Bab 60

121K 6.2K 1K
                                    

"Hips on the floor, one shoulder rotate, 1, 2, 3"

Berkerut dahi Hasya membuat sesi pemanasan badan itu. Sengal segala otot badannya.

"Fist loose, shoulder loose, in 1,2,3 tighten your fist"

Hasya telan liur memerhati sandbag sebesar 2 kali ganda tubuhnya. Kakinya dibuka dan posisinya bersedia.

"1,2,3, punch!"

Buk!

Hasya gigit bibir. Tangan kecilnya terasa mahu patah.

"Lagi. 1,2,3, punch!"

Buk!

"The other hand, 1,2,3 punch!"

Buk!

"Knee hit!"

Hasya menolak badan dengan satu kaki, kaki sebelah lagi melayang menghentak sandbag dengan lututnya. Direct! Strike!

"Good, one more!"

"Knee hit, 1, 2, 3!"

***

Hasya menutup pintu biliknya. Kain yang berbalut di kekura tangannya dibuka. Tangannya terketar sakit dan sengal. Merah-merah keunguan jelas mewarnai kekura tangan kecilnya.

"Hasya, esok 5 a.m, jogging" Tania melaung dari luar.

"Baik akak"

Hasya melepas nafas. Tangan yang terketar digenggam. Dia menundukkan wajah. Seluar diselak sampai ke atas lutut. Hasya mengusap lembut lututnya yang lebam akibat pecah darah.

Dengan hela nafas panjang, Hasya mengambil tuala mandi lalu membawa diri ke bilik air. Tuala disangkut lalu dia membuka baju t-shirt yang tersarung di tubuhnya.

Terkedu dia di hadapan cermin. Ini bukan Hasya. Rambut pendek, muka yang berpeluh comot, dadanya lebam akibat asyik terjatuh sewaktu latihan.

Tap. Tap.

Hasya kalah. Air mata turun tanpa dipinta. Lututnya longgar dan dia jatuh terpelosok ke dinding bilik air. Lutut dibawa ke dakapan dan tubuhnya menggeletar. Gigi dikancing supaya esakannya tak kedengaran.

"Abang..Hasya takut.."

***

"Jogging around 5 kilometres, lepas tu buat jumping rope. Pukul 10, habis. Kita sambung swimming laps." Tania memberitahu kepada Hasya yang tengah mengikat kasut itu. Hasya mengangguk mengerti.

Tuala kecil disangkut ke bahunya membuatkan Hasya mendongak kepala memandang Tania yang berdiri.

"Jangan lupa warm up dulu" pesan Tania. Hasya tersenyum nipis.

"Akak.."

Tania menjongket kening.

"Macam mana kalau semua ni tak berjaya?"

Tania senyum lalu dia merendahkan tubuhnya memandang Hasya yang duduk di bangku kayu itu. Kedua tapak tangannya memegang pipi Hasya.

"Jangan kalah sebelum berjuang. Fight for yourself" Tania menepuk bahu Hasya memberi semangat. Dia tahu sukar, tapi setidaknya berjuang. Keputusannya biarlah waktu yang tentukan.

Mrs. Uwais: My Wife From HeavenWhere stories live. Discover now