Bab 66

131K 6.2K 1.9K
                                    

Mata dibuka sebelah. Apabila mendapati hanya dia seorang di dalam bilik itu, Hasya segera membuka matanya. Bilik yang sama. Dia memerhati sekeliling. Tak ada yang berubah dari sejak dia diculik Uwais.

Klak!

Mendengar bunyi pintu dibuka, Hasya segera menutup mata. Terdengar tapak kaki menapak masuk ke dalam bilik itu.

"Dia ada luka mana-mana ke?" suara yang sangat dikenali, Lily.

"Tak ada Master, calar kecil je ada di belakang badan dia. Mungkin dia terjatuh." itu pula Tania.

Lily mengangguk. Tersenyum dia melihat barang berharganya yang terbaring itu. Siapa sangka gadis ini boleh semahal ini? Hasya akan jadi hotstuff di majlis bida nanti.

"Ok bagus. Jaga dia. Minggu depan, aku nak dia secantik yang boleh." Lily berkata sebelum dia menapak keluar. Tania mengangguk lalu tersenyum nipis. Menjingkit dia menutup pintu dan dikunci.

"Hasya.." Tania merapati Hasya.

Hasya membuka mata. Dia mengeluh lega lalu duduk bersandar di kepala katil. Nasib baik tilam empuk, kalau tak jenuh lenguh pinggangnya akibat terlalu lama terbaring.

"Nah tukar baju." Tania menghulurkan pijama satin berwarna merah kepada Hasya.

"Terima kasih akak"

"Sama-sama" Tania duduk di atas katil. Hasya dipandangnya. Lama.

"Kenapa akak?" Hasya mengerut kening. Pelik bila Tania memerhatikannya tanpa berkelip.

"Takda apa.." dia menggeleng. "..cuma kasihan dengan Hasya. Jadi orang cantik pun susah jugak.."

Hasya tergelak perlahan. Tangan Tania diraih lalu ditepuk perlahan. Kalau tak ada Tania di sini, tak tahu bagaimana dia mahu bertahan.

"Kau jangan berterima kasih dekat aku. Aku cuma sedang menjalankan hukuman daripada Uwais." Tania menolak tangan Hasya. Bagaimanapun, rasa bersalahnya masih belum habis. Kalaulah waktu boleh diundur.

"Tak..Hasya pun masih tak boleh maafkan akak. Tapi Hasya cuba ya.." Hasya senyum kepada Tania. Tania mengangguk.

"Kak.."

"Hmm.."

"Lily memang kerja dia jual orang ke?"

Tania gelak kemudian mengangguk. "Yep! Jual dan lacurkan orang. Itu profesion dia."

Hasya mengerut kening. Seram betul. Masakan boleh jadi begitu? Lily seorang perempuan. Nampak macam mustahil tapi...itulah hakikatnya.

"Akak rasa dah berapa banyak dah orang yang jadi mangsa dia?"

"Ermm.."Tania mengerut kening halus tanda berfikir. "Tak tahu, mungkin beribu orang." Bahunya terjungkit. Dia sendiri tak pasti berapa bilangannya.

Lagi hati Hasya mengecut seram. Lily ini manusiakah?

"Biasanya orang yang kena jual tu, jadi apa dekat diorang?" Hasya bertanya lagi. Bukan apa, dia sangat tertanya-tanya sekarang ini. Jual dan beli manusia ini, apa manfaatnya?

"Pelanggan Lily selalunya dari orang-orang bangsawan. Lepas jual beli, terserah dekat orang tu nak buat apa. Tapi kebiasaanya, jadi perempuan simpanan ataupun hamba seks. Ada juga yang beli perempuan semata-mata untuk ke function tertentu. Orang banyak duit Hasya, diorang boleh buat apa diorang nak."

Hasya terasa seperti mahu pengsan. Tak boleh dibayangkan bila rancangan Lily untuk menjual dia itu terjadi. Terpaksa menjadi perempuan simpanan kepada lelaki tua yang berkedut. Lagi-lagi sex slave, argh... Nauzubillahiminzalik!

Mrs. Uwais: My Wife From HeavenWhere stories live. Discover now