. Hasya memerhati Tania dengan kening yang agak berkerut, menanti kata-kata dari Tania.

"Hasya masuk dulu, lari. Jangan pandang belakang. Ok?" Pesan Tania. Tangannya turun memegang tangan Hasya yang agak terketar.

"A-akak nak pergi mana?"

"Akak backup Hasya dari belakang. Ingat, jangan toleh belakang."

Hasya mengangguk kepalanya laju. Pipinya yang basah dilap oleh Tania.

"Now, go." Tania menolak Hasya keluar dari kereta. Keluar dari kereta, Hasya terus berjalan laju ke pintu masuk. Dia terpaksa melalui di celahan manusia yang berkerumun di belakang syarikat itu. Dalam fikirannya cuma ada Uwais.

Mrs. Uwais: My Wife From HeavenWhere stories live. Discover now